Adakah Aku Snowflake?

Assalamualaikum semua. Ini pertama kali saya hantar ke confession.

Apa yang saya nak share ni sebenarnya mungkin benda yang biasa yang orang lain rasa, dan tak seteruk apa yang orang lain alami, tapi saya cuma nak kongsi, sebab tak tahu nak cakap dengan siapa.

Saya seorang lelaki, 30-an, berkahwin, kerja kerajaan dan ada 3 orang anak, umur 1 tahun – 6 tahun.

Apabila COV1D-19 bermula tahun lepas, semua orang terkejut dan terkesan. Termasuklah saya dah keluarga.

Masa mula-mula PKP tahun lepas, semua orang seolah-olah kembali kepada asal. Back to humanity. Jaga kesihatan berbanding terlalu sibuk mencari harta dunia. A world full of disruption. Semua terkesima tak tahu nak buat apa.

Kemudian, semua orang mula slow-slow adapt dan mula ikuti new normal. Semua meeting dan program secara online, physical interaction dikurangkan. Ada pasang surut lah sepanjang tahun lepas.

Fast forward, setahun berlalu, kes COV1D makin naik, makin ramai yang tutup bisnes, hilang perniagaan, dan ada yang mula hidup baru. Buat kerja lain, semata-mata nak untuk mendapat sesuap nasi.

Sebagai seorang penjawat awam, seorang bapa kepada 3 org anak kecik, antara hikmahnya saya habiskan banyak masa dengan anak-anak.

Tapi disebabkan semua kerja saya boleh dibuat secara online, satu hari mesti ada online meeting dan program, dan mesti ada 5, 6, 7 meeting dalam sehari.

Sebagai akibatnya, saya mula hilang fokus. Anak-anak ada, tapi saya macam tak boleh focus pada anak-anak. Online class pun saya tak dapat bantu anak-anak.

Tu belum anak-anak yang kecil yang minta macam-macam, dengan macam-macam ragamnya. So budak-budak memang selalu kena marah.

Anak-anak memang saya yang mandikan dan uruskan semua. Kerja-kerja rumah biasanya saya buat juga, basuh baju, lipat baju, dan sebagainya.

Isteri saya bekerja jugak, dan memang dia selalu ke ofis. So kat rumah ni, saya lah yang jaga, makan minum semua order saja la.

Apa yang nak share adalah, saya banyak gak baca yang ramai orang burnout sebab nak try balance antara tanggungjawab sebagai ibu dan ayah, dan juga tanggungjawab sebagai pekerja.

Meeting dari pagi sampai ke petang, kadang-kadang sampai ke malam, weekend pun ada meeting, tak termasuk masa-masa lain untuk siapkan kerja yang diarahkan untuk dibuat semasa meeting tadi.

Dan sikap boss yang buat benda ni worse. Diaorang tak peduli samada kita ada anak kecik atau tidak, dia mintak kita sentiasa standby, bersedia untuk dipanggil meeting pada bila-bila masa,

So saya rasa anxious sepanjang masa, macam setiap minit hidup kena control, termasuk malam dan weekend.

Kualiti masa dengan anak-anak terjejas, sebab kena sentiasa bersedia untuk siapkan kerja sepanjang masa. Rasa lagi worse daripada kerja kat office dulu.

Dan saya rasa organisasi saya terlalu mencuba buat macam-macam program baru, sedangkan program tu dah ada kat jabatan lain buat, try hard untuk stay relevan, dan juga nak habiskan bajet yang diperuntukkan.

Seolah-olah beberapa organisasi dan agensi kerajaan ni tengah compete dengan each other.

Disebabkan tu, banyak program overlap, dan outreach kepada golongan sasar juga tak dapat dimaksimumkan.

Tapi bajet dibelanjakan untuk program, bayar trainer, konsultan dan sebagainya. Dan tak termasuk lagi macam-macam blueprint kerajaan nak keluarkan.

Jadi, saya rasa serba salah dan sedih sebab resources (orang/ bajet/ masa) dibazirkan sedangkan bila baca berita, katanya staf kesihatan tak cukup, kerajaan seolah-olah tak cukup bajet untuk dibelanjakan bagi melawan COV1D19.

Sedang satu pihak bertungkus lumus bermati-matian melawat COV1D-19, sebahagian besar yang lain sibuk buat kerja yang tak berapa penting pada masa sekarang ni.

Jadi, saya cuma nak share saja apa yang terbuku, sebab saya tak tahu nak cakap dengan siapa.

Sekadar berkongsi luahan hati dan mungkin nak minta para pembaca semua share pengalaman masing-masing supaya saya boleh lebih bersyukur dengan apa yang saya hadapi sekarang.

Bukan lah tak bersyukur masih kerja, masih dapat gaji, tapi saya rasa kadang-kadang COV1D ni buat orang hilang kemanusiaan bila dah ada teknologi, no emphaty, walaupun patutnya sebaliknya. Saya ni snowflake tak tahan pressure ke, atau normal ke, entahlah.

Untuk yang hadapi dugaan yang lebih teruk, saya cuma boleh doakan supaya korang semua diberikan kekuatan.

– Bukan Boomers (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *