First aku nak ucapkan terima kasih dekat admin kalau luahan hati rindu dendam aku ni tersiar and untuk korang juga yang sudi baca. Aku bahasakan diri aku sebagai cik biskut sebab aku peminat biskut tegar tapi jangan risau cerita yg aku nak cerita ni takde kaitan dengan keobsesan diriku terhadap biskut ye.
Aku seorang lepasan universiti awam lepas tamat je pengajian aku terus apply keja dan alhamdulilah terus dapat tawaran berkerja. Punyalah happy dapat tawaran keje, baru tawaran k tapi aku telah memasang angan2 ingin membeli kereta bmw dan melancong seluruh dunia pada setiap bulan namun semuanya angan2 dimana realiti menghimpap terus ke kepala hotakku. Dulu aku dimomokkan dengan cerita kalau lepas belajar gaji 3 ribu dalam tangan , namun malangnya semua itu hanyalah igauan mimpi semata mata dimana aku hanya ditawarkan gaji 1800, ye seribu lapan ratus walapun aku memegang segulung ijazah yang cik biskut dapat setelah penat melalui ranjau berduri.
Nak dijadikan cerita aku terima tawaran kerja tersebut atas faktor masa interview haritu aku nampak ada laki hensem keje situ muka dia hensem jadi hatiku berdetak detak adakah dia jodohkuuu dan atas beberapa faktor lain korang dapat jangka seperti pengangkutan awam senang, ofis cantik , mak suruh dan seangkatan dengannya. Jadi berkhidmat lah cik biskut disitu, masa mula2 kerja semua okay ofis yang aku kerja ni kecik je staf tak sampai 20 orang tapi semua baik2 and yang paling penting laki yang hensem aku nampak haritu kerja situ kan jadi aku merasa gumbira setiap kali datang ke ofis, kekonon dia menjadi inspiration untuk cik biskut untuk rajin berkeja. gituuuuuuuuuuuuuuu……………………
Jalan punya jalan masa dah seminggu aku kerja situ tapi aku tak pernah jumpa beliau, siapakah beliau yang dimaksudkan ni sapa ni sapa ni okay mehh baca beliau tak lain tak bukan ialah pemilik syarikat tersebut aka boss ye boss aku, nak dijadikan cerita perjumpaan pertama aku dengan dia, okay masa dia masuk aku pergi toilet bila aku keluar toilet takda seorang pun di ruang kerja masing2, tetiba aku dengar suara orang jerit2 lalu aku pergilah tinjau rupanya dorang sume ada kat bilik meeting. Aku pun mencicip lari sambil pegang buku nota dan pen lalu aku ketuk pintu dan bagi salam nak masuk. Masa aku bukak je pintu beliau pandang tepat pada mata aku dan tanpa isyarat atau pun hint atau khabar angin dia tengking aku dengan mengatakan apahal tak datang esok je ye yang korang baca tu betul dia TENGKING… Okay masa ni aku sangatlah takut ye nasib baik tak terkencing disitu dah lah baru seminggu keje jumpa pun tak tetiba kena tengking sebab pi kencing , kau ni pun cik biskut masa – masa ni lah nak kencing lah apalah, aduh kan dah kena maki..
First impression aku jumpa beliau sangatlah scary yelah korang boleh bayangkan tak beliau tengah berdiri, dengan suara tinggi yelah tengah menengking kan rambut terbang2 (sebab dia ada habit garuk kepala masa dia marah) berbalik kepada masa aku kena tengking serius masa tu aku taktahu nak buat apa wehh semua mata pandang aku dengan pandangan yang kesian tapi tetiba boss aku bertukar jadi baik tak semena mena dimana dia kata sorry ye saya marah dekat abang jamal awak ni sebab silap buat kerja, takpe2 awak boleh duduk. Masa tu aku lega sangat tapi dalam masa yang sama aku rasa geram juga apahal aku kena tengking sampai macam tu sekali. Habis je meeting tu dia tukar meeting kearah nak berkenalan dengan aku baik weh dia masa ni lembut je cakap hingga aku telupa dialah insan yang menengking ku tadi.
Sedar tak sedar 5 bulan berlalu sepanjang aku kerja 5 bulan aku boleh detect boss aku ni maybe ada split personality kau bayangkan ehh dalam masa beberapa saat dia boleh berubah dari jahat menjerit2 kepada ala2 ustajah lepas tu masa dia nangis tetiba dia gelak sumpah scary. Aku mula terbiasa kerja disitu dengan perangai boss yang macam tu sebab aku ni bernasib baik dimana kerja kerja aku tak perlu direct terus ke dia. Macam macam pengalaman aku dengar dari rakan sekerja aku, ada yang nampak dia gelak sorang2, ada yang nampak dia tumbuk dinding lepas tu dia sakit dia marah dinding macam macam lagi kejadian yang kurang menyenangkan.Aku alhamdulilah masih tak terlibat dengan kejadian tersebut selain dimaki di bilik meeting sebab pi kencing.
Namun langit tak selalu cerahkan ada peristiwa yang menyebabkan aku mula tak gemar kerja disitu, menyebabkan aku mula nak cari keje lain. Cite dia macam ni aku ada rapat ngan sorang akak kat situ aku namakan dia akak pink akak ni kira aku punya manager ehh , kalau apa2 kerja aku aku direct dia lah, entah semena2 dia nak berhenti kerja sebab dia taktahan aku masa tu terkejutlah aku tanya akak pink nape nape what happen cecite kan. Korang tahu rupanya akak tu mc semalam sebab tak sihat tetiba boss aku call maki2 bagitahu yang akak ni saje nak ponteng keja omg kepala hotak dia, Harini dia mai keje muke serius tak sihat mata berair dia kata dia terpaksa datang keje harini sebab takut boss marah padahal dia dapat MC 3 hari yelah demam panas kot, tonsil bengkak lagi dengan sakit gigi lagi seriuslah dia mmg dalam keadaan yang tak boleh berkerja. Entah tak semena2 masa tengah gosip girl boss aku mai dia kata okay cik biskut panggil semua jumpa saya kat bilik meeting sekarang. Lalu kitaorang pun berkumpullah beramai2 dan bergerak ke bilik meeting. Topik dia masa tu ialah mengenai kak pink ni , dia tak caya kak pink ni sakit sebab mc yang kak pink dapat dari klinik swasta dia hanya percaya mc kerajaan, lalu dia menukar terms and condition mc dimana boleh mc kalau hospital atau klinik kerajaan je yang bagi. Aku masa tu benganglah kan, aku rasa pebenda lah fikiran makcik ni, dia tak pikir ke kenapa orang pi klinik swasta even bayaran quite mahal sebab masa okay masa, klinik kerajaan memanglah bayar singgit je tapi lambat servisnya kalau mai kul 8 pagi silap2 pukul 10 tak habis lagi kan , kawan tu tak sihat takkan nak tunggu mencanguk kat situ kan better gi klinik swasta ambek ubat boleh terus rehat kan. Tapi apakan daya ni kan company dia nak taknak pekerja2 sume kena ikut jelah apa yang dia nak kan. Tapi bila dia kata saya sepanjang 40++ hidup saya jarang sakit sebab apa saya amalkan gaya hidup sihat lah makan makanan berkhasiat lah apalah aku masa ni mmg aku rasa dia ni something wrong somewhere apakebenda lah wehh sakit tu sapa yang bagi? ada ke orang nak sakit ? dia sedar tak dia pertikaikan kuasa siapa?
Start kes kak pink semua topik yg dia cakap semua based on agama seperti kenapa tak boleh pegang anjing lah anjing tu baiklah taatlah pandailah. Siap suruh bagi kajian saintifik kenapa tak boleh sentuh anjinglah dan pelbagai lagi isu sensitif, Korang mesti kata apa masalahnya korang jawab jelah apa pertanyaan dia tu bagi dia sedar tapi wehh ni nak cite even kau bagi jawapan macam mana pun dia still nak menang sebab apa dia punya perangai memang macam tu. Dimana tujuan dia bertanya tu hanya sekadar tanya dan dia dah ada jawapan dalam kepala hotak dia dan dia akan sebarkan jawapan dia yang aku rasa agak khurafat dekat staf2 dia. Kami kami ni sebab taknak panjangkan cerita hanya mengiyakan.
– Cik Biskut
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit