Adakah Aku Kurang Bersyukur?

Assalamualaikum semua. Saya tulis ini nak minta nasihat apa yang perlu saya buat?

Saya isteri diberi nama Cmah, isteri kepada Cwar. Perkahwinan baru mencecah 4 tahun.

Selepas ada anak seorang yang berusia 3 tahun, aku seolah kurang mendapat perhatian dan suami kurang membantu dalam menguruskan hal rumah tangga.

Kami bekerja makan gaji di sektor swasta.

Adakah aku cemburu dengan anak? Kenapa? sebab dia tidak peluk dan cium dahi aku semasa anak baring dengan aku yang sedang tidur. Hanya anak sahaja.

Aku hanya berdiam diri kadang2 aku juga perli selepas itu, “Nape saya tidak cium dahi?” Dia hanya tersenyum sahaja.

Sebelum ada anak, suami aku selalu bantu memasak, kemas rumah mungkin disebabkan masa covid selalu ada dirumah dan kerja WFH.

Dipendekkan cerita, sekarang dia banyak kerja luar, balik terus rehat tidur, aku balik ambil anak, uruskan anak, makan dan kendiri.

Ikutkan nafkah dia bagi cukup setiap bulan.

Pagi hari sebelum kerja uruskan anak hantar kepada pengasuh. Suami bangun pergi terus kerja.

Adakah aku kurang bersyukur?

Salahkah aku nak meraih perhatian daripada suami sendiri?

Sekiranya hubungi adik keluarga sendiri bukan main bercerita. Dengan isteri kurang bercerita banyak main phone sampai aku terpaksa buat muka dan merajuk tidak mahu tegur dan layan.

Tapi dia buat tidak kisah sahaja dan tidak pedulikan aku.

Kadang biarkan barang anak depan pintu lepas ambil kat pengasuh, dia balik buat bodoh, balik mandi solat dan terus baring sampai tertidur.

Aku juga tergontang kanting uruskan anak. Nak bagitahu, suami kena bagitahu kalau nak minta tolong sebab dia susah nak tolong. Contoh angkat barang, dia akan tengok je kalau tengok isteri angkat.

Kadang2 inginkan perhatian, jika tidur aku sengaja buat mengingau dia terus kejut dan peluk aku.

Aku tidak ingin ambil kesempatan, sekirany begini aku perlu melakukan untuk mendapat perhatiannya.

Sampai disini saja luahan hati.

Aku luah disini kerana,

Aku rasa kurang perhatian,

Aku rasa tidak disayangi,

Aku rasa macam orang gaji,

Aku rasa sering diabaikan hati yang sedang lara,

Aku rasa sedih dan tertekan.

– Hati Kecewa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *