Assalamualaikum semua. Maaf kalau karangan ini panjang, dan gaya penulisan yang kucar kacir sebab saya tak berapa pandai mengarang.
Niat menulis ingin minta pendapat, pandangan dan advice positif mungkin ad yang lebih berpengalaman dan mengalami krisis rumahtngga yang sama seperti saya.
Saya dan suami kahwin suka sama suka. Umur lewat 20-an saya boleh dikatakan seorang yang ambitious.
Saya suka letak target pada peringkat umur saya dan lebih cenderung melabur dalam bidang hartanah. Ija shariza, harith faisal antara orang yang saya selalu follow post2 nya sebagai rujukan dan pemangkin.
Buat masa sekarang saya sudah ada sebidang tanah dan beberapa buah rumah dan bilik sewa manakala husband saya seorang yang cukup lah apa yang ada, baru beli sebuah rumah setelah dipaksa, baginya duit yang ada cukup lah disimpan sedikit, selebihnya untuk hobinya untuk kepuasan hidup katanya.
Hobinya juga semua yang kos mahal. Beberapa kali juga hal ini menimbulkan pergaduhan kerana bagi saya ianya membazir.
Walau bagaimanapun, suami saya tidak kedekut untuk keperluan makan minum, tempat tinggal semua dibawah tanggungannya cuma nafkah memang bila diminta baru diberi (RM50 atau kurang). Mostly memang tiada la. Saya juga malas untuk minta2 lagipun gaji dan side income saya cukup.
Gaji kerja suami dan saya beza RM3k tak termasuk side income saya tapi saya cuba terima seadanya walau sukar kerana suami langsung tiada daya maju untuk mendapatkan income yang lebih kerana dia juga seorang yang memilih kerja. Jika masih gaji sama setelah melakukan pelbagai usaha itu lain cerita.
Kami juga pernah bergaduh tentang sikapnya yang langsung tidak menunjukkan daya ingin maju seperti kawan2 atau rakan sebaya kami. Dia terlampau relax.
Saya ada juga mencadangkan idea2 bisnes yang possible untuk dijalankan bersama tapi setiap kali akan mendapat respond yang negative hingga satu tahap yang saya dah tak berminat untuk berbincang mengenai bisnes atau perjalanan investment hartanah saya.
Dan lebih cenderung berbincang dengan ayah atau kakak saya yang mana mereka juga satu kepala dengan saya. Bukan kerana saya tidak menghorm4tinya, tapi selalunya tiada respond positive dan sering berakhir dgn buat saya rasa down.
Namun, husband saya sangat setia support saya pergi dan balik kerja. Kalau saya terlampau penat, tak perlu masak. Kerja saya biasa keluar dari rumah 9pagi, sampai rumah dalam pukul 12malam. Manakala husband saya pergi kerja sama masa dengan saya dan ada di rumah pukul 7.30malam atau lebih awal.
Kadang bila saya tak sempat, dia juga akan tolong basuh baju dan bila balik kerja, saya akan tolong jemur. Ikut la tapi dia memang ringan tangan membantu saya kerja rumah. Bisnes saya juga dia selalu tolong managekan.
Masa tu saya rasa takpela mungkin husband saya takde usaha kearah bisnes dan tidak dapat menyumbang lebih income pada keluarga tapi dia support apa yang saya buat.
Tapi suatu hari dia menyuarakan yang dia nak upah atas usahanya dan ingin dibayar per bulan. Mula2 saya terkejut dan dia juga tidak menyatakan wang itu seperti dia pekerja saya tapi sebagai balasan dia banyak tolong saya manage bisnes saya.
Hmm sukar difaham tapi saya bayar la dia dengan kadar yang dipersetujui bersama. Yela mana ada benda free masa sekarang ni. Saya hargai penat lelah dia.
Baru2 ini dia ada mengungkit yang apa saya ad sekarang tak dapat saya capai jika tidak dengan tolak ansurnya dalam family kecil kami (kami belum ada anak sudah 4 tahun kahwin).
Dia mula mempersoalkan kenapa keputusan management investment saya tidak dibincang dengannya setelah mendengar perbualan saya bersama kakak saya.
Dari ayatnya dia cuba menyatakan yang apa saya ada sekarang ada juga hak dia kerana membantu memudahkan tugas saya sebagai isteri dalam rumah tangga kami. Dan jika kami berpisah nanti dia boleh tuntut haknya itu sebagai harta sepencarian dsb.
Selama ini saya berhempas pulas mengumpul wang sejak pekerjaan pertama saya selepas graduate. Duit muka kereta pertama saya pn saya kumpul sejak saya belajar. Saya berjimat macam2 untuk capai apa yang saya ada sekarang dengan impian boleh retire awal dan focus lebih pada keluarga.
Bukan saya tidak masak langsung, selalu juga saya masak untuk keluarga, bekal mkan untuk kami berdua makan tengahari di tempat kerja. Tapi dia cuma highlight hari yang saya tidak masak. Semasa awal2 kerja baru ni saya tahu saya tak dapat masak malam untuk suami.
Saya pernah offer dia untuk bayar kos makan malam nya yang terpaksa beli diluar dan juga kos minyak ambil hantar saya kerja agar tiada ungkit mengungkit masa akan datang, tapi dia menolak dan menyatakan itu adalah tanggungjawabnya.
Tapi apa yang saya jangkakan dulu benar2 terjadi, ia diungkit sekarang. Saya kemas pondok kecik yang kami duduk bersama setiap kali cuti, dan kemas seadanya waktu kerja. Saya tidak pernah mengabaikan sama sekali tanggungjawab saya sebagai isteri.
Apa yang saya nampak saya seperti seorang lelaki dalam family kami yang selalu memikirkan masa hadapan keluarga kami.
Dia juga mengungkit dengan bantuannya selama ini, saya semakin kaya tapi dia tiada dapat apa2 benefit selama berkahwin dengan saya. Tapi bila saya ajak untuk bisnes bersama2 kenapa tidak ada sedikitpun respons positive?
Berhak ke dia claim seperti itu sedangkan saya yang bekerja kumpul semua selama ini. Dia yang dapat balik awal setiap malam dapat ngeteh di mamak dengan main game dan shisha.
Saya yang isteri ni berkerja hingga pukul 12malam. Saya jarang ada me time. Dulu masa saya masih kerja office hour dan baru berkahwin,
Kami selalu juga bergaduh tentang aktiviti suami yang hampir sepenuhnya main game dan lepak mamak dengan kawan2 selepas waktu kerja.
Sampai satu tahap saya rasa macam tiada guna saya lebih masa di rumah tapi tak dihargai pun, jadi saya cari kerja yang menuntut lebih masa dan memberi pulangan lebih, sekurang2 nya dari saya bosan dirumah saya boleh dapat income lebih.
Tapi lain pula jadinya sekarang. Ayah saya pernah mengatakan suami saya seorang yang licik. Ini masa diawal perkahwinan dan dikatakan kepada saya dalam keadaan marah.
Saya cuba tenangkan hati dan percaya suami saya bukan begitu. Tapi semakin hari saya semakin tidak gembira bila suami mula berkira macam2. Atau mungkin memang saya yang bersalah dalam hal ini?
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit