Assalamualaikum & hai semua, izinkan saya meluahkan apa yang terjadi 20 tahun lalu yang saya tidak pernah menceritakan kepada sesiapa..
Dan saya nak minta pendapat teman-teman semua berkenaan dengan dilema saya sekarang.
InsyaAllah saya bakal berkahwin pada bulan 9 nanti.
Semakin dekat tarikh kami akan disatukan semakin saya risau & akan menangis bila memikirkan keadaan diri saya yang masih suci atau tak.
Pengalaman yang membuatkan saya trauma ini bermula disekolah rendah.
Keluarga saya merantau jauh dan setiap kali cuti sekolah, kami akan balik tinggal di kampung dengan cuti yang agak lama.
Di kampung saya mempunyai ramai sepupu yang umur agak sebaya dan saya selalu jugak bermalam disana bersama sepupu-sepupu.
Kejadian terkutuk ini terjadi apabila ada seorang abang sepupu umur yang agak jauh berbeza umur kami akan mencabul saya, membuka seluar, kiss dan sebagainya.
Saya hanyalah seorang budak yang tidak diberi pendedahan yang mana safe touch/unsafe touch dan saya ibarat patung ketika itu hanya membiarkannya apabila saya dir4ba sebegitu.
Bodohnya saya. Setiap kali saya teringat tentang kejadian ini saya akan menyalahkan diri sendiri yang sangat bodoh.
Tapi saya hanyalah budak darjah 2 yang hanya memikirkan keseronokan bermain.
Kejadian ini berlaku berulang kali sehinggakan saya tahu perbuatan itu sangat tidak senonoh.
Sehingga sekarang kalau saya terjumpa dengan abang sepupu itu tiada kata-kata yang dapat diluahkan begitu marahnya saya, frust, trauma, takut.
Saya tak boleh bayangkan jika ibu ayah saya tahu hal ni.
Saya tidak menyalahkan ibu ayah dalam hal ini kerana kami semua hanya kanak-kanak ketika itu tiada siapa yang mungkin akan percaya hal ini dan abang sepupu saya itu sangatlah baik didepan semua orang.
Sehingga sekarang, saya masih lagi tidak tahu saya seorang wanita yang masih suci atau tidak.
Saya takut, sangat takut nak berhadapan dengan bakal suami saya. Bolehkah dia menerima saya nanti?
Saya sehinggakan tak sanggup nak google ‘tanda-tanda perempuan tiada dara’ dan seangkatan dengannya.
Sungguhpun saya takut untuk menerima kenyataan bahawa kalau saya dah tiada dara.
Apa perlu saya buat?
Siapalah yang tak nak berkahwin tapi bila saya memikirkan keadaan diri, saya jadi fed up.
Saya selalu doa supaya menjadi seorang wanita yang suci dan masih ada dara, mohon rakan-rakan doakan saya juga ya :)
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit