Hi. Terima kasih byk admin if you approved this confession. (long story, i guess)
Banyak benda nak story tapi taktahu nak start dari mana, taktahu nak story kat siapa, taktahu siapa yg sebenar-benarnya sudi. At last aku pendam sependam pendamnya. Bukan tak percaya kawan baik sendiri, i do believe in them tapi rasa mcm dorang tak pernah ada waktu aku betul betul perlukan dorang sangat, dorang akan ada bila waktu aku dah okay emosi dah stabil. Kadang tu sedih jugak sebab aku ada je bila dorang perlu tapi bila turn aku? Takpelah. Mungkin daripada situ jugaklah aku kuat sampai skg :)
I have few siblings. Hmm my mom and dad since aku kecik takpernah okay. Kadang-kadang okay tp sekejap sahaja and still aku tak nampak kebahagian sebenarnya tu. Berbaik pun sebab ada reason mcm tu. Aku tak pernah jauh dgn family sampailah aku form 5. Then dapat sambung matrik and uni kat tempat orang (means jauh dr familylah kan). Masa aku jauh dgn mama, aku takut ayah aku apa apakan mama sbb even aku ada kat rumah pun ayah aku boleh buat macam-macam. Aku bongsu tapi tak manja eh! :P cuma suka nangis je, cepat tersentuh sebijik perangai macam mama hehe. Aku boleh berdikari sendiri and my parents pun admit aku pandai survive sendiri. Oh back to the story, masa kecik dulu ayah aku kaki pukul jugak tp tak sampai tahap lebam sini sanalah. Ayah mmg garang gilerr, suka marah mama anak anak dia sesuka hati. Tak pernah nak terima pendapat orang langsung, sbb tu tak ramai kawan. Ayah mana suka lepak kedai kopi dgn kawan ke apa. Duk rumah je layan internet. Sampai satu tahap, kakak aku pernah check computer, handphone ayah, ayah layan perempuan lain. Hmm taktahulah mcm mana mama boleh bertahan. Aku rasa mcm mama tu dah cukup serba serbi walaupun kadang-kadang tu mama macam garang sikit mungkin sbb byk tension dgn perangai ayah kot. Ayah solat tinggal, time puasa tak puasa, panas baran. Satu-satunya yang buat aku sedih sangat, ayah tak pernah bagi nafkah zahir dan batin kat mama since lepas aku lahir kot. Sedangkan ayah lg bekerjaya dari mama, pangkat ayah lg tinggi dari mama. Yes, mama pun kerja ayah pun kerja tapi taktahu mana duit ayah tu pergi? Mama boleh tanggung kitaorg beradik baiikkkk punya.
Sejak aku form 1 yang aku ingat, mama yang uruskan semua perbelanjaan sekolah, makan pakai kteorg. Mama masa tu tanggung 3 orang adik beradik aku yg masih sekolah. Selebihnya adik beradik dah kerja and belajar uni. Kakak abang ada jugak tolong hulurkan sikit sikit sampai skg pun. Tapi ayah tak pernah bg satu sen pun duit belanja kat kitaorg. Sampai skg aku tak faham apa sebenarnya tanggungjawab sebagai seorang suami, kalau kau biarkan isteri kau yang tanggung semua? Dari aku kecik, mcm mcm kejadian jadi kat rumah, dgn ayah panas baran yg sanggup baling penyodok sampah, tissue holder yg kayu tu dekat mama sbb marah sgt. Tolak mama jatuh sampai demam. Hmm Ayah terlalu panas baran. Aku taktahula nak cakap yg aku ni pendendam atau tak, tapi satu yang pasti aku taksuka and takboleh tengok ayah buat mama mcm tu. Aku benci sangat! Sampaikan satu tahap aku benci tengok muka ayah yg panas baran tu. Memori aku dgn ayah tak byk yang manis, pahit terlalu banyak. Aku sayang dia sebagai seorang ayah tapi aku benci dgn perangai dia yg mcm tu. Mama selalu pesan, adik doakanlah pintu hati ayah terbuka utk berubah. Aku selalu doakan demi mama aku sebab aku nak sangat tengok mama bahagia. Ayah pernah je berubah, solat cukup, layan kteorg elok elok tapi bila dah lama, berubah asal balik. Anak-anak, mama doakan yg terbaik utk ayah tapi ayah takde usaha pun nak berubah, mcm mana lg kteorg nak tolong? Aku teringin nak selami hati ayah, kenapa ayah perangai mcm tu? tapi aku taktahu mcm mana nak tolong selain dgn doakan :( Adakah salah aku, ayah jadi mcm tu? Salah aku ke sebab tak cuba faham ayah? :(
“Ayah dah makin tua yahh, saya merayu yahh tolong jgn seksa mama lagi. Saya pun takfaham kenapa mama sanggup bertahan dgn ayah sbb kadang-kadang saya sendiri tak tahan dgn perangai ayah. Saya penat nangis sbb ayah tp saya tahu mama lg penat tahan penyiksaan ni semua. Ayah dgn mama dah tak sehaluan, asyik gaduh je sampaikan saya rasa taknak balik rumah sbb asyik tengok korang gaduh tapi saya balik jugak, saya lebih risaukan nanti jadi apa-apa kat mama. Ayah kenapa buat mama mcm ni? Ayah tak sayang mama lg ke? Ayah mama dah tidur bilik asing. Saya sedih sangat bila satu malam hujan lebat tu, mama merayu kat ayah bukak bilik sebab mama takut tapi ayah ignore je. Saya tahu mama nangis tapi saya tak dapat nak buat apa-apa :( Maafkan saya, ma. Takpe ma, Allah Maha Adil. Walaupun mama tak bahagia dgn suami mama, mama ada kteorg ma, kami adik beradik cucu cucu mama. Saya tahu mama bahagia bila dgn kteorg sebab kebahagian tu saya boleh nampak bila kami semua byk luangkan masa dgn mama. Akan saya doakan kebahagian mama bersama kami dan mama dipanjangkan umur :) Semoga mama tabah. Semoga ayah juga berubah ke jalan diredhai Allah.”
Skg, masalah diri aku sendiri pulak. I came from broken family and i dont want ppl to accept me with their sympathy. Disebabkan itu, aku nak orang terima aku seadanya, terima baik buruk family aku tanpa dijudge. Dan aku sebenarnya trauma tgok mama ayah aku sendiri. Yes, aku pernah bukakkan hati aku utk seseorang tapi mcm aku je yang selalu berikan yg terbaik. Si dia mcm tak memahami apa yg aku nak. Aku nak kenal hati budi seseorang dulu, aku nak selami hati dia dalam jangka masa yg panjang supaya aku boleh nilai dan terima. Aku taknak kawan pastu kenal mcm mcm tu je, dengar dari orang dia ni mcm ni mcm ni then kahwin. Aku rasa mcm tak selamat, sbb byk sangat cerita memula seseorg tu baik sgt, tapi bila dah bersama mulalah tunjuk belang. Aku pernah berada dlm situasi tu sendiri, so i know how broken it will be dan aku taknak face benda tu for a second time. Aku mohon sangat, lelaki di luar sana. Tolong, amek pengajaran dgn cerita cerita broken family ni dan jangan ulang benda sama. You never been in that situation and you dont know how suffered i am to face all these sampaikan aku trauma dan aku benci tengok drama melayu kat tv yg family gaduh gaduh tu. Salah aku ke semua ni jadi? Aku ke yg masih belum bagi yg terbaik dekat orang? Am i the one yg trying so hard? Aku tak salahkan takdir Allah dengan ujian yg aku terima ni, aku redha. Dgn harapan orang pun boleh buat yg terbaik utk yg terbaik. Kenapa kita perlu cipta jurang dan pergaduhan kalau kita semua boleh happy sama-sama kan? Aku tak harapkan orang utk faham aku cause i know susahh nak faham orang tapi please fikirkan for a good future, kalau kita tak berubah siapa lagi yg nak ubah kita? Please, for a good future ahead be someone that can cherish other people with our good behavior. Thanks for reading until here. #ijustneedmotivation
– Yang masih sabar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit