Assalamualaikum, semua pembaca yang budiman. Luahan hati ini berkenaan dengan seorang teman lelaki.
Aku berkenalan dengan si dia hampir 6 tahun, dan tahun ni kami bercadang untuk bertunang.
Tujuan aku menulis sekadar ingin meminta pendapat yang positif kerana akhir-akhir ini aku jadi dilema untuk memilih si dia.
Kami berkawan lama, dan tahun ni aku berani untuk menceritakan hal sebenar kepada keluarga tentang si dia.
Pada mulanya, aku takut family tidak dapat menerima dia sebagai menantu kerana dia tidak mempunyai apa-apa taraf pendidikan berbanding aku yang mempunyai master dan family dia juga dari seberang.
Aku bersyukur mak dengan abah tidak kisah dengan sesapa saja pilihan aku dan mereka menyambut baik kedatangan keluarga si dia untuk datang merisik.
Si dia tidaklah tampan jauh sekali berharta dan hanya pekerja kilang biasa.
Si dia tersangatla baik. Tidak sedikit pon dia pernah berkira dengan aku. Sejenis lelaki act of service, sentiasa ringan tulang tanpa disuruh. Dan over protective.
Aku kenal dia waktu intern dekat kilang dia bekerja. Rumah aku dengan dia berhampiran, dia offer untuk ambil dan hantar aku setiap hari disebabkan aku tiada pengangkutan ketika itu.
Bermula dari saat itu, kami mula rapat dan mengenali satu sama lain.
Semasa berkawan, aku bagitau tak suka lelaki hisap vape dan rokok. Dengan serta merta yea dia stop. Hahaha.
Bila aku cuti sem, dia akan datang jemput di stesen bas. Bila pergi kerja, dia juga yang akan hantar dan ambil aku sehingga kini. Walhal aku mempunyai kenderaan sendiri.
Alasan dia sebab risau dan kesian bila aku bawa kereta di bandar yang penuh kesesakan.
Sebenarnya, sudah lama dia berhasrat untuk berkahwin dengan aku. Tapi aku je yang bagi banyak alasan. Tak sedia laa, tunggu kumpul duit laa dan macam-macam lagi.
Sampai kan satu tahap, aku bagitau dia kalau nak kawen kena ada rumah sendiri. Tup2 aku pulak direzekikan dapat beli rumah.
Dia juga yang teman aku jumpa lawyer, pegawai bank dan tolong bersihkan rumah. Bila keluar bersama, dia yang belanja makan. Bila aku transfer duit minyak dan makan, dia marah dan transfer balik.
Pernah sekali aku ada emergency dekat kampung, dialah yang drive dari selatan ke pantai timur dan minta cuti untuk beberapa hari.
Kalau dikira, banyak sangat kebaikan yang dia buat dekat aku. Kadang terdetik aku terima dia, sebab aku betul-betul cintakan dia atau disebabkan termakan budi?
Pada saat ini, aku masih lagi berbelah bahagi. Adakah keputusan untuk terima dia adalah pilihan yang tepat atau sebaliknya. Aku takut bila aku ada segalanya, membuatkan hilang hormat kepada dia.
Dia sangat sayangkan aku. Walaupun banyak kali kami bergaduh disebabkan kantoi aku chat dengan lelaki lain. Dia masih hendak pertahankan hubungan ini.
Bila bergaduh, bermacam-macam perasaan buruk terhadapnya. Fikiran berlegar kenapa masih hendakkan dia, sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa.
Dan lagi memburukkan keadaan, abang dia baru ditangkap baru-baru ini kerana dadah. Adakah pilihan yang aku buat ini tepat?
– Cik Pinky (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Cik Pinky,mohon bersyukur ada lelaki yg begitu..dia sedar dia xde harta ape yg bole ditawarkan utk hati cik pinky,tp jgn lupa,harta dan darjat tu pinjaman..dia cuma.ade hati yg ikhlas sayangkan cik pinky,mohon petunjuk Allah..semoga yg terbaik untuk kalian.
Jangan tertipu. Lelaki yang kau nampak terpaling baik penyabar penyayang tiada cela sikap murni tuh fake.
Malaikat ja tiada dosa. Manusia tak sempurna. Kalau dia baik terpaling tuh dia sebenarnya berlakon agar berjaya perangkap kau.
Dia ada abang hisap dadah. Keturunan tak elok terang Allah tunjuk.
Kau ingat keluarga beriman dan bahagia ka asal penagih dadah? Tidak orang yang ambil dadah semua datang daripada keluarga toksik, kayatka miskin ka, kalau keluarga bermasalah pasti akan ada anggota keluarga yang buat masalah.
Sebelum kau terperangkap dengan lakonan dan menyesal bila kena hadap dan tanggungjawab pukul beban kewangan dan fikir masalah keluarga laki tak guna. Baiklah kau larikan diri cari lelaki lain.
Nak cari suami tengok keturunan suami. Kalau acuan suami bermasalah peratusan kau pun jatuh ke dalam toksik tinggi.
Tapi kalau kau perasan diri kau kuat nak hadap silakan.
Kalau kau nak hidup bahagia dan normal cari lelaki sekufu daripada keluarga yang normal.
Pilihan di tangan kau. Orang baik asal dari keluarga yang baik. Orang tak baik pasti ada sahaja Tuhan tunjuk ahli keluarga lelaki itu mulut jahat, lelaki itu ada adik beradik kuat berpeleseran tayang diri memekak siang malam, ada keluarga yang tak beradab suka vandalisme harta benda awam dan aniaya harta benda kenderaan jiran, dari keturunan yang Azan 2 minit lepas dia masih di luar buang masa mulut tak henti bercakap. Nak tahu seseorang nilailah dari tatacara hidup dan akhlak keluarga mereka. Itulah diri sebenar mereka.
Hati yang ikhlas boleh dirasakan. Kau tak akan rasa ragu sedikit pun keikhlasan lelaki itu sampai perlu tulis confession.
Kalau sampai perlu meluah, terang sangat kau ragu ragu.
Lelaki tu tak ikhlas. Sebab itu cuma lakonan