Adakah Aku Tak Reti Bersyukur?

Hai. Nama aku Bunga. Masuk harini, hari ketiga aku menangis bila mengingatkan tragedi aku tak dapat increment. Ya, aku nangis sebab tak dapat increment. Gaya aku macam putus cinta, sedih kemain, rasa diri dianiaya. Haha. Mungkin sebab aku terlalu penat dengan kerja aku.

Aku berusia awal 30an. Still tak kawen lagi. Berkerja dalam bidang akaun di syarikat swasta bukan milik bangsa melayu.

Lepas graduate, aku bersyukur sangat2 sebab terus dapat kerja. Starting gaji aku ketika itu untuk tahun 2012 adalah RM1,700 (Lepasan Ijazah). Jadi start dari haritu, aku memang kerja keras.

Mindset aku kalau aku work hard, aku akan dapat ganjaran (which is increment & bonus). Memang life aku kerja kerja kerja. Keluar awal pagi, balik rumah malam. Setahun sekali pergi travel.

Honestly aku tak pernah compare apa aku dapat (incerment or bonus) dengan apa “rakan2 sekerja” bangsa lain.

Aku sentiasa ada good relationship dengan mereka. Aku sedar diri je aku tak kan dapat lebih macam mereka dapat. Contoh kalau aku dapat increment 200, mereka mesti dapat 400. Ok tu contoh. Tapi as long aku dapat increment yang aku rasa berbaloi, aku okay.

Dipendek kan cerita, aku berkerja dicompany pertama selama 6 tahun, tapi aku tak dinaikkan pangkat.

Still status “assistant”. Kerja bagai nak mati, overtime segala, kerja manager aku pun aku tolong buat tapi masih berjawatan yang sama.

Haha. Okay bukan aku sorang je macam tu, kawan2 malay aku yang lain pun senasib. Susah nak nampak nama melayu naik pangkat.

Sebelum aku mengamuk dengan manager aku (before aku decide untuk resigned), manager team lain ada offer aku position Executive. Aku berminat jadi aku setuju jelah.

Tetibe manager aku panggil aku masuk bilik dia. Lalu dia membebel2 dekat aku dan ayat yang buat aku sakit hati iaitu dia gelarkan aku selfish. Hahaha.

Merah padam muka aku masa tu. Dia cakap team dia (team aku lah tu) tak stabil tapi aku boleh nak lompat masuk team lain. Aku bagitahu dia, aku bukan selfish. Aku just nak belajar fullset account dan manager team lain tu nak promote aku as Exec.

Mesti lah aku nak kan. Sah2 akan ada adjustmemt gaji. Tetiba dia cakap dia akan promote aku jugak so aku tak boleh lompat team.

Sampai waktu yang dinanti2kan selepas kejadian tu, hari yang semua orang happy. Hari dapat email dari HR, siapa yang promoted. Nama aku takda as Executive. Lalu aku terus masuk ke bilik manager aku dan tanya kenapa aku still tak naik. Dia salahkan management. Haha.

Dia cakap management yang taknak naikkan aku. Aku tanya dia, dia tak fight ke untuk aku. Dia cakap dia ada cakap lah tapi boss tak approve.

Aku tanya dia balik, then kenapa team kita yang lain boss approve, kenapa bukan aku? Dia uturn sana sini bebel macam langau lalu aku pun berkata “Jack (nama samaran), you waste my time.

If I know you buat I macam ni, I dah lama cari kerja lain”. Lepas cakap macam tu, aku terus keluar bilik dia dan menangis. Hahaha. Drama. Aku rasa kesabaran aku selama 6 tahun tu terus hilang.

Aku terus apply kerja lain lepas tu, even aku suka kerja sana sebab enviroment kerja best. Kawan2 bangsa lain sangat baik, yang aku rasa tak okay manager aku je. Hmmm.

Jadi selepas kejadian drama nangis2 tu, aku dapat kerja baru. Alhamdullillah, setelah 6 tahun rasa berbaloi sebab aku dapat gaji lebih RM700.00 dari gaji aku yang dulu.

Kawan aku cakap aku underpaid masa kerja company pertama. Jadi masa aku apply kerja di company baru, aku demand gaji ikut market price mereka terus setuju je. Tak cakap pun tinggi sangat ke apa. So aku happy.

Okay masa aku hantar Resignation Letter, beria Jack pujuk aku. Dia cakap dia boleh naikkan aku Exec & bagi gaji yang aku nak. Aku terus cakap taknak, dah kena tipu sekali, takkan lah aku nak percaya kan.

Setahun aku kerja company baru tetibe ex collegue aku bangsa bukan melayu message “Bunga, kalau you ada sini lagi mesti you marah, Sean promoted Exec (ye Sean tu baru 2 tahun kerja dah promoted. Aku ni 6 tahun kemain mengunung alasan kau bagi)” Okay move on!

Next, Kerja di company baru lagi stress dari company pertama aku. Kerja deal dengan clients and kena handle banyak portfolio.

Dari kena kerja overtime weekdays, sekarang weekend pun kena siapkan kerja sebab nak meet deadline. Haha. Padan lah muka aku, nak sangat gaji banyak jadi hadaplah kerja yang banyak.

Tapi aku tetap positive. Aku tetap perapkan dalam minda aku nak gaji banyak kena workhard. Aku bukan lah mata duitan, nampak kedunian lah pulak. Haha.

Tapi biasalah manusia, aku adalah target nak beli rumah, nak bawak mak pergi umrah, bayar habis loan ptptn. Ye macam target2 orang lain jugak. Alhamdullillah, penat lelah aku tu, dapat buat apa yang aku target. Syukur.

Masa aku masuk second company aku ni, position aku as Exec. Tapi aku buat kerja Senior Exec (selama 3 tahun).

Masa appraisal tahun ketiga, aku bersuara sebab kawan2 aku cakap aku macam bengong2 je. Gaji Exec tapi buat kerja Senior. Maka aku pun meluahkan perasaan aku pada manager aku (aku bagi nama dia angel lah, sebab dia baik tak pernah marah aku).

“Angel, I bukan nak berkira buat kerja. I happy you bagi I peluang belajar jobscope Senior. I gain banyak experience dan dapat banyak knowledge. Tapi position I Exec, if you taknak promote I as Senior, you tukarlah jobsope I macam Exec lain barulah sesuai dengan gaji I”.

Giteww. So after kejadian tu, aku pun promoted. Haha.

Mereka bagi aku increment sebanyak RM350 (Kira banyak lah ni, kalau normal increment dalam seratus lebih je dapat) Kahkah. Tapi kenapa eh nak kena cakap baru dapat? Manusia ni memang takde common sense ke untuk insan macam aku. Huhu.

Aku promoted tahun lepas. Jadi tahun ni, jumaat lepas hari2 yang dinantikan semua orang. Increment and Bonus Day. Yuhuu..

Geng2 aku semua semangat tak nak tidur, nak tengok payslip pukul 12 am (sebab company aku guna website, jadi pukul 12 am memang auto masuk payslip masing2).

Masa tengok payslip, aku terpinger2..Takde increment tapi ada bonus. Ye kami dapat bonus masa pendemic ni (alhamdullillah) sebab company business still jalan macam biasa (kami wfh).

Kebetulan manager aku angel tu tak tidur lagi masih online buat kerja sama macam aku, aku pun message dia tanya kenapa aku tak dapat increment.

Apa salah aku, apa dosa aku. Aku buat emoji nangis banyak2, jadi dia terkejut lalu terus call aku. Maka terjadi lagilah drama airmata aku dengan dia. Hahaha.

Aku tak tahu kenapa aku ternangis, maybe sebab dari 8.30am aku berkerja sampai midnight pun aku masih buat kerja , then bila tengok payslip takde increment aku sedih sangat.

Oh FYI, esoknya manager aku tanya teammate aku yang lain (yang sama promoted dgn aku last year), meraka dapat increment. Aku tak dapat. Masa manager aku call bagitahu tu, aku nangis lagi. Aku bukan nangis marah manager aku, tapi aku sedih.

Manager aku cakap dia pun no idea sebab dia memang bagi rating yang sama dengan teammate aku yang lain. By the way teammate aku muda2 dari aku jarak 3-6tahun camtu. Manager aku pun muda dari aku. Aku paling tua. Haha.

Sebut pasal rating appraisal, ada yang bawah aku pun dapat increment (ni aku tahu sebab sebab geng aku yang dapat bawah aku, mereka pun terkejut kenapa aku tak dapat.

Kami ni sampai tak tidur 3 pagi memikirkan kenapa aku tak dapat, apa salah aku. Dorang pun tak puas hati kenapa aku tak dapat even increment dorang bukan dapat banyak pun. Haha)

Manager aku ​tak puas hati, dia terus call tanya director aku. Lalu director aku suruh aku call dia untuk discuss. Aku sebenarnya tak tahu cakap apa dengan director aku, sebab dia baru kerja company aku 3 bulan. Dia pun macam tak tahu apa2. Lol.

Disebabkan aku tak berani nak call, maka aku message dia dulu. Aku susun ayat baik2 siap suruh kawan aku review. Haha. Aku taknak lah macam nampak aku marah or rude. Jadi aku pun message macam ni

“Hi Pretty, sorry to disturb you. May I get clarrification why I dont received any increment to my salary this year?

Honestly, l’m shocked. I’m not sure whether my performance is too bad. My appraisal rating is 9/10 which mean above average range. I also find that I dont have any issue with my attendance.

For year 2021, I did not take any single day for MC or EL. I also dont get any complaint from manager & client.

Futhermore, I even worked on weekend and work on weekdays until midnight to meet the submission deadline, without claim any overtime (manager aku selalu cakap dept aku revenue rendah so takleh claim OT).

I hope management can look into this matter, appreciate your time and concerns.Thank you”

Haaaa lepas aku message camtu, director aku pun ajak borak dekat call. So kami pun sembang secara awkward haha. Dia bagitahu aku, dia ada highlight pasal aku ni dekat management, which is HQ.

Sebab bab2 gaji semua HQ yang akan decide. (dia sebenarnya pun tak boleh buat apa sebab dia pun baru kerja 3 bulan)

Tapi dia tak sure akan ada adjustment salary, dia cakap peluang nak dapat tu macam susah.

Dia bagitahu aku, aku tak dapat increment bukan sebab performance aku. Memang takde kena mengena. Jadi dia minta aku kekalkan prestasi kerja aku. Jangan salahkan diri sendiri ke apa.

Dia beliave management pun susah nak decide siapa yang mereka nak bagi increment, siapa yang tak dapat sebab profit department aku loss.

Maybe sebab aku ni baru promoted tahun lepas and gaji aku dah tinggi so sebab tu aku tak dapat increment. Aku jadi nak marah bila mentioned pasal gaji aku dah tinggi.

Kawan aku siap cakap actually if experience kerja dah 10tahun, gaji aku tu dah kira underpaid.

Aku terus tanya director aku “you rasa company bayar I overpaid ke. Gaji I banyak ni untuk orang yang experience 10years” Dia terus cakap tak overpaid. Cuma maybe compare orang yang sama position dengan aku, aku paling tinggi.

Jadi mereka decide tak bagi aku increment (yang sama position dengan aku ramai muda2 lagi, yelah aku kan 6 tahun assistant jadi aku ketinggalan jauh bab position ni. Orang lain lagi muda pun dah jadi manager woi. Haha).

Aku serius sedih. Kenapa aku. Aku kerja keras. Bukan main2 kerja. Aku bukan manusia yang duduk senang lenang dekat office then dapat gaji besar. A big NO. Aku kerja macam nak mati kot. Penat. Kenapa aku jadi mangsa. I am not an option.

Kerja lebih masa pun tak boleh claim Overtime macam department lain (Oh ye, aku ramai kawan department lain. Sebab melayu tak ramai jadi kami berkawan lah even tak sama department) Dah tu tunggu setahun, rm50 pun tak dapat.

Kalau semua tak dapat okay lah aku memahami sebab deparment aku tak ada profit. Tapi ni ada yang dapat, ada yang tak dapat.

Budak2 yang promoted sama dengan aku dapat je, aku tak dapat. Dah tu tak kan sebab aku promoted last year jadi tak payah bagi aku increment this year?

Kiranya RM350 tu bukan reward untuk aku lah kan, tu dah kira advance payment.

Hmm.. Why not budget increment yang ada tu bahagi sama rata dengan semua staff? Kenapa perlu buat pilihan? Kenapa perlu kecilkan hati staff macam aku ni? Macam ni ke susah senang sama2?

Director aku ajak aku move on. Past is past katanya. Dia cakap atleast company still bayar aku gaji everymonth, compare orang lain yang hilang kerja & tak dapat gaji masa pendamic. Bila dia guna ayat comparison macam tu, aku rasa macam aku ni tak reti bersyukur.

Kenapa selalu bila kita rasa kita ditindas akan ada ayat2 macam ni. “ATLEAST, ATLEAST” Ye aku tahu bersyukur tu macam mana. Tapi salah ke aku sedih. Aku workhard untuk company, mestilah aku expect something in return.

Aku bukan NGO untuk buat charity kan. Aku malas nak cakap lebih2 sebab bukan salah director aku gak, dia pun tak tahu nak pujuk aku macam mana. Huhu.

Aku ni dah lah single women. Segala comitment aku bayar sendiri. Aku pun ada beli rumah, kereta dan bill2 segala expenses nak kena bayar.

Aku takde boyfriend, husband or scandal nak share2 bayar. Family pun rakyat marhain je sis.So jangan lah ingat single women ni tak perlu duit banyak. Tak tahu lah part ni ada kena mengena ke tak. Lol.

Buat sesiapa yang terbaca, terima kasih sudi baca luahan hati aku yang nampak macam tak bersyukur ni. Harap jangan adalah yang kecam berlebih2an.

Tolong doakan aku cepat move on dari kesedihan ni. Dah ada perasaan nak MC tapi tulah tak tahu nak jumpa doctor cakap apa.

Haha. Aku memang dari start kerja jarang MC, kalau ada pun setahun 1-2 hari je. Tu pun memang demam teruk. Alhamdullillah, Allah bagi aku kesihatan yang baik even aku kerja bagai nak gila. Dan harap ada yang sudi doakan aku murah rezeki dan dapat kerja lain. Aamiin.

P/s: Aku dah lah berangan nak pencen je kat company aku ni sebab company aku now work from home. Aku malas nak travel hadap jammed sampai 2jam, sekali jadi macam ni. Haha.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *