Adakah Aku Normal?

Terima kasih IIUM Confession jika siarkan cerita aku ini. Maaf jika terlalu panjang kisah cinta bod*h aku ini. Aku Leya bukan nama sebenar. Berumur 29 tinggal di ibu kota pekerja swasta juga di ibu kota.

Sekarang masih bekerja Alhamdulillah syukur ada pendapatan bulanan walaupun tak banyak. Cukup untuk menampung hidup membayar semua keperluan dan komitmen aku. Tujuan menulis ini hanya lah untuk meminta pendapat warga IIUM Confession ni.

Straight to the point aku baru lepas putus cinta dengan seorang lelaki yang lebih tua dari aku, dia pertengahan 30 an. Aku namakan dia Am. Mula perkenalan pada tahun 2020, dia memang berusaha untuk dapatkan hati aku.

Aku pula dah lama tidak bercinta dan susah nak terima orang dan sangat cepat turn off dengan macam-macam jenis perangai lelaki yang sebelum ini aku kenal.

Bila aku dah turn off aku akan terus tidak akan pandang kebelakang dan teruskan kehidupan single aku. Sehinggalah aku berkenalan dengan Am.

Aku ceritakan sedikit mengenai Am. Wajah dia biasa-biasa aku jatuh hati dengan cara dia ambil hati aku, betul la orang cakap perempuan mudah jatuh cinta dengan kata-kata.

Am kerja biasa penghantar barang dari supplier ke tempat-tempat yang perlukan barang tersebut seperti pasar borong dan sebagainya tapi aku tau dia rajin dan focus dengan kerja dia itu membuatkan aku lebih sayangkan dia.

Dan aku berharap ini adalah hubungan aku yang ingin aku tamatkan dengan perkahwinan.

Hubungan kami macam pasangan kekasih lain, kami keluar makan-makan hari cuti, pergi membeli belah pada hujung bulan selepas gaji. Aku mengaku mungkin aku yang tak pandai bercinta dan aku terlalu emosi bila aku dah mula betul-betul sayangkan dia.

Kerap terasa hati dan menangis jika kami bergaduh. Hubungan yang dijalin selama 5 bulan, putus bila aku bergaduh dengan dia dan aku yang mulakan cakap mengenai putus dan dia terima dan tidak menerima langsung maaf dari aku.

Aku perempuan aku cakap menggunakan emosi dan itu adalah pertama kali perkataan putus keluar dari mulut aku. Sebelum ini jika kami bergaduh pun dia yang akan cakap putus dan aku diam, dan dia pasti cari aku semula.

Tetapi kali pertama aku yang cakap putus terus dia setuju dan text dia aku dapat rasakan yang dia nekad untuk putus dengan aku. Aku cuba pujuk dan minta peluang dari dia.

Dia cuma cakap yang dia nak betulkan hidup dia dan dia dah tak boleh “go” dengan emosi aku dan aku pun lepaskan sahaja dia. Adakah aku ego membiarkan sahaja dia?

Disebabkan aku terlalu sayang dan berharap yang aku akan kahwin dengan dia, aku frust menongeng kot dan terus aku install free dating application yang agak famous di musim pkp ini. Haha.. tidak perlu la aku mention apa nama application tersebut.

Dan aku berkenalan dengan seorang lelaki nama samaran dia Khai. Khai handsome “bermuka buaya”. Berumur pertengahan 30-an juga. Kerja juga di syarikat yang gah namanya di malaysia. Pendekkan cerita aku terima terus Khai jadi kekasih aku selepas seminggu berkawan.

Mungkin pembaca semua akan cakap aku tidak matang mencari pengganti terus selepas frust menongeng kan? Waktu tu aku Cuma fikir aku terima dia untuk mengalih perhatian aku dari teringat pada Am.

Selepas seminggu berkenalan di alam maya. Kami pun berjumpa dan pendekkan cerita aku terlanjur dengan Khai pada pertemuan ketiga kami.

Selepas terlanjur tu kami masih berjumpa dan dia janji kahwin dan sebagainya. Aku cuma medengar sahaja dan tak pernah percaya dan sayangkan dia. Kemudian ada satu hari kami berjumpa dan Khai mahu aku layan nafsu dia dan aku menolak.

Nak jadikan cerita lepas kejadian aku menolak untuk melayan nafsu dia, dia terus tidak membalas text dan angkat call dari aku.

Dan aku pun biarkan sahaja dia diam dan aku tau dia sedang mancari dan berkawan atau bercinta dengan orang lain dan aku masih tak rasa apa-apa dengan Khai walaupun kami dah terlanjur.

Aku dah pun delete semua mengenai Khai. Gambar kami, gambar selfie saja ye dan number dia. Dan aku tak kisah untuk buang dia dari hidup aku pun. Jujur aku cakap memang aku tak ada sekelumit rasa pada Khai.

Aku cuma rasa kosong dan masih teringatkan Am. Mohon jangan kecam aku pasal aku serahkan maruah aku pada Khai. Jujur pada masa itu aku tak fikir apa dan perkara itu terjadi sangat cepat.

Di musim pkp ni aku masih terfikir dan masih belum move on dengan Am. Warga IIUM Confession, apa yang perlu aku buat sekarang?

Dengan keadaan aku WFH dan hanya duduk di dalam rumah hidup dengan laptop aku. Aku solat 5 waktu dan masih membaca Al-Quran setiap hari. Tapi aku kosong. Aku tak menangis langsung. Adakah aku normal?

– Leya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *