Adakah B4pakku Seorang N4rsistik?

Assalamualaikum semua. Nama aku Bunga, aku anak sulung dari 4 beradik.

Dari kecil bapak jarang nak penuhi keinginan kami adik beradik. Bergaji banyak tapi hutang keliling pinggang. Hidup serba kesempitan, walaupun bergaji besar. Sempat juga kami hidup tanpa kereta disebabkan hutang.

Tetapi dia cuba penuhkan juga keperluan kami. mak dengan bapak selalu bergaduh bab duit, katanya mak tak pandai berbelanja masa kecil jarang sekali bapak bawa jalan ke pasaraya untuk membeli barang.

Semasa sekolah menengah aku cuba tidak menyusahkan keluarga aku, aku kumpul duit sikit-sikit untuk beli buku rujukan, ambil buku teks salin nota-nota penting. Sebab aku tahu apa yang aku nak jarang dipenuhi.

Alhamdulilah keputusan PMR aku sangat baik, aku gembira aku bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku suka, masuk ke asrama.

Tapi sayang demi membantu adik-adik aku membesar dengan baik aku pilih sambung belajar di tempat yang lain.

Tempat yang aku belajar disediakan semua asrama, makan. Yuran dan keperluan masuk asrama semua aku tanggung sendiri. Aku takut menyusahkan bapa aku.

Semasa belajar ada sekali aku mengadu dengan makcik aku yang aku kurang duit, maklumlah sabun mandi, sabun basuh baju, bahan untuk assingment semua pakai duit, duit yang abah bagi tak cukup sebulan.

Tak macam mana tah makcik aku bagitau mak dan bapak dapat tau. Dia call aku marah cakap kenapa minta orang, takpa nanti abah bagi duit biar kami kat rumah tak payah makan.

Sayu hati aku dengar, mesti orang ingat aku anak yg mengada-ngada buat pengetahuan semua gaji bapak aku RM3000.

Tapi disebabkan hutang jadi tak cukup. Aku jarang balik cuti, kalau cuti panjang saja aku balik, sebab nak jimat duit. Aku ada buat kerja sampingan, buat kerja katering dapat la tampung sikit.

Alhamdulilah berkat kesabaran 4 tahun aku habis belajar. Berat hati aku nak balik kerumah kembali, aku serabut. Mana dengan keadaan rumah, mana dengan mak bapak aku selalu gaduh pasal duit.

Aku praktikal dekat dengan area rumah selama 6 bulan. Maka disini semuanya aku nampak perangai bapak aku. Makan pakai semua mama sediakan. Dia hanya duduk main phone saja.

Pagi-pagi mama akan letak baju, seluar, spender, beg, kunci siap-siap. Lepas tu pergi kerja.

Kalau ada benda tertinggal balik habis mama kena maki.

Balik kerja duduk atas sofa main phone, makan mama sedia tepi meja. Makan-makan tinggal dalam singki kadang tinggal atas meja. Lepastu mandi mama sediakan kain pelikat.

Macam manalah mak boleh sabar selama ni? Duit belanja bagi sedikit bila minta lebih mula la bising-bising cakap boros padahal untuk anak bini, mesti akan cakap memang tadak duit kot.

Weh, dia boleh pergi beli barang-barang yang tak berfaedah keluar makan dengan kengkawan.

Bapak aku hanya pandai cakap tapi apa pun tadak, bila sembang dengan orang dialah paling baik dan bagus, semua boleh buat. Padahal kat rumah sendiri mintak tengok lampu bilik air yang terpadam pun buat taktau ja.

Bil api air beribu-ribu tak reti nak bayar. Tangguh-tangguh sekali orang nak datang potong mula la kelangkabut, kena bayar bagi habis ye rakan-rakan pastu meminjam lagi.

Bila aku dah start kerja, tolong la sikit-sikit belanja rumah beli keperluan beras, sos, hulur dekat mak .

Aku kalau nak makan mewah tak gamak kalau tak bawak balik. Kesian adik-adik aku. Rumah aku ni nampak macam rumah orang miskin sangat dah. Aku pelan-pelan kumpul duit untuk betulkan rumah.

Bapak aku? Hutang dia dengan orang kebanyakkan dah habis bila aku start kerja, aku ingat boleh la dia tolong aku simpan duit buat rumah yang nak rebah timpa bumi tu, pintu yang nak reban sebab anai-anai makan.

Nak tau dia buat apa? Dia buat loan sis, ya personal loan untuk hobi dia.

Aku spechless, dia senang sikit sebab aku dah start kerja so tanggungan dia dah kurang, dia patut kumpul duit untuk keselesaan dia jugak, rumah sempit nak hidup 6 orang.

Aku bukan mengeluh weh tapi disebabkan dia memang mampu nak buat semua tu sikit-sikit tapi dia pilih untuk tidak.

Weh aku letih dengar makmenakan aku dok bising-bising masa gathering cakap abah aku ni kedekut. Malu weh!!!

Aku pernah tegur abah aku masa dia bising dekat mak aku, kau tahu dia buat apa? Dia cakap nak ceraikan mak aku beb, masa tu dah la bulan puasa.

Asalnya dia bising mak aku pasal mak aku buat kerja lambat dia suruh mak aku buat itu ini, dia haram tak tolong pun dok atas sofa keras main phone.

Aku geram lama aku pendam aku luah la, tapi dia boleh ugut mak aku. Pastu dia keluar rumah menangis aku dgn adik aku.

Bapak aku seorang yang sangat tak boleh tegur dia, bagi bapak aku dia adalah paling sempurna.

Aku belum cakap bab kebersihan lagi. Dekat rumah orang bukan main tolong orang tu, balik rumah asyik kangkang ja. Kalau cakap dia kerja? Habis aku?

Ya memang dia besarkan aku tapi, aku stuggle weh nak membesar. Aku kalau sambung belajar tempat yang aku nak maybe aku dah kerja hebat-hebat nak di bandingkan dengan sekarang sebab nak tolong adik-adik.

Aku kesian dapat bapak yang kedekut untuk anak bini. Entah la bila nak berubah..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *