Hi semua. Aku Gigy (bukan nama sebenar).
Aku bekerja di sebuah syarikat di ibu kota. Dah hampir 6 tahun di sini. Aku masih lagi try untuk cari kerja baru tapi masih belum ada rezeki.
Doakan aku ye.
Kawan-kawan aku banyak dah pindah kerja lain. Yang masih setia kebanyakkannya senior la. Kerja aku yang sekarang ni takde la teruk sangat sebenarnya.
Antara kelebihan tempat kerja aku ni:
1) Kerja tak susah sangat. Asalkan ko buat kerja betul dan on time bos tak kacau ko.
2) Tempat kerja dekat dengan rumah. Tak sampai 5 minit pun. Save duit transport.
3) Seniority tu kurang. Yang senior dengan junior hubungan kitorang memang sempoi.
Kekurangan pulak:
1) Tak boleh balik on time. Kalau balik on time ada la yang mereport nanti.
2) Gaji susah naik. Tiada kenaikan gaji setiap tahun. Nak naik gaji kena buat surat dan follow up sampai la naik gaji. (Unless ko orang favourite boss senang naik gaji).
3) Sistem berterabur.
4) Foreigner dekat company aku ni haprak ada yang kaki mereport (suka reka cerita bagitau bos aku).
Banyak sebenar nya cons dekat office aku ni. Alah mana2 tempat kerja pun sama. Tak ada tempat kerja yang sempurna. Kita sendiri la yang kena adapt benda tu. Takkan nak bertukar tempat kerja selalu kan?
Yang aku nak cerita sebenarnya ialah pasal foreigner dekat office aku ni yang boleh dikatakan bangsa pengotor.
Contoh mamat yang duduk sebelah aku ni dah la. Jawatan boleh tahan hebat tapi perangai pengotor tu Ya Rabbi tak tau la nak cakap macam mana.
Pagi2 masuk office aku perhati saja perangai dia. Dia akan pergi pantry untuk refill botol air dia. Sebelum tu dia akan minum air dulu.
Guess what dia akan minum air sebelum telan tu dia akan kumur2 dulu lepas tu baru telan. Pengotor kan? Saja aku share dengan korang perangai dia yang menggelikan tekak aku.
Setiap kali minum air setiap kali tu dia akan berkumur macam tu weh. Setiap hari dengar dan mengalami benda yang sama terseksa jiwa aku tau.
Aku try buat tak endah tapi tak boleh. Aku dah tegur dia jangan kumur2 minum la air macam manusia normal. Dia minta maaf tapi sehari dua lepas tu dia buat lagi. Dah jadi habit agaknya.
Aku dengar saja dia bukak penutup botol air dia tu pun aku dah fobia. Tak tahu la kenapa dia terkumur2 tu. Tak gosok gigi kot. Pernah sekali tu aku tengah breakfast time tu la dia dok kumur2. Terbantut selera aku.
Ada lagi perangai lain dia. Menguap sambil bercakap. Aku perasan perangai dia dengan bangsa2 dia yang lain sama saja. Bagi aku benda tu macam rude la.
Kalau kita orang Malaysia buat macam tu depan mak ayah kita dah kena lempang kot. Bagi diorang macam normal benda tu.
Apa salahnya ko habiskan dulu menguap tu lepas tu baru sambung bercakap. Menguap bukan sikit2 siap depangkan tangan mengeliat. Selalu macam tu tau. Annoying sungguh la.
Tu belum cerita bab bau badan lagi. Rupanya diorang jenis mandi sehari sekali saja sebelum datang office. Balik tu tak mandi dah. No wonder la ada bau.
Member sebelah aku ni bau dia sampai ke tempat aku. Nasib baik kena pakai mask weh. Dia dah la kerja banyak kena jumpa client.
Aku tak sure la macam mana penerimaan client2 dia tu. Tapi dia ni bab kerja memang bagus banyak saja project dia closed. Cuma bab kebersihan tu la ke laut. Dengan kuku panjang tak potong. Hadoii sumpah geli.
Tu belum masuk bab meludah2 tanpa sebab. Aku tegur weh dia jangan ludah2. Alasan dia ada benda lekat celah gigi dia. Hantu betul la aku geli. Nasib baik ada pembahagi meja.
Member aku pernah datang tempat aku lepas tu dia cakap dia nampak mamat sebelah aku tu korek taik hidung. Ya Allah nak korek2 balik rumah korek la puas2.
Disebabkan perkara2 di atas la aku macam kurang sikit dengan diorang. Kalau sembang pun sikit2 saja. Bab kerja kebanyakkannya. Bukan ape aku geli weh sebab aku ni pembersih orangnya. Kadang2 aku fikir jahat jugak aku ni.
Mesti diorang ingat aku sombong tapi tu la nak buat macam mana aku memang tak boleh go.
Dalam bab kerja saja aku try jadi professional tapi kalau nak sembang2 kosong tu minta maaf sangat2 aku tak boleh. Sampai aku terfikir rasis ke aku ni?
Macam tu la environment tempat kerja aku. Hari2 aku hadap benda yang sama. Mesti korang ingat aku ni ngada2 kan benda macam tu pun tak boleh hadap. Aku try weh. Dah 6 tahun aku bertahan.
Tak semua foreigner tu perangai sama macam orang sebelah aku ni tak boleh la nak pukul rata kan. Ada yang ok saja. Aku saja nasib tak baik jumpa orang macam dia.
Aku ada cerita dekat member aku yang local staff, diorang suruh aku bersabar saja la. Buat tak tahu saja.
Family aku pun respon benda yang sama. Aku nak tukar tempat lain pun tak boleh dah office aku ni dah full. Bertahan saja la sampai dapat kerja baru nanti.
Ok tu saja luahan aku. Have a nice day.
– Gigy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit