Assalammualaikum semua. Terima kasih admin jika nukilan aku ni di siarkan. Aku seorang isteri pada seorang lelaki yang sangat2 aku sayang. Cinta budak hostel yang dibawa hingga ke alam dewasa. Kami dkurniakan 4 orang anak.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hinggalah hujung tahun 2014. Suami aku mula mengambil syabu setelah hampir 10 tahun dia tinggalkan. Yer! Jujur aku tau dia sememangnya menagih benda haram tu pada zaman remaja beliau, tapi selepas mula merancang impian bersama, najis tu ditinggalkan jauh2!
Tapi entah mana silapnya, dia mula mengambil dadah itu semula sekadar suka2 dan akhirnya menjadi ketagihan yang sukar dikawal. Aku yang bekerja pada masa itu. Maka stress melihat dia dengan dunia dia dan aku mampu tangani tanpa sesiapa pun dari ahli keluaga dia atau kami yang tau. Aku simpan elok rahsia itu demi menjaga air mukanya.
Hinggalah tahun sept 2016 aku di uji dengan ujian sakit dan ianya memaksa aku untuk resign kerja. Jika selama ini perbelanjaan keluaga kami tanggung bersama, tapi selepas aku berhenti semuanya terletak di bahu suami aku dengan kelaku dia yang masih main ‘sejuk’.
Suami aku ni bukanlah pekerja kerajaan atau swasta. Dia berniaga menyambung perniagaan mak ayahnya. Jika sebelum layan ‘sejuk’ dia adalah HARAPAN mak ayahnya. Dari A sampai Z urusan berniaga semua di tangannya.
Namun setelah bertahun aku menyimpan cerita, aku mula memberitahu keluaga mertua aku tentang kelakuan anaknya. Manakan tidak, untung niaga selalu lesap, banyak bil2 rumah tertangguh, dan dia? Sudap acap kali ponteng berniaga. Habuannya? Aku yang di salahkan untuk setiap satu kelaku anak mereka.
Aku di katakan salah kerana berhenti kerja. Zaman sekarang bini kena keja bantu suami. Anak mereka stress sebab terpaksa menanggung beban keluaga bersendiri. Itu jadi punca anak mereka menagih semula.
Sedangkan mereka tak tahu yang anak mereka menagih sejak aku masih bekerja lagi! Jadi mana datangnya ia dari aku? Ok pung pang, pung pang, aku tetap salah kononnya kuat membebel pula. Itu jadi punca anak mereka stress dan menagih semula.
Tahap mereka menyalahkan aku sampai hasut anak2 aku benci aku. Setiap hari hantar dan ambil anak aku sekolah (aku yang hantar dan ambil anak2 balik sekolah kerap disuruh bantu berniaga masa ni) sambil bercerita tentang betapa salahnya aku sebagai isteri hingga ayah (anak depa) jadi macam tu.
Pada masa ni suami aku makin teruk, marah dan maki hamun dah menjadi makanannya walaupun pada azalinya dia bukanlah lelaki atau ayah yang macam tu. Jadi anak2 aku mula nampak perubahan ayah mereka dan ini mungkin sebab keluaga mertua aku cuba untuk wayangkan anak2 aku dengan meletakkan semua kesilapan pada aku.
Tapi mereka silap, 4 anak aku semua lelaki dan anak lelaki pada fasa umur anak2 aku memandang tinggi pada ibunya. Alhamdulillah.. tiap satu hasutan pun anak2 aku tak masukkan ke dalam kepala mereka. Saban hari balik sekolah bercerita semula apa yang wan atok mereka racun. Itu memang menjadi perkara yang paling keji dimata anak2 aku, masa kan mahu percaya.. mendengar pun mereka sudah malas.
Mereka di sogok dengan pelbagai tawaran jika mendengar dan makan hasutan wan atok. Tapi tu lah, anak2 yang duduk bersama ibu ayahnya.. jadi mereka lebih tau siapa yang bersalah. Depan mata mereka ibu mereka ni bersabar acap kali di bentak, di marah dan hingga tahap di pukul. Mereka terpaksa menjadi saksi bisu pada setiap penderitaan yang ibu mereka tanggung.
Akhirnya aku menjadi panas kerana aku kesian melihat muka anak2 yang stress bila pulang sekolah kerana brain wash yang dberi setiap hari. Kenapa libatkan anak2 aku pada kegagalan mereka?
Akhirnya tau apa jadi? Anak2 aku mula menjauhkan diri dari wan atok mereka. Sendiri tabur umpan sendiri terjerat, macam tu la yang berlaku. Aku tak perlu nak pertahankan diri pun sebab anak2 lebih mengetahui siapa yang salah di dalam isu ibu dan ayah mereka ni.
Untuk makluman semua, ada yang bertanya kenapa aku masih stay dan tak lari kepada keluaga aku? Tinggalkan je toksik relationship ni. Bukan aku tak mahu, tapi aku takde pilihan. Aku dilahirkan dan dbesarkan oleh sebuah broken family. Lepas mak aku meninggal 8 tahun sudah, dan ayah berkahwin lain lagilah kami renggang. Adik beradik aku tak ramai, kami bertiga sahaja.
Selepas mak kami tiada, masing2 membawa haluan hidup masing2. Percaya tak? Kami dah tak pernah beraya bersama sejak 8 tahun sudah dan aku sendiri dah bertahun tak jumpa abang aku. Jadi korang rasa boleh ke aku mengadu pada keluaga aku yang macam ni? Aku pernah cuba kot! Tapi nanti aku ceritakan apa kesudahannya. Mengundang sedih je bila fikir.
Panjang lagi cerita perjalanan hidup aku ni, dan rasanya cukuplah setakat ini aku menulis. Jika ada ruang dan waktu aku pasti kembali mencoret cerita. Sambungan cerita bagaimana aku dijadikan kambing hitam pada keluarga mertua dan suami aku yang semakin hanyut dengan dunia fantasi nya hingga tahap menawarkan aku untuk bertukar pasangan demi memuaskan nafsunya sendiri.
InsyaaAllah semuanya terkandung pengajaran kepada mereka di luar sana. Doakan aku terus istiqomah menyemai kebaikan walau jalan yang aku selusuri ini berduri tajam. Menikam sakit hingga aku mati perlahan2 secara rohani. Tapi aku percaya ada pelangi selepas jalan ini.
– Aku bukan Asiah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit