Adakah Aku Terlalu Setia?

Assalamualaikum & hi semua. Sebelum tu aku mintak maaf andai kata cerita aku ni kurang menyenangkan, aku just inginkan kata2 semangat dari korang.

Aku Bunga (bukan nama sebenar) berumur 28 tahun, operator kilang. Hanya itu saja yang aku nak share tentang serba sedikit diri aku

Aku tak tahu nak start dari mana cerita aku ni, ok sraight to the point la ya. Sebelum ni aku pernah bertunang aku kenal dia pon dekat kilang. Tunang umur 27 tahun. Untuk pengetahuan semua selama 27 tahun aku tak pernah rasa sayang dekat mana2 lelaki, tak pernah serius dengan mana2 lelaki sampailah datangnya tunang aku ni.

Perkenalan kita orang hanya 3 bulan dan bila dia kata nak tunang & ke arah lebih serius aku terus setuju sebab aku dah set dalam otak aku ni, kalau ada lelaki yang serius nak dengan aku maka dialah jodoh aku. Tapi ternyata ianya tidak. Kesedihan aku hanya Allah sahaja yang tahu

Sebelum kita orang bertunang aku belum ada rasa sayang lagi dekat dia, sampailah aku dah bertunang aku pujuk hati aku untuk rasa sayang pada dia. Dan ternyata adanya rasa sayang pada dia. Time tunang dugaan dia terlalu berat untuk kami, kita orang kerap bergaduh.

Ouh aku lupa nak bagi tahu tunang aku tu lebih muda dari aku. Jarak antara kita orang 6 tahun. Tapi muka dia matured. Berbalik pada sambungan cerita aku tadi sepanjang bertunang tu kita orang gaduh sampai 1 tahap dia pernah mintak untuk aku pulangkan balik cincin dia.

Ok aku pulangkan tapi dia mintak maaf sebab dia terlalu marah ikut sangat perasaan. Dan tahap gaduh aku dengan dia, dia pernah juga kata menyesal kenal aku. Hati aku terluka sangat2. Luka seperti ada pisau yang menghiris hati ini. Then dia menyesal dan aku perempuan yang bodoh maafkan dia. Dan dia sendiri menyesal dengan apa yang dia pernah buat pada aku.

Lepas 5 bulan kita orang tunang dia resign dekat kilang yang kita orang sama2 kerja & dia kerja kilang dekat dengan rumah dia. Kilang tu semuanya laki. Hari demi hari aku dapat rasa cara dia whatsapp aku semua dah lain

Sampailah kantoi aku terbaca whatsapp dia dengan kawan dia (lelaki) dia kata dugaan tunang ni sangat berat sampai dia dah tak rasa sayang pada aku lagi. Allah! Time aku baca menitis air mata aku keluar. Kenapa mesti hilang rasa sayang bila aku dah start rasa sayang pada dia.

Aku tahu aku ni kasar, tak pandai layan dia dengan baik. Sebab? Sebab aku tak pernah bercinta. Aku tak tahu nak tunjukkan rasa sayang, rasa cinta pada dia. Tapi aku tahu, hati aku hanya untuk dia sahaja. Dan aku tahu lepas kahwin aku takkan jadi seperti macam perangai time tunang. Aku tahu maksud title “wife”

Sehinggalah aku bergaduh dengan dia untuk keberapa kali pon tak tahu. Aku pon putus melaui whatsapp sahaja. Dan aku yang bodoh pergi call tanya dia balik betul ke awak dah tak rasa sayang pada saya. Dia cakap dia sendiri confius dengan perasaan dia.

Aku kata tak pe, awak ambil la masa. Then aku call balik aku cakap jangan tanya kawan2 awak tentang perasaan awak. Sebab kawan2 tak tahu apa yang kita alami. Dia terus kata awak kita teruskanlah. Aku pon happy la juga.

Dan finally dia sendiri bagi tahu yang dia dah tak boleh nak rasa sayang pada aku lagi. Dia mintak maaf semua tu la. Dan aku kecewa untuk keberapa kali aku sendiri tak tahu. Aku tanya dia kenapa? Ada perempuan lain. Dia kata tak de. Aku pon ok tak pe & tak teruskan putus.

Seminggu lepas tu kawan aku screenshot story ig dia, gambar dia keluar dengan perempuan lain sambil pegang tangan. Tahap benci aku menjadi + jealous. Sepanjang aku tunang dengan dia, aku tak pernah nak bersentuhan dengan dia. Aku tahu dia dulu couple main salam2 semua tu. Tapi maaf dengan aku pasti tak akan terjadi.

Aku whatsapp gambar tu dekat ex tunang aku, dia kata tu gambar lama. Lagi pon tu kawan lama dia, dia menang rapat & dah ada bf. Dan dia siap cakap “lagi pon kita dah putus tunang”. Bila dia kata macam tu dalam hati aku still nak dia lagi. Tapi kenapa dia masih tak faham?

Lepas dari kejadian tu, dia block aku dengan fb, ig, whatsapp. Aku stress & lepas aku nampak gambar tu aku terus demam. Mc 2 hari. Lepas 2 minggu macam tu dia unblock aku dekat whatsapp. Dia mintak maaf bla2 siap cakap dia bukan laki yang baik. Dia doakan aku dapat lelaki yang lebih baik & dia kata dia still sayang aku. Dia block pon sebab tak boleh lupakan aku. Dia siap doa yang aku dengan dia berjodoh.

Time tu aku naik hantu juga. Tapi kita orang tak teruskan lagi. Aku putus tunang awal bulan 12 tak silap. Dan sampai ke hari ini aku masih mengharapkan dia, walaupon kawan2 aku kata lupakan dia. Kalau perangai aku annoying ke, aku salah ke dia salah ke.

Kalau dia lelaki yang baik dia takkan cakap hilang rasa sayang. Takkan tinggalkan aku. Dan hari ni juga aku tgk status whatsapp dia, yang dia dah ada sayang yang baru. Sayang dia tu post gambar dia. Dia repost balik dengan caption mat salleh dia.

Panjang sangat dah aku cerita ni. So korang macam manalah nak hilang rasa sayang pada dia & jauh dari perasaan mengharap dengan dia lagi? Aku ni sampai ke tahap ni fikir untuk setia je. Tapi dia dah ada yang lain sampai hati aku kata tu mesti bukan gf dia. Dia saja post sebab nak tunjuk pada aku. Arghhh hari ini aku sakit kepala lepas tengok status whatsapp “sayang” dia tu

Maaf kalau cerita aku ni merepek. Tapi itulah kenyaatannya. Benda yang aku kena lalui sebab aku jadikan dia first love. Maybe juga sebab aku fikir dah tunang kenapa mesti nak putus. Kenapa tak fikir untuk terus kahwin je. Kenapa & kenapa?

Banyak sangat soalan dalam kepala aku ni. Tapi aku tahu bila kita ada masalah tak semua sudi untuk mendengarnya. Guys aku dah 28 sekarang ni. Kesenduan apakah ini? Kenapalah dia boleh hilang rasa sayang pada aku?

Aku tahu, aku tak boleh nak salahkan dia sebab dia sendiri kata tak pernah mintak untuk jadi macam ni. Tak pe lah kalau dia bahagia aku juga kena turut doakan kebahagiaan untuk diakan. Korang doakan aku juga ya.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *