Adakah Aku Munafik?

Baru-baru ini, aku ada dengar ceramah dari Ustaz Farid. Korang boleh cari di YouTube tentang perbezaan antara munafik dulu dan sekarang.

Nak dipendekkan cerita, aku rasa aku adalah munafik yang hidup pada zaman ini.

Orang munafik dulu menyembunyikan kekafiran mereka, manakala orang munafik sekarang menonjolkan sifat-sifat tertentu, seperti apabila bercakap dia berbohong, apabila diberi amanah dia khianati, dan apabila berjanji dia mungkiri.

Aku rasa sifat-sifat ini ada dalam diri aku. Contohnya, bila aku berjanji dengan orang, aku sering gagal menepati janji tersebut. Nazar aku pun sampai sekarang belum terbayar dengan Allah.

Bab amanah pula, dalam perniagaan, aku pernah menipu orang. Contohnya:

Waktu aku masih muda, sekitar umur 18 tahun, aku ada sedikit kemahiran dalam bab format laptop. Tapi waktu itu aku tak reti nak buat backup.

Jadi, aku dapat satu laptop untuk dibackup, tetapi aku hanya nak duit sahaja, jadi aku terus format tanpa buat backup. Lepas itu, aku maklumkan pada tuan punya laptop, “Saya dah format.” Dia tetap bayar walaupun aku tak paksa.

Pernah juga aku tersilap dalam urusan dengan customer. Ini lebih kepada penipuan yang tak disengajakan. Aku pakai produk jenama A dan B.

Kebetulan aku nak jual produk jenama A, tapi aku tengah pakai jenama B. Disebabkan produk nampak sama, aku cakap inilah kualiti jenama A. Akhirnya, bila dia dah beli, kualitinya teruk.

Dalam urusan perniagaan, dan juga janji-janji yang aku buat, tak terhitung banyaknya aku berjanji nak buat sesuatu tapi tak buat. Contohnya, aku dah banyak kali janji nak diet tapi tak pernah pun mula.

Itulah yang buat aku rasa takut bila dengar, aku ni mungkin tergolong dalam golongan munafik. Bukan setakat itu, aku juga lelaki ‘red flag.’

Pelik kan, orang yang bersalah macam aku buat confession macam ni?

– Sazali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *