Assalamualaikum korang. Namaku Lonaa. 3 tahun lepas aku menjadi tunangan orang yang aku gelarkan sebagai Lan.
Jujur la aku katakan bahawa aku sebenarnya semasa bertunang dengan Lan, aku rasa aku hanya terikut ikut dengan kawan kawan aku yang sudah bertunang.
Aku ada satu perasaan tidak percaya dengan si Lan ni kerana dia pernah kantoi curang. Even masa tu kiteorang da planning nak tunang. Kantoi sebab dia fikir aku tak tahu bahawa aku sebenrnya follower dia dalam IG.
Lan telah update gambar dia dengan seorang gadis berpegangan tangan even masa tu dia baru sahaja hantar aku pulang selepas kami keluar berdua. Kecewanya hati aku masa tu.
Tapi entah macam mana, mungkin atas faktor sayang, selepas bergaduh dan memdengar penjelasan dan janji manis Lan, akhirnya kami pun bertunang.
Hati kembali berbunga selepas Lan sendiri datang berjumpa mak ayah dan memyatakan hasrat untuk berkahwin denganku.
2 minggu kemudian, kami pun ditunangkan dalam majlis yanh agak besar almaklumlah dapat orang jauh. Oh ya, aku dari utara tanah air, Lan pula dari negeri hang tuah.
Alhamdulilah, tiada dugaan bertunang, dan setahun lepas itu kami bernikah. Lan dan aku bercadang untuk kami tinggal di area utara sini sahaja memandangkan ibu ayahku telah pun memyewakan rumah di area berdekatan.
Akan tetapi Lan menangguhkan hasrat untuk berpindah dengan alasan bahawa dia perlu mencari kerja lagi.
Lan sudahpun selesa bekerja sebagai kakitangan swasta dengan jawatan yang agak tinggi di negerinya.
Maka kami terpaksa PJJ terlebih dahulu memandangkan akj juga sayang untuk meninggalkan kerja aku sebagai pegawai perhubungan awam di syarikat lhdn ketika itu.
Sepanjang PJJ inilah bermulanyaa dugaan hidup aku, mungkin disebabkan iman ku yang rapuh dan tak kuat. Aku mula berkawan dengan kawan sekolah ku yang aku boleh gelarkan sebagai Dani.
Dani sebelum ni merupakan kawan sekolah menengahku dan kami mula berkawan semula selepas dia menegurku di laman chat IG ku.
Kami mula jadi rapat tetapi ketika itu dia hanya tau aku hanya tunang orang(melalui satu post lama sebelum aku deactivate IG).
Kami menjadi kawan baik sehingga boleh keluar berdua. Berdosanya aku ketika itu. Otak kata berdosa tapi hati cakap sekali ni je.
Kadang kadang bila suamiku call ketika keluar dengan dia, aku hanya mengatakan aku keluar dengan rakan sekerja. Betapa percayanya Lan terhadap aku.
Satu hari, Dani telah mengajak aku untuk berjumpa dengan ibunya kerana dia ingin serius dengan aku. Ketika itulaa aku terus tersentak dan aku mula menyesal memberi harapan kepada Dani.
Dani pula sebenarnya berani untuk mengajak aku kerana menurutnya dia mendengar dari kawan ku yang aku sudah putus tunang. Bodohnyaa aku ketika itu kerana tidak memberitahu hal sebenar.
Sejak dari hari itu, aku mula menjauhkan diri aku dan mula sikit demi sikit tidak membalas or mengangkat panggilan Dani dan block semua media sosial.
Sehinggalah satu hari, apabila Allah nak tunjuk, kawanku telah meng update gambar kahwinku berserta hadiah yang mereka berikan kepadaku dan kawan ku itu juga berkawan dengan Dani.
Dani sangat kecewa dan aku dapat tahu mengenainya selepas stalk IG dan FB nya melalui akaun adik ku. Beratus kali dia ucapkan dalam media sosialnya tentang Karma dan kemaafan yang tak akan dia beri.
Aku tau dia tujukan perkara itu kepadaku. Jahatkan akuuu.
Dicepatkan cerita, aku mengandung. Oh ya, selepas dari peristiwa kecewa itu, aku akhirnya berpindah mengikut suamiku.
Aku berhenti kerja kerana alahan ku sangat teruk. Sehingga waktu melahirkan, sebelum ke hospital, ibuku ada berpesan untuk meminta maaf kepada semua agar dipermudahkan.
Hatiku terdetik untuk meminta maaf kepada Dani tapi aku tidak mengendahkannya. Urusan bersalin aku sangatlaa menyakitkan. Masa itu memang aku hanya fikirkan kematian sahaja.
Bayangkan la aku di tolak ke labour room dari jam 9 pagi hingga jam 11 malam masih belum melahirkan.
Betapa banyakknya dosa aku ketika itu aku rasakan. Akhirnya aku ditolak ke bahagian emergency dan melahirkan bayi perempuan seberat 3kg.
Akan tetapi dugaan hebat juga dimana anak ku mangalami masalah pernafasan. Aku dipisahkan dengan anakku yang ditolak ke NiCu. Betapa sedihnya aku setelah dihantar semula ke wad dan melihat kiri kananku ibu dan bayi mereka.
Aku diuji dengan keadaan susu badan yang tidak keluar, anaku juga tidak mahu minum dan kerap muntah ketika aku melawatnya dia NICU.
Selang beberapa minggu, aku akhirnya membawa pulang bayi, dan bermula la episod sedihku sekali lagi, suamiku Lan mula ditugaskan untuk menjaga shift malam dan aku mula berjuang untuk menjaga anak ku keseorangan tanpa bantuan suami ketika malam.
Anak ku sangat kerap menangis dan sering meragam. Dengan tidak mahu menyusu lagi. Badanku sangat letih sehinggakan aku rasa ketika itu penyesalan berkahwin dan dapat anak. Terukknya aku ketika itu.
Alhamdulilah, aku dapat kuatkan semangat aku ketika itu dan meminta pertolongan mak mertua ku untuk sama sama menjaga anak ku. Aku harap aku boleh bersabar dan meneruskan pejuangan amanah yang diberikan Allah ni.
Tetapi kadang kadang selalu terfikir, adakah ini karma atau pun orang cakap balasan kepadaku kerana mengecewakan perasan orang yang aku lakukan sebelum ini? Kerana balasan yang aku terima ini sangat sangat membuatkan jiwa aku teruk merundum.
Maafkan aku ye korang semua atas tulisan yang panjang ini. Dah lama nak luahkan. Korang rasa macamana ya? Terima kasih…
– Lonaa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit