Assalammualaikum. I hope my confession will be published by Admin because i really want to share my life’s story and i need anyone’s advices as i’ve thought really hard to decide to write a confession here, on this page. Before that, i’m sorry if my writing is quite difficult to be understood because i’m not that good at Malay.
Aku perempuan. Sabahan. Berumur 22 tahun. Aku berasal daripada keluarga Non-Muslim. Ibubapa aku Non-Muslim dan pastinya aku jugak dilahirkan sebagai Non-Muslim. Kisah aku bermula apabila kesalahan status/data yang tertulis di Kad Pengenalan aku yang mana setiap warganegara Malaysia harus membuat Kad Pengenalan pada usia 12 tahun.
Status agama aku yang tertulis di Kad Pengenalan adalah Islam. Yes. Islam. Sedangkan aku tidak pernah masuk Islam. I don’t want to discuss about who’s fault about this matter. Well, i was just 12 at that moment. I didn’t know anything. Lagipun, korang tahu kan, untuk memadam status agama islam adalah tersangat susah atas tuduhan murtad. So, there i was. Just accepted the ‘truth’ i was a Muslim sedangkan tidak pernah terdetik dihati untuk masuk islam ataupun revert. Tidak pernah mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Memang la status di KP aku tidak akan mengubah kepercayaan aku pada agama asal aku but when it comes to school. Bila aku dah naik ke tingkatan. Aku kena ambik subject Pendidikan Islam yang sebelum ini adalah Pendidikan Moral. Aku kena bertudung and acted like a Muslim. Dan, itu hanya di sekolah. Luar sekolah, rumah. Me was me. No tudung. No Islam. I even went to church, celebrated christmas every year. Ate pork. Yes. And, i’m sorry. But, one thing for sure. Even i wasn’t a Muslim. I never touched any alcoholic drinks or went clubbing.
So, aku belajar Pendidikan Islam di sekolah dari Form 1 till Form 5. Guess what? I got A for PMR and B+ for SPM. I knew how to read Jawi since i was Form 1. I learnt from my friend. But, i didn’t know anything to read Al-Quran. Setakat ni, korang faham tak how difficult my life was? Kecelaruan identity. Setiap kali orang tanya, agama apa. I didn’t know what to answer. Am i a Muslim? Tapi aku tak pernah masuk islam. Tapi, dalam KP aku islam. See. I’m confused with my own life. And, yes. 5 years belajar Islam, hati aku masih belum terbukak untuk islam. Semuanya seperti dalam keterpaksaan.
Habis Form 5. Aku sambung belajar di salah sebuah college di Melaka. Disitu, majority kawan aku semua Muslim. Oh ya, ayah aku meninggal waktu aku Form 5. Dan, aku jugak ada masalah family. Well, senang cerita, aku bukan berasal dari keluarga yang ‘harmoni’. Kau faham tak apa perasaan aku waktu itu. Bila aku jauh dari family, aku dekat dengan housemate aku yang semuanya Muslim.
Tetiba terdetik dihati aku untuk mempelajari Islam. Point aku waktu itu adalah mencari Ketenangan Hati. Yes. Lagipun, aku berfikir, status agama aku di KP adalah islam, dan aku tidak boleh memadamnya. Sampai bila harus begini? Aku terfikir untuk menjadi Muslim dalam erti kata yang sebenar. Aku mula belajar membaca al-quran dari seorang kakak yang bernama Najihah dan pertolongan dari seorang Ustazah yang lebih mesra dipanggil Ummi.
Aku mengenali mereka dari housemates aku sebab housemates aku waktu itu memang semua kuat berpegang pada agama Islam.
Disebabkan aku berhenti dari College tersebut, aku tidak sempat masuk Islam di Melaka. Aku balik ke Sabah. Dan, menyambung pengajian semula ke UiTM. Disinilah semuanya bermula.
Waktu itu bulan pertama pengajian. Kelas pertama CTU/Pendidikan Islam. Pensyarah CTU pada waktu itu ialah Ustazah Makiah. Yes, i’ll always remember her. Ustazah Makiah terangkan berkenaan carry marks and guess what, reading al-quran in front of her was one of carry marks. She told to class, anyone who didn’t know how to read al-quran. See me at my office, personally.
And, right after class, i went to see her. I told her i can’t read al-quran. She asked me why. I told her everything. Then, she asked me again. ‘Do you want to revert to Islam’. I said yes. Pada 29th November 2013, aku mengucap dua kalimah syahadah bersaksikan Ustazah Makiah dan Ustazah Wan di Pejabat Agama Islam didepan seorang Ustaz. And, i was still confused. Adakah benar ianya adalah sebuah hidayah? Aku masuk islam tanpa pengetahuan family aku.
Bermula daripada hari aku bergelar Muslim, Ustazah Makiah mengajar aku membaca al-quran. Belajar iqra. Iqra 1 hingga iqra 6. Dan, selebihnya aku belajar dari seorang kawan, Aqilah. Alhamdulillah, sekarang aku sudah boleh membaca al-quran meskipun tidak lancar.
Bila pulak aku bergelar seorang Muslim yang sebenar, lain lagi dugaannya. Tentangan dari family terutama dari Mama. Tudung still on off. Solat pun ke laut. Di tahun ke-empat aku bergelar Muslim. Aku telah bertudung penuh. Tapi, tutup aurat tetap tidak sempurna. Solat pun lagilah, terutama di rumah, aku memang tidak pernah solat. Oh ya, aku dah habis belajar dan sekarang hanya duduk rumah sebelum ke plan seterusnya.
Persoalannya sekarang, Aku selalu terfikir ‘Kalau saja bukan kesalahan status di KP, mungkin aku bukan yang sekarang’. Ya. Aku terfikir untuk kembali seperti yang dulu. Aku rindu kehidupan aku yang dulu. Sebagai Non-Muslim. Dan, kekadang. Aku terfikir untuk memahami kembali apa itu Yesus. Aku tidak tahu hendak bertanya pada siapa. Apa yang harus aku lakukan. Patutkah aku berpatah balik atau terus berdiri di jalan ini?
Sebab aku jugak selalu terfikir, aku tidak solat. Aku tidak menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Jadi, untuk apa aku ‘stay’. Tapi, tudung ini. Aku terfikir untuk kembali free-hair. Tapi, tidak tahu mengapa. Aku malu untuk free-hair. Mungkin, hanya tudung ini simbol keislaman ku dan penghalang untuk aku lebih berpatah balik. Aku banyak kali teringin unruk bukak tudung ini. Tapi, tiap kali itu jugak aku akan pakai tudung balik. Melangkah keluar rumah untuk pergi tanpa tudung. Tiap kali itu jugak aku berpatah balik untuk memakai tudung.
Oh Tuhan, apa yang harus aku lakukan. Aku fikir bila masuk islam, the biggest obstacle is peoples around me. But, not. The biggest obstacle is fighting yourself. It is you! What should i do? What way do i need to choose.
Benarkah aku masuk islam disebabkan hidayah? Aku sendiri tidak tahu jawapannya.
– NIMN
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit