Adakah Aku Diuji

Assalamualaikum semua aku nak share story tentang apa yang aku lalui sekarang ni. Dilemma jugalah, sebab buat aku pun tertanya-tanya dan pelik juga. Sesuatu yang melibatkan soal hati dan perasaan ni memang berat kan?. Dalam hal ni aku pun kena berhati-hati juga.

Aku ni seorang wanita berusia 30an sudah, wajah mirip chinese look, tinggi, putih dan selalu orang kata usia aku tak kena dengan rupa. Konon-kononnya awet muda (Alhamdulilah aku terima pujian mereka itu)… Ramai yang suka tapi aku tak layan.

Aku ni seorang yang active dalam sukan badminton siap ada club sendiri lagi. Biasalah bila masa training tu campur pula lelaki perempuan, mestilah ada seseorang yang akan layan baik je dekat kau, dengan pandangan yang penuh isi, bermakna dan aku tahu dah perasan lama benda tu tapi aku tak nak laa lebih-lebih.

Disebabkan masa tu juga aku ni ada hati yang nak kene jaga. Otak aku fikir “kene setia setia setia” tu je. Aku tak nak cari masalah, buat masalah, punca jadi masalah dan terus dipersalahkan tanpa faham situasi sebenar.

Dengan memikirkan ada hati yang perlu dijaga tu kan, aku ni bila jumpa lelaki bukan muhrim aku jalan tunduk je. Pandang pun tak. Senyum memang jauh sekali.

Dah lali dengan perkataan sombong. Tapi sebenarnya aku ni gila-gila orangnya. Cuma pada mereka yang aku rapat je. Coach pun selalu marah aku sebab sikap aku macam tu. Sebenarnya aku ni open je orangnya cuma bila dah mula bercinta ni semuanya berubah kembali.

Aku rasa dikawal juga, aku okey je sebenarnya. Tapi tak tahu lah pandangan orang lain mungkin berbeza. Aku namakan dia CX. Dah lama pun kami kenal.

Cx ni seorang yang straight, kuat agama & Jaga batas pergaulan. Tapi dia ni macam tak de perasaan la. Aku pun tak faham sikap dia macam mana. Aku pun takut dengan perkataan “berubah” sesuatu yang kau betul-betul kene berusaha buat perkara tu bukan disebabkan orang lain..

Pernah je kami berbincang nak kahwin, bincang macam-macam, keesokkannya mula dilupakan. Biasalah perempuan kan… bila cerita bab kahwin ni memang excitedlah. Usia pun dah fasa dah memang kene kawin.

Tapi tula. Kata-kata CX tak pernah serious. Esok lusa dah lupa. Aku jela yang beria. Hermmm, Dah lama aku bertahan tanpa aku sendiri dapat kepastian.

Hidup aku penuh dengan kata-kata janji yang tak pernah pun dibuktikan oleh CX. Mungkin hanya untuk menyedapkan hati saja.

Sakit juga sebab menunggu dalam waktu yang lama tu tapi tiada apa-apa pun yang boleh menyakin hubungan ni kuat dan akan bertahan lama.

Kami ni jenis jarang contact, seminggu sekali je macam tu. Tak macam orang lain, boleh sleep call, update buat apa hari -hari.

Teringin juga tapi cara aku dan dia berbeza. Tak nak lah salahkan sebelah pihak je. Mungkin dari sikap dan cara perbuatan aku sendiri buat dia selesa cara macam tu. Tapi awal dulunya tak macam ni. Mungkin dia busy kerja. Aku faham je tu.

Baru-baru ni, aku jatuh motor (accident) dengan kawan aku, on the way nak pergi main badminton la. Aku bagitahu la CX ni.

Ingatkan nak lah dia tenangkan aku masa aku sakit tu. Bagi kata-kata semangat ke?… Tapi apa yang aku dapat kata-kata yang menyakitkan hati pula. Itu satu hal. Entahlah macam tak de hati perasaan pula CX ni aku rasa.

Aku ni kira 1st time la selama kami kenal ni konon-kononnya nak merajuk sebab CX macam tak ambik tahu, sebelum ni aku dah dibiasakan dengan kata-kata kuat wanita independent. Tapi tula jauh sekali CX ni nak pujuk aku.

Apa yang aku dapat Whatsapp keesokkan harinya. “Assalamualaikum jangan lupa Jaga diri jaga kesihatan. Pergi klinik, Rehat dan dia rindu” tu je.

Aku pun nakkan perhatian juga. Lagi-lagi dalam keadaan macam tu. Betul betul aku perlukan dia. Alih-alih aku juga kene ubati diri sendiri. Beria sendiri sakit sendiri ubati sendiri… hermmm penat dah.

Tetapi berbeza sikap CX dengan lelaki yang selalu aku jumpa dekat court tu. Aku namakan dia CY. Dengan cara dengan perbuatan dia dengan kata-kata dia membuatkan aku dah mula jatuh hati dekat dia.

Dari rupa paras CY ni boleh dikatakan handsome juga, lagi kemas dari CX berbadan tegap, fit stamina, tinggi juga dan yang penting power main badminton siap ada gaya dan ada skill set tersendiri lagi. Senior dalam badminton. Aku rasa Umur dia muda dari aku tapi aku tak pernah pun.

Dalam kalangan player lain dialah paling popular yang sentiasa dinanti-nantikan.. Orang perempuan, makcik-makcik memang suka lah tengok dia ada dan jadi semakin semangat nak main badminton.

Lagipula CY ni memang jenis suka senyum, suka ajar teknik skill dalam badminton dan dia tak kedekut ilmu. Memang ramai lah orang nak dekat dengan dia.

Cuma selama ni aku jela sengaja buat – buat sombong dekat dia disebabkan aku dah dimiliki. Pernah je CY ajak aku untuk main sama-sama double mix, tapi aku tak nak… Aku suruh orang lain main dengan dia. Nampaklah reaksi muka kecewa dia tu. Couch pun marah aku. Barulah aku open nak main badminton dengan dia.

CY ni player tournament juga. Kawan-kawan dari awal lagi dah tahu CY suka kan aku. Tapi aku jela berdegil, nak juga setia pada manusia yang belum pasti tu.

Kawan-kawan siap cakap lagi, selagi belum kahwin kita boleh pilih sesiapa je yang kita suka. Hahaha. Ada yang cuba rapatkan kami tapi aku memang tak layan. Senyum dan menghilang.

Suatu hari tu, CY ni datang court tapi teammates dia tak de pun training pada hari tu. Katanya dia datang semata-mata nak tengok aku training.

Sebenarnya hati dah lama cair dekat CY tapi diri ini terikat pula. Macam aku cakap tadi tak nak cari masalah dan jadi punca pergaduhan. Orang buruk dan salahkan aku sebab sikap aku dan Aku benci benda tu.

Faham tak korang bila jadi macam aku sekarang, aku tak single tapi sebenarnya aku ni sunyi sepi je hidup. Kosong je. Sebab tu aku penuhi masa aku dengan minat dan hobi aku main badminton ni.

Dan bila aku dapat layanan baik, support mental dari orang sekeliling, aku rasa macam jiwa ni terisi dan lupa segala masalah aku sekejap. Tapi yang sebenar benarnya aku takut. Aku tahu aku ada pilihan. Tapi aku takut terus dipersalahkan. Jadi aku abaikan perasaan aku sendiri demi diri orang lain.

Herm sambung pasal CY.. CY selalu ambik berat pasal aku. Dia tahu yang aku suka air Milo dan minum sebelum mulakan training untuk tambah tenaga dan bagi kenyang. Aku tak makan malam. Dia beli diam diam dan letakkan dalam bag aku.

Dengan sombong dan angkuhnya aku cakap kat dia “aku tak suka air milo kotak gambar orang main bola, aku suka air milo kotak yang ada gambar orang main badminton”… Kawan-kawan aku siap tergelak lagi aku jawab macam tu

Niat aku nak bergurau sebenarnya dan juga aku tak nak menyusahkan CY. Selain orang fikir bukan bukan sebab tu aku selalu tolak pemberian CY yang telah sekian lama tau dia buat benda ni untuk aku.

CY Pernah bagi aku racket badminton dan hadiahkan kasut juga untuk aku sedangkan CX tak pernah bagi apa-apa pun untuk aku. yes, aku pula bukan jenis yang suka minta-minta. CY beri melalui kawan aku.

Tipulah kalau aku tak pernah bandingkan pasal ni antara 2 manusia ni. Of course la kan. Berbeza memang berbeza. Pendapat dari kawan-kawan lagi yang suka kenen kenenkan kami. Malu la aku.

Tapi otak jahat aku fikir takut dia buat baik pada mulanya saja. (Tapi sebenarnya dah lama) Sebab tu aku tak senang-senang buka hati macam tu je untuk terima walau sesiapapun. Orang buat baik tetap kita terima tapi tetap kene berhati-hati jugak kan?

Masa yang aku jatuh motor hari tu, CY adalah manusia yang paling beria ambik berat tentang keadaan aku berbanding CX. Dia yang bayar duit ubat dan sanggup dia pergi beli ubat dekat farmasi malam tu. Dia minta kawan aku tolong kawan aku letakkan ubat juga dan dia yang tolong settle kan kes jatuh motor aku haritu.

Macam mana dia boleh tahu tentang tu, of course la dari kawan aku. Tapi masa tu memang aku perlukan seseorang pun sebab aku 1st time jadi benda macam ni.

Kereta tu keluar simpang tak nampak kami katanya dan terus keluar main jalan je meluru. Kami langgar sight mirror dan kereta calar sikit la. Disebabkan aku tak dapat control kami terus jatuh…

Bila jadi macam ni, aku cuma ada CX jela yang pada aku, manusia paling penting tu. Tapi Herm ingatkan nak faham tapi jadi gaduh pula. So kawan aku panggil CY la untuk bantu kami. Dia yang tolong deal dengan tuan kereta tu. Nampaklah kesungguhan CY tu..

Disebabkan emergency aku try nak pinjam duit dari CX tapi tak dapat. 1st time juga ye aku minta kat CX. Ingatkan nak guna bayar balik duit yang CY dah bagi. Tapi dia cakap tak payah bayar. Aduhhhh cair lagi.. hehehehe betul betul teruji nih.

Keesokkannya aku rasa macam tak sedap badan pula sebab malam tu aku tak dapat tidur langsung. Sakit sangat badan aku. CY la yang volunteer nak hantarkan aku pergi hospital juga.

Hari yang sama aku kecewa dengan CX tapi CY setia teman aku untuk scan dalaman sepanjang hari. Siap mintak izin lagi dari Mak aku nak bawak aku pergi hospital. Bukan setakat cair tapi dah meleleh dah pun.

Tipulah kalau korang jadi aku tak jatuh hati kan dengan orang yang dah berbuat baik dekat kau. Hormat orang tua. Aku tak bodoh dalam menilai, cuma kadang kadang tak tepatlah (nak menang juga) aku rasa tak layaklah dalam usia aku macam ni sekarang semata-mata nak buang orang lain demi orang baru.

Aku memang rasa diri aku ni sedang Diuji dan aku malas nak mulakan lagi.. tapi kalau CY terus masuk meminang aku, aku terima je terus… Hahahahahaha.

Penantian tu kan suatu penyiksaan.

Dan aku terima je jika CY betul betul jodoh aku. Aamiin Aamiin Aaminn Ya Rabbal A’lamin.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kisah kita hampir sama tapi aku dah tunang. And ‘cy’ aku tu kitorang kawan rapat and dia pun ada awek dah. Tapi aku selalu bandingkan dia punya caring dengan tunang aku. Paling aku tak boleh terima bila tunang aku ni cakap ‘demamlah pulak’ masa aku cakap aku gi klinik sebab demam. Now aku kena hadap masalah kakak ipar tunang aku tu yang marah dekat dia, tapi kemarahan tu dia tuju dekat aku. Tunang aku ni sikit tak tahu kenapa kakak ipar dia marah dekat dia. Penat nak hadap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *