Assalamualaikum kepada admin dan warga IIUMC sekalian. Nama aku A (bukan nama sebenar) dan aku berumur tidak cecah 19 tahun lagi (umur sebenar rahsia ya).
Dalam confession aku ni, aku bahasakan diri aku sebagai “aku” je lah ya supaya lebih santai. Aku adalah pelajar cemerlang aliran agama tapi malangnya disisi kebaikan tu ada kekurangan di sisi diri aku yang lain.
Aku adalah salah seorang jamaah tabligh malah guru mengaji kepada beberapa anak murid aku. apa yang aku nak luahkan mengenai masalah dalaman aku iaitu mental illness. Actually aku tak berapa pasti sebab tu aku minta kakak2 dan abang2 sekalian beri pendapat pada aku.
Aku membesar dalam keluarga yang aman dan jarang2 ada pergaduhan kalau ada pun tak besar tapi aku mengalami kecelaruan emosi malah aku dibesarkan untuk sentiasa berdamping dengan al quran.
Ya… Di dunia ni, al quran kawan aku. Akan aku genggam sampai nyawa aku dihujung bibir kerana seorang kawan tak akan berpisah dengan kawan dan juga ubat tenang aku. Aku dididik untuk sentiaaa keluar 3 hari malah 40 hari juga pernah (kerja dakwah)
Aku sering mengalami cemas dan panik yang terlampau sampai kadar degupan jantung aku luar dari kebiasaan. Nak cerita, aku pernah buat kerja dakwah ke beberapa rumah orang dan malangnya pada hari tu, ada seorang pak cik tengkin aku dan jemaah yang lain. Memaki hamun sampai angkat kayu halau kitorang.
Oleh sebab tu, habis je kerja dakwah tu kami balik ke masjid. Aku alami sesak nafas sampai rasa nak pengsan and aku pernah dengar itu namanya Anxiety disorder. Pelik kan? Sikit macam tu pun aku dah panik. Chup!
Dulu, aku pernah dibuli mental dan fizikal aku oleh kawan2 lelaki aku yang berperwatakan playboy, nakal dan ganas. Bukan dibuli je, malah aku pernah diliwat berkali oleh kawan sebaya aku. YES! KAWAN SEBAYA.
Aku mengalami kemurungan dan sering dibuli oleh dorang seperti dipaksa beli makanan denagn duit aku sampai tak ada apa aku nak makan, diejek bila cikgu tak ada dalam kelas, kena paw dalam tandas dan sebagainya. Aku rasa seolah2 kenapa aku juga kena. Aku mempersoalkan diri aku apa yang aku dah buat!Tapi apakan daya, tu semua kisah silam. Aku move on.
Ditetapkan dalam suratan takdir, aku bertemu dan mendidik kawan dalam seperjuangan aku yang dahulunya seorang nakal, playboy dan “pembuli” SAMA MACAM WATAK JAHAT DALAM DUNIA SILAM AKU… Oh yes, dia anak murid aku dalam pengajian al quran ni. Aku ikhlas ajar dia. But, dia betul2 berubah. Baik budi bicara dia bertutur. Aku gelarkan dia sebagai Amir (bukan nama sebenar)
Tapi masalah aku, aku sering ingat kisah silam dia dan bila aku ingat, aku nak marah dia. Rasa macam pandang dia seolah2 musuh padahal kami rapat dan dia sangat mengidolakan aku. Maaf bukan aku menghukum dia dan merasakan diri aku baik but aku teringat kisah silam aku as introvert yang dibuli mental dan fizikal.
Minta maaf, aku bukan seorang penghukum. Aku cuma seorang pengecut dengan bayang2 aku. Bila aku perhati dia, sekilas bayang dulu datang dalam kepala otak terus rasa sempit hati ni dan gelisah. Aku fikir bila aku dah berada di masjid sudah jauh ekoram kisah silam aku tapi apakan daya kawan rapat aku sama macam pembuli2 aku dulu.
Waktu aku taip ni, menitis air mata jantan aku sebab sakitnya kisah yang dulu. Aku tak bercampur dengan budak2 nakal memandangkan kawan2 rapat aku adalah golongan orang yang berserban dan berjubah. Aktiviti harian kami beramal dam berzikir.
Selain tu, kehidupan aku banyak berkhalwat berbanding sosial. (Aku bukan anti sosial ya tapi mengelak dari sosial untuk mengelal dari ada dosa sesama manusia) Minta maaf sekali lagi, aku bukan poyo. Aku rasa seolah2 aku ada mental illness. Takut kisah silam (jangan takut selain Allah k. Allah je ada kekuatan makhluk tak ada)
Aku pernah termarah si Amir ni hanya disebakan dia terlewat sikit je untuk belajar mengaji tapi jujur aku kata bukan aku saja2 tapi tak sengaja sangat2. Minta maaf, jahatnya aku.
Aku pernah dikecewakan perempuan dan dihina sebagai daif sehingga aku memandang cinta sesama manusia itu sebagai najis. Bagi aku, manusia itu semua palsu cintanya dan aku jumpa seorang tokoh yang sependapat dengan aku. Rabiah binti Ismail adawiyah. Seorang tokoh sufi wanita dari kota Basrah, Iraq.
Aku putuskan diri aku tak nak berkahwin sebab aku tak sanggup lalai dari Allah. Lagi pun manusia tu penipu. Aku tak nak kehilangan Allah walau kau tawar berjuta2 ringgit. Selama aku sorang2, yang datang kat aku Allah je.
Mana semua manusia pergi? Kawan2 aku semua tinggalkan aku. Yang datang bantu aku, pujuk aku, bagi aku segala yang aku nak just Allah. Maaf, sekali lagi, air mata aku menitis. Yes, yang dimaksudkan dengan keseorangan tu adalah penyakit2 aku yang aku sedang fight. Entah, aku sendiri buntu dengan diri aku.
Diri aku yang sekarang ni sering risau bila fikir kisah silam. Aku rasa macam aku mengalami penyakit mental sebab takut benda yang dah tak ada.
Sekian dari aku! Terima kasih kepasa kakak2 dan abang2 yang sudi komen!
– Si pengecut (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit