Adakah Aku Salah Pilih? Atau Aku Yang Terlalu Naif?

Assalamualaikum. Seperti wanita lain. Inginkan kebahagian jauh sekali mahukan derita. Tapi bila bergelar isteri rasa terikat yang susah nak diungkap payah nak diluah.

Aku Balqis (bukan nama sebenar). Aku pernah bercinta tahap nak mati pun bersama tapi apa kan daya harapan nak bina mahligai bersama jadi sampah bila si sado lebih memilih kerjaya. 5 tahun bersama sesia.

Setelah kecewa sampai depress dengan si sado. Aku tekad untuk tidak sesiakan masa dan hati aku lagi. Aku tekad kalau aku jumpa someone lagi aku akan terus terang yang aku nak berkawan untuk berkahwin bukan berkawan untuk bercinta.

Ye aku depress sebab terlalu tertekan dengan si sado tknak kahwin dengan aku. Family plak pushing kahwin. Masa tu aku umur 25 dah abis buat degree tengah kerja. Aku depress tu asyik dengar bukan2 di telinga, nampak macam2, tak tenang, menangis, murung.

Jadi aku tekad ubah diri. Aku ubah untuk abdikan diri pada Allah. Ye aku sangat lah tenang selepas beberapa bulan.

Dalam aku tenang aku buat istikharah mintak petunjuk berikan aku jodoh yang boleh menerima aku dan keluarga aku seadanya. Dan yang sangat menyayangi serta betul ikhlas dengan aku.

Selepas beberapa bulan lagi. Masa abis solat magrib dan aku habis doa macam biasa tetiba hati aku terdetik dan teringat dekat someone ni.

Someone tu pernah tweet gambar food aku bukak puasa 4 tahun yang dulu.

So aku teringat dekat dia. Keesokan hari di pejabat aku bukak twitter aku yang bertahun berdebu tak bukak tu dan Direct Message someone tu kat twitter.

Dia reply. Dia pelik kenapa aku message dia. Tak buang masa di twitter tu aku bagi nombor whatsap aku untuk borak selebihnya. Tunggu punya tunggu dari pagi bawak ke masa nak berbuka puasa baru dia whatsap aku.

Oh lupa bagitahu. 4tahun lepas kitaorg pernah tweet tu masa bulan puasa. Dan sekarang baru nak kenal betul betul pun dalam bulan puasa.

Jadi Aku berkawan lah dengan Si kuat penyabar ni. Serious aku tak sangka sangat beza dengan si sado. Aku kalah dengan soft spoken dia, caring dia, kata2 yang matang dan sangat mengambil berat tentang aku. Selepas 1 tahun berkawan kami masing-masing decide nak kahwin.

Tapi bertunang dulu sebab Abah aku nak macam tu katanya sebab aku anak perempuan pertama plak tu. Jadi ikutkan. Tapi yang tak best mak si Penyabar ni tak berapa suka aku.

Aku tak tahu apa sebab cuma aku agak Mungkin sebab itu satu satunya anak dia, lelaki pula.

Pernah makcik tu call aku maki hamun aku kata aku tak di ajak mak bapak sebab aku rosakan anak dia. Anak dia belakangkan dia buat keputusan nak bertunang dengan aku. Ya Allah mental lagi sekali aku.

Aku bergaduh la dengan bakal tunang aku si penyabar. Oh rupanya mak dia tak sedia lagi lepaskan dia kahwin katanya sebab nanti kalau anak dia kahwin dia susah nanti anak dia tinggal dia.

Oh ye, makcik tu baru kahwin kali kedua. Means Bakal tunang aku si penyabar ni baru dapat Bapa tiri. Ayah kandung dia Meninggal. Si penyabar ni jadi tak puas hati sebab mak dia halang dia nak bahagia.

Dia ad bagitahu aku dia tekanan jadi anak tunggal sebab dmdia tunggal tak macam tunggal lain selalu dihamba abdi walaupun umur dah tua jadi macam budak belasan.

Tung. Tang. Tung. Tang. Allah permudahkan urusan Bertunang kami. Oh makcik tu datang hari pertunangan anaknya cuma ada ugutan. Tak nak datang lah ugutan

Katanya nanti duit arwah ayahnya tunang aku tak akan dapat. Tapi tunang aku tu ignore je sebab dia tak hadap. Selama harini tunang aku kata memang mak dia je abiskan duit faraid tu semua walaupun bahagian dia anak.

So selepas 7 bulan kami dipermudah urusan diijabkabul.

Oh ada drama jugak sebelum kahwin. Bakal mertua aku tu ugut tunang aku kalau teruskan jugak perkhwinan kami dia sebagai mak pengantin lelaki dia tidak akan hadir. Dan macam macam lagi ugutan dia. Tapi tunang aku tetap teruskan majlis kahwin.

Tunang aku kata penat mengalah asyik utamakan kebahagian mak dia. Kebahagian dia macam mana.

Mak dia nak kahwin lagi dia bagi, mak dia nak guna duit bahagian faraid dia, dia bagi, macam macam dia kata. Dia mintak satu je dia nak kahwin nak ada keluarga sendiri nak ada orang hargai dia sayangi dia.

Tapi mal dia halang juga. Oh ye, tunang aku ni jenis pemendam sebab dia kata dri kecik umur 4tahun dah berdikari sendiri. Apa apa mendam je.

Tengok orang lain tunggal di emaskan tapi dia macam anak pungut je. Kalau Jumpa mak dia Hanya mintak duit je untuk makan, pergi sekolah atau nak beli apa apa. Aku agam Mungkin dia sunyi.

Abis je majlis perkhwinan kami. Mak dia blah jelah, yela orang datang kerana terpaksa. Kami buat hidup sendiri. Tiba tiba beberapa hari selepas kahwin satu dunia selama 2tahun pkp tu. Kami takde duit, kami takde kerja.

Kami korek tabung. Kami makan maggi expired 1bungkus bagi dua semua berdua je. Family aku pun aku tak kacau. Suami aku lagi lah.

Sebab mak dia senyapkan diri dan pesan last conversation “pandai pandai lah hidup, belakangkan mak, tengok lah hidup kamu tak akan senang, dan tak akan berkat” Tapiiii dia senyap dengan suami aku je.

Dengan aku dia kacau otak aku. Dia marah, dia kata aku yang salah, aku yang buat anak dia jadi lupa kan dia. Macam macam. Sampai dia kata aku ada masalah kesihatan ke tak mengandung pun.

Keep pushing me untuk mengandung. Dalm masa tu jugak pesan jangan susahkan hidup anak dia, jangan mintak mintak dengan anak dia.

Aaa aku penat.

Tahun ke2 Alhamdulillah aku mengandung. Jadi aku fikir mertua aku akan terima aku. Oh rupanya aku silap. Aku bersalin dan di jaga oleh mertua aku. Mak aku macam biasa meraung la makan hati sebab aku decide pantang dengan mertua.

Aku dan suami decide macam tu sebab nak ambik hati mertua aku, nak bahagia macam orang lain. Mertua aku pun beria kata nak jaga aku, nak jaga anak aku.

Tapi Oh tuhan. 2minggu aku berpantang dengan dia. Aku serik. Aku nak gila. Dan aku dah ada 8/10 simptom meroyan . Ya Allah, aku sangat tak kuat. Sebab aku bentan hari ke12 sebab mertua aku suruh aku sauna.

Setiap hari suruh aku telan apa apa air atau makanan dia bagi katanya aku kena cepat cepat sihat dan buat semua sendiri. Oh ye aku bersalin czer. 1minggu pertama suami aku cuti alhamdulilah elok dia jaga.

Masuk minggu ke 2 suami aku kerja. Dia lenjan aku, aku nyusu anak dia datang rosakan otak aku, aku nak pejam mata tido penat malam berjaga pun dia datang cakap aku tak boleh susahkan suami apa apa kena uruskan sendiri.

Dan dia kata aku lembik dia dulu pantang sendiri je. Pastu dia marah aku sebab aku mintak suami aku sapu minyak angin setiap pagi, dia kata berdikari lah tak kan nak harap kan suami. Ya Allah aku czer, sakit nye ya Allah nak kalih kalih bergerak banyak.

Part makan hermm mana sempat je dia hidang, kadang kek pisang, apa ada instant dia bagi aku. Pastu part urus anak. Masa suami aku kalut nak pergi kerja dia ambil lah anak aku mandikan . Sebab anak malam tido dengan kami suami isteri.

Jadi lepas suami aku keluar kerja dia akan pass anak tu kat aku. Berak kencing apa lepas tu aku lah buat sendiri. Dia masuk bilik. Nanti dia keluar bagi lunch dekat’ aku pastu dia layan tv atau telefon atau masuk bilik. Nanti dia betul keluar amik anak bila suami aku balik kerja petang.

Bila suami aku balik petang, suami aku rushing nak mandi solat. Pastu Nak teman aku. Tapi mertua aku sebok panggil suami aku keluar dari bilik teman dia makan la, teman dia borak la.

Aku? Sorang sorang layan bisikan, kejap nangis kejap okay kejap ngis lagi. Last las tido gitu dan nanti sedar anak bunyi mintak susu.

Minggu ke 2 tu jugak dia tinggal aku dan anak aku berdua dalam rumah. Dia keluar shopping dan jalan jalan. Katanya bosan dan penat jaga aku yang tak sihat sihat pun.

Hermmm depan muka aku dia kata “mak nak ajak kamu kita keluar makan roti canai ke jalan jalan nilai 3 ke keluar berdua tapi tulah susah lah bini kamu tu lambat baik, kalau cepat baik boleh urus diri sendiri”. Aku terasa. Terasa menyusahkan orang dan rasa aku beban pada orang.

Penhujung minggu ke 2 tu. Dia kata kat suami aku, walaupun aku dalam bilik aku dengar sebab dia cakap kuat dan depan pintu bilik aku.

Dia kata “mk penat lah, 2 minggu ni tak cukup rehat, urus bini kamu, urus ank kamu, urus rumah kamu, macam2 mak buat, kamu hantar lah

bini kamu ke rumah mama dia plak, mak penat lah, tak sihat2 pun, mak dulu cepat je elok “. Herm dia dulu beranak normal dekat’ suami aku.

Aku menangis dan kali ni aku tekad nak balik sambung pantang dengan mama aku. Akhirnya 2hari lepas aku dengar tu aku balik kampung aku.

Oh ye sebelum dapat balik tu, aku merayu kat suami aku, aku kata izinkan saya balik rumah mama kalau saya kekal dlm rumah ni saya akan gila.

Now anak aku dah 1tahun. Masalah mertua aku kekal macam macam drama. Suami aku mintak aku jaga anak sampai umur yang sesuai baru aku kerja.

Aku happy jadi surirumah walaupun banyak dugaan hehe tapi biasa mertua aku banyak tak senang dengan apa yang suami aku decide untuk aku sebab dia nak suami aku ikut apa dia suruh.

Aku tetap kuat. Sebab pada aku selagi suami aku sayang cinta aku, jalankan tanggunjawab dia sebagai suami dan ayah dan menyayangi kami anak beranak aku kekal tabah untuk hadap perangai mak dia.

Langit tak selamanya cerah. Aku tangkap suami aku beronani sendiri dalam bilik air sambil jadikan gambar bogel wanita luar sebagai bahan untuk onani.

Kalini dah masuk 3kali aku tangkap dia. Memula dulu masa aku tengah pregnant. Kedua masa aku baru abis pantang 100hari dan aku dah pun bersama tapi tak sangka dia buat jugak benda bodoh tu

Kali ni kali ke 3 aku tangkap dia. Macam biasa setiap kali tangkap dia mintak maaf dan menyesal. Aku? Aku kali pertama tu aku rasa nak bunuh diri dan nak bunuh anak dalam kandung sebab aku ingt suami aku buat macam tu sebab aku pregnant.

Kali ke 2 tangkap dia aku rasa nak lari, bawak diri jauh sejauh mungkin dan rasa nak berpisah tapi di pujuk oleh mama aku. Aku kembali tenang. Sebab suami aku janji tak ulang.

Kali ni aku tangkap dan aku tak rasa nak lari tak rasa nak bunuh diri. Tapi aku rasa kosong dan rasa bodoh bagi peluang.

Aku marah aku menangis aku luah semua rasa aku masa tu. Suami aku hanya diam seperti sebelum sebelum ni. Tapi kali ni dia ada bagitahu jujur dia memang ketagih.

Dia buat banyak kali diam diam. Hermmm 3kali tangkap 3kali aku tanya salah aku apa, kurang aku kat mana dan 3kali jawapan suami aku sama, dia kata Layanan aku cukup, semua pada diri aku cukup untuk dia. Cuma otak dia diri dia tak boleh buang tabiat onani sendiri tu.

Kalini dia kata nak jumpa kauseling. Entah lah, aku tak boleh fikir apa. Aku nak suami aku stop. Tapi aku taktahu apa perlu aku buat dulu.

Walaupun sebelum ni aku usaha beli ebook stop onani, aku usaha lawa lebih dari biasa, goda lebih dari biasa, semua lah lebih. Tapi dia tetap buat.

Dia kata nak jumpa kauseling then aku setuju. Aku faham dia nak buang tabiat tu cuma susah. Tapi aku tak faham kenapa susah sangat. Aku buntu.

Tapi aku dan perasaan aku berperang. Aku akan support dia berhenti dari tabiat tu tapi aku jugak tak tahu nak buat apa dulu untum bantu dia.

Dan untuk aku lupa benda ni jadi. Aku jadi hilang percya. Jadi ada waswas dengan suami. Aku selalu termenung. Menangis. Rasa tak berguna. Aku rasa keputusan aku kahwin salah. Aku fikir macam2. Aku takut dia buat lagi.

Untuk sekarang hanya boleh fikir untuk pastikan suami aku masuk bilik air tanpa bawak phone je. Dan jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu seperti biasa.

Lain lain aku harap yang membaca ni boleh bagi aku cadangan atau nasihat atau jalan untuk aku mula bantu suami dan hidup bahagia macam orang lain.

Sangat terduduk aku benda ni jadi. Sebab aku tak sangka. Sungguh aku mencari kekuatan dan jalan untuk bantu suami aku. Tolong doakan urusan aku ni dipermudah Allah ye.

– Balqis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *