Hai semua. Saya Zack, bukan nama sebenar. Saya sudah mendirikan rumah tangga hampir 3 tahun dan dikurniakan anak yang sekarang hampir 2 tahun.
Saya cuma ingin meluahkan perasaan yang ada dalam hati saya. Saya tak suka cerita pada orang.
Pada awal perkahwinan, kami memang bahagia. Rumah saya sudah sediakan, duit perbelanjaan saya bagi, tapi pada awal perkahwinan sedikit sahaja, dalam 300. Bil telefon dan semua utilities saya tanggung.
Dan pada tahun lepas, saya naikkan perbelanjaan kepada isteri kepada 700. Untuk barang rumah, saya berikan 300-400 sebulan. Sebab dia kata dia akan tambah kalau kurang.
Saya setuju. Sebab dia isteri yang sanggup menolong suami. Saya juga bayarkan kereta dia. Cuma dia bayar duit pengasuh untuk anak dan duit motor.
Cumanya, kami ini kerap bergaduh dalam setahun ni. Perkara kecil, berpanjangan sehingga 2-3 hari. Dan pernah juga seminggu.
Kadang kadang, bila pertelingkahan berlaku, dia akan menggunakan kata kasar. Kami menggunakan panggilan saya awak atau sayang.
Tetapi bila bergaduh, isteri akan gunakan aku kau. Dan pernah juga dipanggil bodoh. Dalam tempoh bergaduh tu, saya kebanyakan diam dan tidak menjawab.
Pernah sekali saya ternaikkan suara, lalu dia terus memukul tangan, badan dan mengoyakkan baju yang saya pakai.
Saya terdiam, menangis buat pertama kali dalam tempoh perkahwinan. Dia tetap menganggap isteri itu selalu betul.
Dia juga pernah mengungkit tak pernah berikan hadiah.
Saya bukan lah lelaki yang romantik, kerana saya jarang bagi hadiah. Walaupon kepada famili saya sendiri. Tapi saya usahakan juga, dan berikan dia iPhone latest pada tahun lepas.
Kadang kadang saya terpikir untuk membalas kemarahan dia, tetapi saya pandang muka anak, saya akan terus diam.
Oh ya.. Kalau kami bergaduh, dia memang akan diam, dan akan bermain telefon seharian. Anak tu saya akan jaga. Mandi, makan, susu. Saya buat semuanya. Untuk senangkan dia.
Tapi dia sering kata saya ni kurang beri kasih sayang kepada dia. Kadang kadang saya jadi kosong, dengan tomahan yang diberikan.
Dia kata dia sering diabaikan. Mungkin saya juga mengabaikan dia dengan kadang sabtu saya bekerja.
Dulu sebelum kahwin, saya kata sebulan sekali minta balik ke kampung saya. Dia kata okay. Kampung isteri agak jauh, dalam 400km+.
Kampung saya dalam 100km+. Ayah saya bukanlah sihat, sebab tu saya minta balik sebulan sekali.
Tetapi bila sudah kahwin, tiap kali nak pulang ke kampung saya, dia akan masam muka. Dan akan ungkit apa yang terjadi di rumah orang tua saya semasa dalam perjalanan pulang ke bandar.
Kalau balik ke kampung isteri saya, biasanya kami akan dalam seminggu menetap. 3 bulan sekali akan balik. Pulang ke kampung saya cuma sehari, tetapi dia akan beri alasan penat atau demam.
Saya juga sering kata kepada dia, bersyukur. Dan jangan kuat merungut. Tapi dia tetap dengan pendirian dia.
Saya banyak kali cakap dekat dia, tolong hormat suami. Walaupon saya tak ada banyak duit.
Banyak kali saya termenung kerana memikirkan perkara yang terjadi..
Adakah saya ni suami yang bodoh? Terlalu mengikut isteri?
– Zack (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit