Adakah Hanya Anak Yang Salah?

Aku Mimi. Nama panggilan untuk family dengan orang kampung aku je.

Aku tak taulah, aku banyak kawan, ada kawan rapat, bestfriends pun ada tapi aku tak sampai hati nak luah dekat diorang.

Satu sebab aku tak nak susah kan sesiapa dan kedua, mungkin diorang tak interested pun nak dengar luahan aku.

Haha, overthinking kan aku ni. Hari ini hari paling teruk dalam hidup aku.

Bahkan, setiap tahun confirm ada hari macam hari ini. Yes, family problem.

Related dengan tajuk aku hari ini. Aku gaduh besar harini dengan mak aku.

Pernah juga macam ni tapi harini aku betul 2x luah semua dekat mak aku. Memang remeh. Aku tau.

Gaduh sebab mak aku malas masak untuk anak dia dan suruh aku buat semua sendiri.

Masalahnya dari kecil aku buat semua sendiri. Sampaikan aku satu satunya anak yang sambung belajar dekat universiti.

Sepatutnya abang aku tapi aku yang anak kedua ni pulak pikul semua harapan mak ayah. Haha.

Korang tau jelah anak kedua ni macam mana liku2x kehidupan diorang. Aku cuma minta masak je.

Aku tak suruh buat benda lain. Mak aku fikir anak dah besar, dah boleh biarkan macam tu je.

Aku masuk bilik, aku betul 2x tak dapat menahan marah. Aku memang baran dah tadi.

Aku baling barang, aku pecahkan periuk mak aku.

Sebelum judge, aku tak pernah angkat tangan dekat mak walaupun mak berkali kali angkat tangan dekat aku dari kecik lagi.

Aku sampai sanggup diam bila bapak dengan adik aku fitnah aku pukul mak padahal mak yang pukul aku sampai biru belakang aku. Aku ubat sendiri, heal sendiri.

Masa bergaduh mulut, aku luahkan semua rasa sakit aku yang aku pendam dari kecik dekat mak aku. How badly they treat me as a parent treats me.

Mak aku menafikan banyak kali. Ego tinggi, tak nak mengaku salah, tak ikhlas minta maaf, buatkan aku baling periuk kaca dia.

Aku siap suruh dia tengok video atau ceramah cara jaga emosi anak. Aku siap suruh dia jumpa pakar kanak kanak untuk belajar cara jadi parent yang betul.

Aku juga cakap, “Thanks to you, aku tak nak pun jadi mak sebab aku tak nak aku dilayan macam mana korang layan aku”.

Dia suruh aku jangan dengar kata syaitan?? Really? Walhal dia penyebab aku membesar jadi macam ni.

Mak aku pernah cakap, aku masa kecil dulu tak pernah baran macam ni, tak pernah sensitif macam ni, tak panas baran teruk macam aku yang sekarang.

Guess what? Aku ingat tau masa aku tak jadi macam sekarang. Sangat ingat. Aku bahkan rindu diri aku yang itu.

Tapi setiap kali aku nak jadi diri aku yang itu, tak boleh. Trauma dan luka tak berdarah yang disebabkan mak ayah kandungku sendiri buat aku jadi macam ni.

Diorang punca aku jadi tak dapat kawal emosi, jadi panas baran. Diorang punca aku jadi anak derhaka.

Aku penat baran macam ni. Aku penat jadi negatif macam ni.

Tapi setiap kali aku belajar sabar, ada je benda yang buat aku jadi baran. Anak anak lahir macam kain putih.

Mak ayah lah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka. Anak anak lahir lahir takdenya nak kurang ajar terus. Mereka semua belajar dari mak bapak.

Aku layan mak ayah aku macam mana diorang layan aku. Anak-anak ni, mereka tetap maafkan mak ayah diorang walaupun luka yang dihasilkan parent sangatlah besar.

Jangan pelik kalau anak lagi suka lepak dengan kawan berbanding di rumah. Jawapan kepada tajuk aku tu, tak.

Anak tak selalu salah. Kekadang, mak ayah lah yang bersalah.

Hanya kerana mereka pegang title mak ayah, dorang rasa dorang betul dan rasa tak layak mintak kemaafan dari anak sebab diorang yang bawa anak ke dunia.

Yes aku tak nafikan tapi ingat, anak itu dari Allah dan amanah dari Allah.

Mak ayah yang macam tu, sebenarnya dah pecah amanah.

Tak jujur dalam menjaga amanah Allah. Jadi mak ayah tak mudah tapi jadi anak juga tak mudah.

Mak ayah tau perbuatan tu sakit tapi kenapa still buat kat anak macam tu jugak? .

Kepada parent to be out there, please please please! Sebelum ada anak, pergi jumpa dr. pakar kanak-kanak. Belajar cara handle emosi anak, belajar jadi ibu ayah yang baik untuk anak.

Tak semua ajaran orang zaman dahulu dapat dipakai untuk didik anak anak zaman sekarang. Sahabat nabi pun pesan, jangan didik anak ikut zaman dulu.

Lain zaman lain caranya. Jangan buat anak benci kita bila mereka tumbuh remaja nanti.

At the end of the day, mak ayah jugak yang menderita, bukan anak. 

Sekian, 

Anak yang sentiasa dihasilkan luka tak berdarah oleh dua insan yang diagung Allah.

– Mimi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *