Adakah Dikira Tidak Bersyukur?

Assalamualaikum. Pertama sekali, maaf saya tidak terlalu pandai untuk mengarang ayat.

Sedikit pengenalan, saya merupakan seorang yang telah berumur awal 40 an. Saya seorang ibu. Saya mempunyai ijazah. Saya merupakan pelajar yang aktif di sekolah dulu.

Saya berasal dari keluarga yang tidaklah terlalu kaya dan tidak terlalu miskin. Masih cukup makan tapi tidak mewah.

Sehingga sekarang saya telah berkahwin. Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang sangat2 membantu, sangat penyayang dan juga dikurniakan anak2 yang sangat comel.

Saya duduk di kawasan bandar yang agak tinggi kos perbelanjaan harian.

Saya juga merupakan pekerja disatu tempat dan telah berkhidmat selama lebih 10 tahun.

Pada asalnya, saya terlalu selesa dengan jawatan saya sehingga saya tidak sedar telah lebih 10 tahun saya berada di situ.

Namun saya masih bertahan kerana saya tiada masalah apa2. Tempat kerja dekat, waktu fleksibel.

Tetapi itu semua semakin hilang, tempat kerja menjadi tempat yang paling toksik, saling benci, saling berdendam, saling tidak bertegur, saling berkira, saling menyakitkan.

Lama kelamaan saya semakin tawar hati untuk pergi kerja, adakala memikirkan hari esok, saya rasa nak muntah, saya nangis dahulu sebelum pergi kerja.

Saya minta kepada suami untuk berhenti, tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang macam tak memungkinkan.

Saya terlalu risau untuk menanggung risiko berhenti kerja tetapi terlalu stress untuk bekerja.

Untuk setakat ini gaji suami memang tidak cukup untuk menanggung.

Dan kami bukanlah mengamalkan gaya hidup mewah, sama untuk bayar rumah, bayar kereta, bayar pengasuh, sekolah anak, tiada apa yang mewah.

Kami sama sekali tidak pernah bercuti ke luar negara. Cukup dekat2, itu pun kalau ada lebihan rezeki.

Kadang2 saya rasa menyesal kenapa saya tak berhenti dari situ awal2.. Dari muda lagi, saya masih cuba cari pekerjaan lain, tapi setakat ni belum ada rezeki dipanggil.

Saya banyak kali cuba nak berniaga online, tapi tetap rezeki saya tidak di situ.

Bila saya terlalu merungut tentang pekerjaan saya, adakah saya tidak bersyukur. Dan bila saya rasa marah sebab saya tak boleh berhenti kerja sebab suami tidak mampu, adakah saya tidak bersyukur.

Saya terlalu penat untuk hadap perangai2 toksik di ofis. Saya fikir, semua dah tua dan semua Islam. Kenapa dalam hati perlu ada kebencian bila tidak puas hati tentang sesuatu.

Tidak setuju tentang satu2 pendapat, adakah perlu bermusuh. Perlukah lebihkan emosi dari berfikir rasional.

Saya sekarang berada di tahap tidak boleh tidur sebab saya tak mahu pergi kerja lagi, saya nangis2 sebab saya rasa saya tak nampak jalan keluar dari masalah saya.

Hari2 saya rasa nak hantar notis berhenti tapi saya terlalu takut. Bila balik badan dan otak saya terlalu penat, anak2 menjadi mangsa kemarahan saya.

Tekanan ini membuatkan saya turut tidak memaafkan orang2 sekeliling saya yang terlalu tega yang berperangai hanya mementingkan diri.

Adakah, tekanan diri saya ini disebabkan saya tidak bersyukur, terlalu memikirkan, terlalu risau.

Dan saya selalu cemburu melihat kawan2 sekolah saya yang berjaya walaupun di sekolah dulu, saya yang lagi menyerlah.

Saya cuba untuk twist otak saya sendiri, saya cuba set mind saya, ini rezeki Allah bagi, jangan merungut, ada orang hidup susah nak makan pun tak dapat.

Tapi sekejap sahaja, saya akan stress semula, bila menghadap perkara sama lagi.

Apa perlu saya lakukan, saya betul2 berada dalam tekanan. Dan adakah jika saya tetap teruskan kerja ini, akan memberi kesan kepada mental saya?

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Assalamualaikum sis. Saya faham perasaan sis. Saya juga pernah mengalami pengalaman yang sama bekerja di tempat lama. Hampir 8 tahun saya bekerja disana. Saya juga takut untuk berhenti. Tapi akhirnya saya berhenti juga walaupun belum dapat job offer. Saya menganggur tidak lama. Hanya 6 minggu. Alhamdulillah. Saya sarankan sis perbanyakkan ibadah 1/3 malam. Bermunajat dan mengadu kepada Allah agar dibukakan jalan keluar. Doa nak kerja yang lebih tenang contohnya.

    Semoga dipermudahkan semua urusan sis.

  2. Assalamualaikum sis. Saya pon dah pernah disituasi sis. Skrg 12 thn di syarikat yg sama. Kawan2 tempat kerja majoriti wanita dan islam. Luaran Islamic dan sentiasa mengamalkan Islamic nya dipejabat spt dhuha awal pagi dan berpuasa sunat.

    Bila boss atasan bg task pd semua dan dr task² tu boss naikkan pangkat saya secara tiba2. Saya terima. Bermula la hari baru saya di ignore. Ada group wasap tanpa saya. Makan pon pg senyap2. Ada salah seorang kawan yg baik bgtau saya.

    So saya sedih dan nanges. Tp sehari je. Esoknya saya datang dgn mood yang baru. Saya set pemikiran baru. Kalau ujian ni yg akan dekatkan saya dengan Allah so saya terima. I accept this challenge. Allah sedang uji saya utk naik kan level bukan shj di dunia malah di akhirat. Set berkerja kerana Allah je.

    Put a shied to your heart. Latih jaga hati sendiri supaya x disakiti. ♥️ yakin Allah sentiasa melihat. Doa org yg dizalimi dimakbulkan. Sy pon hampir mencecah 40 dan ada anak 5org. Doa saya bila disakiti.. sy memohon utk bahagia hati sentiasa dan dijauhkan dr org2 yg zalim. Akhirnya semua yg toksik2 malu sendiri. Ade juga yg berhenti. Cuba tau 😘

    Semoga Allah permudahkan urusan sis sentiasa ♥️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *