Terima kasih kerana menyiarkan kisah aku. Aku hanya nak minta secebis pandangan. Aku sering rasa aku isteri yang jahat namun aku tak tahu mana nak ubah.
Kisah aku bermula bila aku berkahwin dengan seorang yang tua 3 tahun pada aku dan mempunyai kerjaya yang agak kukuh. Namum aku masih lagi belajar dan tidak bekerja.
Kami bercinta selepas berkahwin. Pada masa tu aku tak fikir panjang dan tak kenal lama. Aku rasa mungkin sudah sampai jodohku. Namun selepas berkahwin baru aku kenal siapa suamiku. Dari segi luaran dia memang seperti orang yang alim, baik, dan pijak semut pun tak mati, tapi sikap dia sangat panas baran dan paling aku tak gemar adalah suka melayan perempuan.
Walaupun nampak alim, tapi semasa aku bertunang, dia juga menjalinkan hubungan dengan orang lain, betapa hancur hati aku ketika aku dapat tahu hal ini seminggu selepas aku kahwin. Dia mengaku sendiri yang dia pernah ‘tidur bersama’ kekasihnya dan ingin aku dimadukan.
Bayangkan baru usia perkhwinan kami seminggu. Aku ketika itu yang sedang belajar hampir putus asa. Namun aku gagahi juga kerana aku harapan keluarga. Aku hampir depress namun aku tetap berjalan dibumi yang nyata. Hubungan kami makin lama makin jauh, mungkin kami pjj.
Namun aku disahkan hamil ketika aku final year. Berat hati aku sebenarnya. Dengan suami buat hal dan aku dengan final exam. Namun Allah selamatkan aku dari terus melayan segala masalah. Alhamdulilah aku berjaya tamatkan pngajianku dengan pertolongan Allah.
Kami masih lagi pjj kerana kata suamiku kehidupan di bandar agak mahal memandangkan aku masih lagi menunggu kerjaku.
Setelah anak sulungku dua tahun, aku disahkan hamil anak kedua, sekali lagi aku diuji. Allah telah tunjukkan aku yang suami aku telah berkahwin lain di siam.
Aku dah tak mampu nak terima suami namun dipujuk suami kerana bimbangkan anak2. Sehingga aku terpksa akur. Suami tidak mendapat restu family dengn pernikahan kedua dan family memaksa suami bercerai. Disini aku dah nampak macam mna perangai suami dan juga keluarga. Aku buntu.
Aku tak mampu nak menanggung sedih, seoanjang perkahwinan aku dah cuba sedaya upaya untuk bhgiakan suami. Namun kami tetap tidak sehaluan. Ada saja pergaduhan, kepercayaan aku hancur.
Tergamak suami buat aku sebegitu sedangkan aku setia dan bagi lagi kepercayaan walaupun sejak dari pertungan kami lagi dia menipu.
Ohh ya. Kenapa suami kawin dengan aku.. Sebab family mertua nakkan aku. Dan menolak semua kekasih2 dia yang lain. Sebab? Itu aku tak tahu. Dan suami hanya akur pada permintaan family. Dan aku jadi mangsa. Aku tak bahagia. Aku menderita.
Dari awal perkhwinan aku tak dapat kejujuran suami, bila aku bertnya tentang semua yang dilakukan dia sering menuduh aku derhaka sebab mngungkit kisah silam dia. Bagi aku, aku ada hak untuk bertnya.
Makin lama hati aku makin parah. Dan aku buat keputusan untuk berpisah. Tapi apa yang aku dapat lagi parah. Baru aku nampak siapa sebenar suami.
Ya Allah pedihnya hati aku, suami tidak mahu lepaskan jika aku tak bayar semua duit yang dia dah habiskan pada aku. Dia nak pampasan. Bagi dia, selama perkahwinan kami, dia seorang saja yang tanggung aku, kemudian bila aku dah dapat kerja aku nak cerai, itu bukan niat aku, dia seperti nak menutup semua salah dia dan tunding jari kepada aku.
Dia memaksa aku buat cerai khuluq dan bayar dia sejumlah amount yang tidak masuk akal. Dan anak2 dia nak hak penjagaan, aku terpksa akur. Kalau tidak dia akan gantung aku tidak bertali,
Sekarang aku sedang sarat, kami tangguhkan penceraian sampai aku bersalin. Sekarang jiwa aku dah tak boleh nak tinggal sekali bersama suami, ohh ya.. Selepas dia kawin di siam. Dia buat keputusan untuk bawa aku tinggal bersama dia di ibu kota untuk menebus segala dosa dia.
Aku akur sebab anak. Namun aku tidak dapat lagi teruskan hidup bersama disebabkan panas baran, dan sifat mengambil kesempatan dia terhadap aku, dia hnya mahu tumpang senang dengan duit aku.
Selepas tamat belajar, aku mendapat kerja yang pada pandgn masyarakat dianggap bergaji besar. Dan jika kami berpisah hampir separuh gaji aku terpksa diberi kepada bekas suami atas dasar membayar semula duit suami yang dikatakan hbis untuk aku. Aku tak tahu mana keadilan disini. Aku akur kerana tidak mahu berdosa dengan gantung tidak bertali.
Sekarang aku menunggu masa bersalin, aku dah tak mampu nak hormat suami, segala tanggugjawab sebagai seorang isteri aku tak buat (menjaga kebajikan suami serta nafkah). Aku dah takda hati untuk buat semua tu. Hati aku dah mati.
Aku merasakan tidak adil bagiku, suami aku dah hancurkan kepercayaanku dan sekarang terpaksa bayar kepadanya. Aku juga sering mendapat cacian dari suami mngatakan aku isteri derhaka kerana ingin meruntuhkan masjid. Aku juga bimbang kerana dia tidak redha jika aku tak jalankan tangungjawab aku lebih2 lagi bagi nafkah batin.
Seringkali dibibirnya mendoakan aku mati ketika bersalin. Lagi remuk hati aku, adakah aku tak layak kesyurga. Adakah aku isteri derhaka. Hati aku tak mampu nak teruskan. Aku tak boleh paksa hati aku. Aku hampir depressed namun aku kuatkan juga demi anak2. Bantu aku. Apa patut aku buat?
Adakah aku derhaka?
– Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit