Adakah Allah Dengar Doa Aku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca iium. Kalau cerita aku ini disiarkan, aku ucapakan terima kasih.

Aku cuba untuk ringkaskan cerita ini seringkas yang mungkin. Lama aku fikir sama ada mahu mencoretkan sesuatu di sini ataupun tidak. Tapi harini aku gagahkah hati dan luahkan apa yang lama aku simpan.

Tujuan aku luahkan dekat sini bukan nak burukkan pihak sebelah lagi, jauh lagi nak minta kecaman free tapi lebih kepada SOS. Aku perlukan kata-kata semangat di saat aku dah mula rapuh serapuhnya.

Sebelum itu, aku kenalkan diri. Cukup la aku kenalkan diri aku Nick, seorang perempuan berusia 28 tahun. Cerita ni berkisar tentang aku dan A.

Aku kenal A semenjak zaman sekolah menengah, masa tu aku berusia 13 tahun dan A berusia 14 tahun. Kami berkenalan. Start niat mencuba untuk bercinta (Warning: adik-adik jangan ikut benda ni), hubungan kami berlarutan daripada zaman sekolah ke zaman universiti, zaman pekerjaan sampai la sekarang.

Dalam masa bertahun-tahun tersebut, banyak benda aku dan A lalui. Awal-awal perkenalan, semua indah. Lebih dikatakan, kami tiada masalah. Kalau ada pun bergaduh, cuma sekejap. Tapi pelangi aku sangka belarutan tidak menyebelahi aku. Kami diuji. Isunya datang daripada A. Tak perlu aku sebutkan apa A buat waktu tu.

Start daripada isu tu, aku berubah. Perempuan, tak lari daripada emosi. Apa yang A buat betul2 effect diri aku, emosi aku. Cukup buat aku rasa aku ni tak ada makna apa2 dalam diri A, aku ni bukan siapa2. Aku start cakap dekat A macam-macam. Apa je aku tak cakap dekat A, semua keluar daripada mulut aku.

Tak aku nafikan, benda aku buat tu salah. Tapi waktu tu, aku mengaku aku ada sedikit panas baran. Dan aku sejenis tak reti nak express apa yang aku rasa. Aku terasa ke, marah ke, merajuk ke, aku nak minta maaf ke, aku rasa serba salah ke, semua tu aku tak reti express.

Benda tu semua tak keluar daripada mulut aku. Yang keluar cuma kata-kata panjang berjela dan aku marah pada diri aku sebab tak reti express. Aku juga marah pada dia sebab buat benda tu. Perasaan marah membuak2.

Betul la dalam quran ada pesan, benda paling tajam bukan pedang tapi lidah. Aku tak jaga lidah aku, percakapan aku time aku marah. Semua perkataan keluar daripada mulut aku sampai A terasa. Bila aku ok, dah mula fikir waras, aku tahu benda tu salah. Aku datang cari A, aku buat macam-macam untuk tebus balik kesalahan aku.

Apa yang A buat, apa yang aku rasa, aku letak tepi disebabkan aku fikir, A bersabar dengan segala apa yang aku cakap, dia tak membalas tapi diam. Aku rasa bersalah tapi aku tak reti nak cakap.

Even saat A buat benda tu dekat aku, aku nak cakap apa aku rasa waktu tu tapi aku tak tahu macam mana. Disebabkan itu, aku express semua dengan marah. Oleh sebab itu, aku buat macam2 untuk tebus baik semua yang aku dah cakap dekat A.

Little did I know, that was the starting point our relationship became worse. Start A buat benda tu dan start aku berubah jadi perempuan yang tak reti jaga mulut. Start daripada situ. Aku fikir lepas ni mungkin tak ada lagi ujian lain. But I was wrong. Satu persatu apa yang A buat aku tahu. Aku menggila lagi, aku jadi perempuan tak jaga mulut lagi.

Dan lepas tu, aku juga yang usaha untuk perbaiki semula, letak apa aku rasa dekat tepi. Sebab aku fikir, apa yang aku buat tu tak patut. Tak patut aku cakap A macam tu macam ni. Dan saat huru hara tu, aku pandang A. A tak buat pape untuk baiki semuanya melainkan cuma kata-kata maaf. Aku yang kehulu kehilir, usaha untuk perbaiki even salah tu masing2 tahu bukan datang daripada aku.

Aku sedih bila fikir kenapa A biar aku sorang2 usaha untuk perbaiki semua benda ni? Tapi aku biarkan. Aku faham A terasa, A kecil hati. Aku biarkan benda tu, aku pejam mata apa yang A buat. A ignore aku bertahun, aku pejam mata sebab waktu tu aku fikir mungkin salah aku lagi besar. Little did I know, A pegang kata-kata aku daripada dulu sampai sekarang dan start tawar hati dengan aku.

Untuk pengetahuan semua, A jenis pendam. Kadang-kadang aku tak tahu pun benda itu ini, dia terasa. Aku tak tahu sebab A tak pernah cakap. Percaya ataupun tidak, benda yang 10 tahun lepas yang dia terasa, baru hari ni aku tahu.

Diringkaskan cerita, things get worse year by year. Even macam tu, aku still cuba perbaiki apa yang kurang, baiki jaga mulut, belajar express diri. Aku buat macam-macam untuk convey dekat A, jom kita fix benda ni. Macam-macam aku buat. Sampai lah Dec 2019, aku dapat tahu A ada berhubung dengan orang lain.

Kata A, benda belum serius dengan si dia, dan A fikir aku dengan dia dan tak ada pape. Allahu, masa tu Allah je tahu perasaan aku. Demi Allah, aku tak tahu A anggap kami ni dah tak ada pape sebab tak pernah ada kata putus daripada dua-dua pihak. A letakkan sepenuhnya salah pada aku, sebab mulut aku.

Kata A, dia cuba nasihatkan aku tapi aku buang. Demi Allah, selama yang aku buat macam-macam tu, tu lah usaha aku nak ubah apa yang kurang. Tapi aku tahu aku salah, aku tak reti nk express benda tu. Aku tak reti nak bagitahu A.

A persoalkan aku, kenapa bila dia start cakap putus, baru aku start cakap nak fix? Aku cuba terangkan apa aku buat selama ni, kenapa aku begitu begini, aku cuba tapi A dah tak nak. A dah tak nak teruskan.

Untuk pengetahuan semua, A lelaki pertama pernah ada dalam hidup aku. Bila aku dengan A, baru aku sedar aku sejenis manusia tak reti nak express apa aku rasa. Tapi alhamdulillah, aku berjaya perbaiki part tu. Aku dah start express diri aku, dan daripada situ la kenapa perkataan fix tu baru keluar daripada mulut aku. But little did I know, I am too late. A dan pilih untuk pergi.

Sejujurnya aku hampir give up. Bukan semata-mata sebab cinta. Tapi sebab segalanya. Daripada aku lahir sampai sekarang, aku tak habis diuji. Allah ambil semuanya daripada aku, start daripada mak aku, ibu aku, ayah aku dan sekarang A.

Aku merayu sungguh2 dekat Allah bagi aku peluang, sekali ni je untuk aku hidup dengan orang yang aku sayang. Aku redha Allah ambil semua, aku redha kalau perjalanan hidup aku tak senang macam orang lain tapi kali ni, aku cuma minta dengan Allah untuk kurniakan aku A.

Aku tak pernah bayangkan kehidupan aku dengan orang lain kecuali A. Bahkan aku dah plan nak buat macam-macam untuk mak ayah A. Demi Allah, aku anggap mak ayah A macam mak ayah aku sendiri. Bila aku fikir benda tu, aku sebak. Aku sebak bila aku tak tahu Allah bagi aku peluang untuk buat semua benda untuk mak ayah A atau tak. Aku jadi hopeless.

Sakit tu lebih sakit daripada hilang A. Umpama sakitnya bila tak diberi peluang buat pape dekat mak ayah kita. Sakitnya bila fikir aku akan hilang mak ayah sekali lagi.

Sekarang ni, aku tak tahu apa aku nak buat dengan diri aku dalam keadaan ni. Aku dah cuba istikharah sebelum benda ni lagi. Masa aku istikharah tu, aku dah rasa aku dah tak nak A. Tapi sikit demi sikit, Allah detikkan hati aku beratkan A. Banyak sebab Allah tunjuk dekat aku. Even aku nak lari daripada A, Allah tetap dekatkan aku dengan A sampai aku rasa, kalau betul A, aku redha dan terima.

Tapi A kata bila dia cuba istikharah, dia tak nampak aku tapi dia tak pasti apa dia rasa. Aku kata pada dia, buat sampai rasa pasti. Pada pendapat korang, mungkin ke Allah bagi jawapan dekat aku dan dia berbeza-beza? Atau Allah cuma nak uji kami dengan ujian ni? Sungguh aku buntu.

Aku harap korang sudi doakan aku dan A. Aku harap Allah still bagi peluang hidup dengan orang yang aku sayang, bagi peluang untuk aku berbakti dekat mak ayah A.

– Nick (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *