Adakah Aku Depresi

Bila ada antara mereka yang bagitahu mereka depresi pasti ada komen2 sebegini,
“nak sangat ke depresi? Tahu ke makna depresi? Jangan sesuka hati claim diri tu depresi”.
Bila ada pertanyaan2 sebegitu membuatkan aku tertanya2, adakah aku depresi? Atau aku hanya ‘claim’ aku depresi?
.
.
Aku berusia awal 30-an, pada awalnya mempunyai karakter yang agak periang, sentiasa berkeyakinan, dan sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi seolah-olah mengalir darah hang tuah di dalam badan aku ni (gurau je).
.
.
Dipendekkan cerita,
Pada akhir 2015,
setelah hampir 3tahun menjalinkan hubungan yang amat perit yang tidak sah, namun berniat ke arah yang sah cuma dengan menggunakan cara yang salah,
Tiba2 terima panggilan dari sidia,
“Awak, saya akan kahwin bulan depan, dengan tunang saya”.
tunang yang aku tidak pernah tahu akan kewujudannya. Walhal dari awal perkenalan aku seperti dapat mengagak dia kepunyaan seseorang tapi setiap kali ditanya, dia menafikan.

Maka pada saat itu depresi yang aku tidak pasti samada aku depresi / tidak, bermula.

1) kerja
Aku tidak dapat fokus dengan kerjaya aku. Sering dimarahi atas kesilapan2 kecil yang tak sepatutnya berlaku.
Kadang terasa seperti ingin menamatkan kerjaya.
Adakah aku depresi?

2) emosi
Aku mudah beremosi, cepat marah. Meninggikan suara tanpa sengaja. Sehingga orang sekeliling mula menjauhi aku.
Terasa kehidupan seperti tiada makna. Meletakkan segala apa yang terjadi berpunca dari aku. Semua Salah aku.
Rasa seperti aku seorang yang tak berguna.
Adakah aku depresi?

3) sosial
Aku yang dulunya periang semakin hari semakin hilang senyuman dari bibir.
Air wajah berubah kusam.
Untuk memandang wajah orang sekeliling aku jadi gementar. Seolah otot2 mata dan kepala tidak boleh dikawal (like shaking) apabila berhadapan dengan orang sekeliling dan memaksa aku untuk tidak memandang kemata apabila bercakap. Ianya bertentangan dengan prinsip aku sebelum ini bahawa untuk membina keyakinan, pentingnya eye-contact.
Oleh sebab itu,Aku lebih banyak menyendiri dan menghabiskan sisa2 masa di katil.
Adakah aku depresi?

4) Trauma.
Kepercayaan bagai tidak wujud dalam hidup aku. Bila ada yang ‘approach’ walau dengan niat untuk berkahwin, aku seolah trauma. Aku takut akan perasaan bahagia. Aku bimbang jika satu hari nanti bahagia itu direnggut lagi. Aku tidak berdaya lagi untuk bangkit. Aku benci dengan perasaan yang aku alami sekarang jika ianya berulang kembali.
Adakah aku depresi?

Atau ianya keadaan biasa yang tak perlu untuk aku ‘take it too serious’?

Namun, tiada apa yang lebih kejam di dunia ini melainkan mereka yang menjadikan perasaan itu seperti barang mainan dan membunuh jiwa2 yang lain.
Doakan aku untuk mendapatkan kembali aku yang dulu.

Aku ‘rindu’ aku.

– Miss button

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *