Salam semua. Aku Siti (mestilah bukan nama sebenar).
Ni just luahan aku di malam raya. Nak cerita pasal diri aku sebagai isteri. Adakah aku isteri yang tak bersyukur?
Aku dan suami pjj dah nak masuk 5 tahun sebab tempat kerja jauh. Masih belum dikurniakan anak.
Suami aku kerja swasta & aku kerja gov.
Permulaan cerita, suami ada menambah loan aeon kredit iaitu membeli motor. Interest mgkin agak tinggi.
Rasa terkilan sangat sebab tak bincang dengan aku dulu. Terus on nak beli.
Sebelum ni dah ada motor yang dah habis bayar, tapi ada kerosakan. Katanya baik beli baru, dari pakai yang ada rosak.
Dia pun trade in dan beli motor baru yang agak mahal bagi aku.
Ya, memang aku tak setuju sebab menambahkan komitmen, dan aku tahu kewangan suami aku macamana.
Bulanan gaji bersih hanya 1.4k. Sekarang suami aku ada dua loan kereta & motor. Total dua tu lebih kurang 500.
Persoalan kat sini, aku dapat nafkah bulanan hanya RM100 sahaja dan duit raya tahun ni RM20 gara-gara dia menambah loan. (Paling banyak sebelum ini pun RM50 sahaja)
Aku amat kesal. Ke aku yang tak bersyukur?
Aku fikir aku belum memiliki anak. Sepatutnya suami kena bagi lebih @ mewahkan aku. Lainla ada anak nanti.
Bila ditanya bila nak naikkan nafkah. Dia akan cakap dia pun TAK CUKUP. Sebab banyak kos ulang alik berjumpa dua minggu sekali.
Kadang aku balik sana jugak, guna kos sendiri.
Adakah aku yang tak bersyukur atau aku patut redho jer? Atau kena berlapang dada.
Kadang aku jeles dengan orang lain, suami diorang bagi nafkah banyak.
Suami okay je baik, setia. Cuma so-so je dalam membantu. Takde buat hal lagi setakat ini.
Thanks sudi baca. Maaf semua, aku tak reti nak karang ayat sangat.
Bagi la pendapat korang. Mungkin bende macam remeh tapi aku rasa sedih bila memikirkannya.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit