Assalamualaikum semua. Saya Lily Jasmyne (bukan nama sebenar). Terima kasih admin sekiranya luahan saya disiarkan.
Saya berusia hujung 20 an. Ramai kawan perempuan berbanding lelaki. Tak pernah bercinta langsung, crush tu adalah kisah lama zaman sekolah.
Kisahnya begini saya ada kenal seorang lelaki sangat caring, sampai kan saya naik rimas dengan dia.
Yela sebelum ni tidak ada sesiapa nak ambil tahu pasal saya sangat. Tiba- tiba sahaja mamat ni hadir dalam hidup saya.
Saya tak pernah tanya pun pasal asal-usul dia. Dia sendiri yang cerita pasal hal dia dekat saya. So dari situ saya boleh kenal dia macam mana orangnya.
Rasanya dia seorang yang pendiam dan juga memilih untuk bersembang dengan orang lain.
Dia hanya cuma ramah dengan saya sahaja masa di opis. Sedangkan ada opismate lain bye dekat dia masa nak balik kerje pun dia buat tak tahu. Sekarang sudah dua tahun saya mengenalinya.
Saya kata dia caring sebab dia pernah nampak muka saya pucat, mungkin letih siap offer nak bagi panadol, tapi saya tolak. Sebab saya seorang tak suka makan ubat.
Yang ke dua, masa dia kena keje dari rumah, dia siap tinggalkan sweater dia untuk saya. Tapi saya tak pernah guna pun. Saya biarkan sahaja sweater tu di kerusi saya.
Yang ke tiga ada pernah sekali saya tersepak wayar Pc dan tercabut plug, terus dia datang tengok keadaan saya.
Saya pernah cerita hal ini kepada kawan saya, kawan saya kata mungkin dia suka engko kot tapi saya rasa biasa ja. Maybe sebab saya tak pernah bercinta. Dari segi akhlak serta tutur kata memang orang baik.
Pernah sekali dekat opis dia belum solat, terus saya tegur. Panas baran pun tak ada sebab saya pernah la cari pasal dengan dia.
Tapi mana tahu dia nak cover line atau memang dari semula jadi dia seorang yang cool.
Terima kasih kerana sudi membaca.
– Lily Jasmyne (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit