Adakah Aku Nusyuz?

Assalamualaikum wbt semua. Selama ni saya selalu jadi silent reader disini, tak sangka akhirnya ada episod duka dalam hidup yang teringin saya kongsikan.

Maaf kalau cerita ini terlalu panjang. Episod duka saya bermula bila suami kantoi ada perempuan di belakang saya. Setahun juga mereka berhubung & berjumpa 2 kali. Allah saja tahu terlukanya hati.

Saya korbankan segalanya, duit harta masa tenaga untuk pastikan rumahtangga lancar & anak2 terjaga walaupun saya bekerja. Tidur & rehat saya entah kemana.

Dalam tempoh suami curang, dia sebenarnya diberhentikan kerja & menganggur. Mungkin masa yang terluang digunakan untuk mencari perempuan. Silap saya sebab terlalu bagi ruang untuk suami bersantai sedangkan saya yang bekerja tak cukup rehat.

Pernah saya suarakan pada mertua supaya dapat menasihati anaknya tentang tanggungjawab dan nafkah. Siapa lagi yang boleh saya harapkan untuk menasihati suami, tentulah ibunya.

Tapi jawapan yang saya terima tambah melukakan. Saya dituduh membenci anaknya kerana anaknya tak berduit waktu itu.

Dituduh hanya sayangkan anaknya ketika berduit. Dituduh sengaja ingin memburukkan anaknya. Ya Allah saya di dalam fasa depressi pada waktu itu. Helpless.

Bayangkan suami tak bekerja, tak membantu kerja rumah & jaga anak, juga tak menyayangi saya kerana ada perempuan lain. Juga saya dituduh & difitnah oleh mertua. Seakan saya ditikam2 oleh suami & seluruh keluarganya.

Dari awal perkahwinan, saya terlalu ingin mengambil hati & membeli jiwa keluarga mertua.

Pulang ke rumah mereka setiap minggu walaupun saya tak cukup rehat, belanja mereka makan, bawa jalan2, sampai tiada masa melayan suami. Inilah titik tolak hubungan kami tak sebahagia orang lain.

Kerana terlalu ingin menjaga hubungan dengan orang tua sehingga tak terjaga hubungan suami isteri. Tiada manis tiada romantis. Yang ada hanyalah anak2 yang ingin mengambil hati orang tuanya.

Saya korbankan fasa honeymoon kami. Tapi pulangan yang saya terima tak seperti yang saya gambarkan.

Mereka tetap tak happy & tak puas hati. Katanya sebab kami hanya pulang hujung minggu & bukannya tiap hari. saya bekerja plus jarak rumah mertua lebih 90km.

Sedih, memang tersangat sedih. Bila banyak kita korbankan tapi manusia masih tetap tak bersyukur. Di depan saya, keluarga mertua puji perempuan lain yang lebih baik. Di depan saya, mereka kata si perempuan ini sukakan anaknya, perempuan itu sukakan anaknya.

Bukankah sepatutnya keluarga suami sepatutnya menasihatkan anak laki untuk setia pada isteri dan menjaga isteri & rumahtangga sebaiknya? Tapi sebaliknya menggalakan anak laki buka mata untuk pandang perempuan lain di luar sana.

Semua nama perempuan yang saya kenali disebut sukakan anaknya. Sekarang anak lelaki dah calarkan maruah keluarga. Terjebak dengan maksiat & dosa, tak bersalahkah kalian?

Ketika suami mengaku akan dosanya pada mertua, sehingga kini mereka masih in denial. Kata adik ipar, abgnya tetap anak & ibunya pasti tetap terima anaknya. Menantu ini bukan anakkah? Seolah2 bagi mereka tiada apa yang berlaku.

Tiada moral support untuk saya atas kecurangan anak mereka. Malah masih sanjung anak & pulaukan saya pula. Teringat malam tu sewaktu suami mengaku khilafnya, mertua nasihatkan saya untuk menjaga tanggungjawab saya dengan betul.

Ya Allah. Anak sendiri yang buat dosa jangan tuduh saya tak menjaga tanggungjawab sedangkan anak sendiri tak bekerja tak pernah pula dinasihatkan dulu melainkan sindiran tajam kepada saya.

Dulu saya masih boleh bersabar melayan sindiran mertua, namun selepas suami kantoi curang, tiada apa lagi yang saya boleh terima. Suami dan keluarganya. saya benar2 tawar hati.

Bila teringat apa yang mereka buat pada saya, hati saya membuak2 perasaan marah kecewa dan benci. Mungkin yang terbaik untuk saya sekarang adalah membawa diri daripada circle keluarga suami. Supaya hati saya lebih tenang.

Hanya masa saja yang mampu merawat segala kekecewaan hati. Mungkin 5 tahun? Sepuluh tahun? Saya pun tak pasti.

Maafkan saya kerana tak dapat jadi menantu yang terbaik. saya dah cuba sehabis baik dulu, tapi tak dihargai & tiada apa lagi yang saya harapkan sekarang. untuk suami, saya juga dah tawar hati.

Yang ada sekarang hanyalah sisa hormat & tanggungjawab & syurga yang saya harapkan.

Sekali ditipu, sekali hati dirobek2, tiada lagi kepercayaan, tiada lagi kasih sayang & cinta setulus hati seperti dulu. Malah jika Allah menjemputmu sekarang pun aku seakan redha.

Moga ada sinar bahagia untukku selepas ini. Isteri nusyuzkah aku? Menantu hantukah aku?

– Isteri & menantu terluka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *