Untuk part I, (https://iiumc.com/adakah-aku-diuji/).
Ini sambungan cerita tentang si X dan si Y dulu. Kalau korang masih ingatlah. Hehehe.
Aku nak berterima kasih kepada kalian semua kerana dah memberi pendapat, pandangan dan cadangan diruangan komen di IIUM Confession ni.
Masa tu aku memang buntu nak buat apa, nak pilih yang mana?
Dengan apa yang korang semua telah komen tu banyak sangat membantu aku dalam membuat pilihan hidup dan masa depan. Alhamdulillah..
Terima kasih sangat sangat semua. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan berpanjangan, dilimpahkan khabar baik yang indah indah buat semua. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Aa’lamin.
Dengan pendapat cadangan dan pandangan yang korang semua bagi tu, bagi aku motivasi yang baru supaya aku lebih percaya, yakin dan berani untuk berdepan dengan masalah.
Pada awalnya susah juga untuk aku hadap, Yela kan “dua hati yang dah sebati tak mudah ia untuk dileraikan”. Aku kopi ayat ni dari Beto Qusyairi dalam cerita “Istanbul aku datang” tu. Tapi pada akulah, tak bermakna kita selesa dan sesuai dengan jalan cerita yang telah dihidangkan tu.
Mungkin ianya sekadar hadir untuk jadi pengalaman dan belajar menjadi diri sendiri. Macam korang cakap lah hidup ada pilihan. ” Yang baik tu tak selalu hadir”. “Pilih seseorang yang cintai kita lebih besar dari kita mencintai dirinya”. Dan dari kata kata korang tu lah buat aku lebih berakal untuk berfikir.
Apa yang aku rasa betul, tapi belum tentu ianya baik untuk akukan?. Korang masih ingat lagi dengan si X tu?. Yes aku beranikan diri untuk berterus terang tentang isi hati aku terhadap dia.
Aku ambik tips dari ruangan Komen tu juga untuk aku perlahan-lahan tinggal kan si Ex dan putus secara baik. Aku tak salahkan si X pun. Itu pilihan aku.
Belajar jadi pemaaf,
Berhenti jadi pembenci,
Berhenti salahkan orang lain,
Berhenti salahkan diri sendiri.
Buang yang keruh ambik yang jernih, baru teguh peribadi.
Mula mula tu, susah juga untuk si X Lepaskan aku. Macam macam alasan dia gunakan sebab tak nak Lepaskan aku. Hubungan dah lebih setahun kan. Faham faham jela.
Masa tu barulah si X nak berubah demi pertahankan hubungan ni katanya. Tapi masatu aku dah tawar hati dengan kata kata dia sebelum ni.
Dalam pada masa yang sama, aku dah mula berkawan dengan si Y. Kalau korang masih ingat cerita aku part 1, nak tahu full story sebenarnya yang berlaku tu. Si Y ada pada masa aku perlu.
Tapi itu bermaksud aku curang ke huh?. Hermmm Tapi aku buat apa yang telah dinasihatkan tu. Terima kasih sangat dekat korang.
Aku berterus terang dekat si X. Hubungan ni tak de melibatkan sesiapa pun cuma aku rasa masa tu effort dalam perhubungan tu tersangatlah penting. Ada juga orang yang Komen cakap si X ni red flag. Belum kahwin lagi dah tunjuk dia punya perangai.
Aku bukanlah nak cari yang sempurna, tapi kadang-kadang aku tahu dan sedar diri aku ni tersalah dalam menilai. Memang salah akulah kan.
Dan apa yang jadi antara aku dan si X, akhirnya kami ambik keputusan untuk putus juga. tak melibatkan sesiapa yea cuma dah tak de keserasian tu dah, jauh lagi rasa untuk bersama.
Dan ada berita mengejutkan, apa yang aku pernah doakan sebelum sebelum ni, untuk si Y masuk meminang aku telah menjadi kenyataan. Alhamdulillah Aamiin. Semuanya berlaku selepas 4 bulan aku putus dengan si X.
Pada awalnya aku tak nak pun dekat si Y ni, tapi effort dia tu Masha Allah. Hehe memang cair sangat lah. Korang baca kan. Part 1 tu macam mana.
Aku memang tak nak dekat dia, aku jauhkan diri dari dia. Mati mati aku elak nak berjumpa dia. Tapi jasa still jasa. Aku ingat kebaikkan yang si Y pernah buat dekat aku dulu.
Lepas dia dah tahu aku ni kembali single, dia mula beriya dekat dengan aku. Makin semangat dia bermain badminton sampailah usaha dia yang aku nampak tu buatkan hati aku makin luluh dan cair teruk.
Aku semestinya lah jual mahal di awalnya kan. Tak layan sangat, 3 Kali keluar sama sama pun aku buat tak endah je dekat dia, malah aku suka cari pasal lagi dekat dia. Dia sabar je.
Dia jujur dekat aku, yang dia memang dah lama gila suka dekat aku. Aku yang sombong. Tak sombong tapi terikat. Makin aku melawan dia, makin buat dia tercabar nak dapatkan aku. Aku buat muka annoying je dengan kata kata dia.
Aku ada lah sesekali tenung muka dia, aku memang tak rasa apa apa… Cuma kan bila perempuan lain cakap nak dekat dia, aku tiba tiba rasa cemburu. Orang cakap dia handsome, terer main badminton lah. Hati aku jadi nak marah. Aku rasa tergugat pula tak tahu kenapa.
Tapi aku memang dah lama sukakan kebaikkan dia, just berperang dengan perkataan “setia” tu yang tak memberi apa apa makna pun Selama aku bersama si X. Tapi aku memang cair dengan perbuatan Si Y, sikap dia tu Selama ni.
Dalam masa 4 bulan tu jugalah dia ambik hati aku, rapat dengan aku, buatkan aku fikir ciri ciri yang ada dalam diri dia tu selama ni ada dekat diri dia. Aku fikir apa kata aku buka hati untuk kenal dia dengan lebih dalam. Aku pun dah single masa tu tak salahkan untuk aku move on dengan hidup yang baru.
Ruang dan peluang yang aku beri tu, buatkan kami makin kerap contact . Selalu juga jadi teammates mix double badminton hehehe. Dan makin akrab dah hubungan kami.
“Gurau gurauan, masih terasa dalam angannya,
setiap detik ingin bersama memandu kasih,
apalah hati dah gila bayang,
merindu kasih dari mu sayang”…
Jangan baca inikan lagu. Haha mode bercinta. Dan akhirnya aku terjatuh juga di dalam hatinya. So mak aku pun dah restu hubungan kami ni dari kedua belah pihak juga. Alhamdulillah
Bulan 12 ni dia nak bawa keluarga dia, nak meminang aku, haishhh takutnya tapi excited juga. Dulu aku sombong dekat dia, nak setia kononnya hahahahah. Siapa je dapat melawan kuasa takdir kan. Allahu Akhbar.
Semoga urusan kami dipermudahkan, capai segala hajat kami dan dipercepatkan perkahwinan kami.
Dah ada date dah nak kahwin dan tak lama lagi pun. Tapi kita buat step by step. Follow the flaw. Nak dengar dulu apa keputusan orang tua masa meminang nanti. Malas beriya lagi dengan suatu yang tak pasti sebelum dimiliki.
Doakan kami bahagia yea. Dan Terima kasih korang sebab banyak membantu juga. Pendapat korang memang the best.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit