Adakah Benar Aku Tidak ‘Move On’?

Assalamualaikum kepada semua pembaca, penulisan saya hanya mahu mendapat pandangan pembaca yang rata-rata lagi berusia dan lebih makan garam mengenai soal ‘relationship’.

Kisah saya bermula saat saya belajar di universiti awam, semasa saya di semester 2, saya jatuh hati kepada si dia yang sama kos tetapi kami berlainan kelas.

Oleh kerana kami berdua banyak terlibat dalam program bersama-sama, saya mula mengorak langkah.

Bukan jatuh hati berdasarkan rupa paras, tapi background si dia yang baik, perwatakan beliau buatkan saya rasa ‘she is the one’. Kami mula berkenalan.

Pendek cerita, kami mula berpasangan setelah beberapa bulan mengenal hati budi masing-masing.

Sepanjang kami bercinta, tidak dapat dinafikan semuanya indah belaka,

Malah si dia yang skor dekan setiap kali peperiksaan buatkan saya gembira kerana menjadi tulang belakang menemani si dia berjaga lewat malam untuk study dan lain-lain.

Kami berdua menghormati pendirian masing-masing dan bersetuju untuk tidak terlalu hangat bercinta kerana masih muda. Bak kata orang ‘just go with the flow’.

Rata-rata kawan memuji kami cara berpasangan kerana tidak terlalu fokus pada hubungan semata-mata.

Saya berterus terang dengan si dia saya mahu halalkan dia, mahukan pengakhiran hubungan dengan baik.

Kami berdua berjanji saat tibanya hari kami konvo, kami akan berjumpa dengan keluarga masing-masing.

Benarlah kata orang, langit tidak selalu cerah, kami berpisah saat belumnya habis pengajian. Berpisah cara tidak baik pula. Asbab berpisah?, kata si dia saya ‘less effort’.

Si dia buang cukup-cukup saya dari hidup dia. Terduduk saya dibuatnya ketika itu.

Soal menangis jangan cakap, saat bercerita dengan kawan tidak mampu habiskan cerita kerana teresak-esak. Air mata umpama teman sepanjang masa dek teringat si dia.

Sepanjang tempoh kami bercinta, jatuh bangun hubungan hanya kami berdua tahu, saat gaduh, manis hanya kami berdua tempuh. Malah si dia saya anggap sekufu. Saya seakan-akan hilang diri saya.

Benarlah Allah maha mengetahui, rezeki Allah itu luas. Saya ditawarkan kerja selepas tamat pengajian, si dia terus sambung degree ‘fast track’.

Saat saya di alam pekerjaan, pernah juga contact si dia, saya pujuk si dia untuk selamatkan hubungan yang dulu.

Si dia menolak, terus di-block saya, saya menangis sepanjang malam kerana berharap ketika itu dapat kembali pada si dia.

Saya berharap malam itu dapat selamatkan segalanya, baru beberapa bulan berpisah, saya anggap masih ada masa untuk selamatkan hubungan ini.

Sepanjang tempoh saya bekerja, saya ubah diri saya, saya benar-benar sayangi diri saya. Saya jumpa diri saya yang lebih better dari dahulu.

Malah si dia saya buang dalam kamus hidup saya. Process ‘move on’ katakan.

Benarlah orang kata perlu sayang diri sendiri dulu sebelum sayangkan orang lain. Karier kerja saya yang bagus buatkan saya ‘top of the world’.

Malah kalau berbual dengan rakan soal si dia, saya tenang hati menjawab jodoh ketentuan Allah.

Hanya mampu senyum dan balas ‘kalau ada jodoh adalah’. Saya berlapang dada dengan aturan Maha Esa. Saya merasakan saya benar ‘move on’ waktu itu.

Setelah 2 tahun tamat pengajian, baru-baru ini saya dipanggil untuk hari konvo saya. Saat tibanya hari konvo, melihat si dia buatkan saya terpaku.

Si dia yang penerima anugerah naib canselor (dekan setiap semester) buatkan saya tidak dapat bendung rasa rindu saya pada si dia.

Teringat semula memori hubungan kami, lagi sedih saat kami berselisih, kami seakan-akan ‘stranger’. Seperti insan yang tidak kenal satu sama lain. Walhal si dia menyedari saya di sebelah dia.

Tidak dapat saya tahan rasa sedih, saya mula menyalahkan diri saya kerana tidak betul-betul selamatkan hubungan kami dulu.

Kesalnya sampai ke hari ini. Sampai hari ini rindu itu membuak, malah tidak dapat tahan diri saya dari menangis kerana teringat si dia.

Saya merasa selama ini saya hanya tipu diri sendiri kononnya sudah ‘move on’ walhal saya mula salahkan diri sendiri.

Malah teringat janji kami berdua untuk berjumpa keluarga masing-masing buatkan saya menyesal yang tiada penghujung.

Saya rindukan si dia, malah berharap dapat ‘get back’ dengan dia. Malah si dia yang masih belum berpunya buatkan saya berharap sangat si dia memang milik saya. Adakah selama ini saya hanya tipu diri saya?

Insan yang gundah-gulana,

– Insan Biasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *