Assalamualaikum, sekadar bertanya dan inginkan pendapat kalian juga. Al maklumlah jadi perempuan macam aku ni yang banyak persoalan rumit difikiran, yang mendatangkan penuh peransangkaan dan curiga. Fight untuk itulah.. tak mudah tetapi tetap kena terus positive.
Aku bukanlah nak memaksa si dia, cuma apa yang dikata sekadar harapan atau pemikiran ni saja yang menyiksa jiwa. Aku dalam proses berkenalan dengan seseorang, baik sahaja kenal pun dah hampir setahun tapi belum pernah jumpa lagi la. Tak jauh pun satu negeri juga.
Biasalah perkenalan di media sosial ni kan. Banyak yang buruk dari baiknya. Wallahua’lam. Semoga dilindungi dari perkara yang tidak diingini. Aamiin..
Fight pemikiran diri sendiri pun tak mudah… Apatah lagi permasalahan yang akan datang melibatkan manusia lain. Ujian juga dan suatu cabaran. Aku tahu itu. Inilah yang aku cuba sampaikan. Harap korang faham.
Sesuatu yang melibatkan hati perasaan ni, bukan perkara yang boleh diambil mudah. Terjadinya sesuatu tu mesti bersebab dan atas izinNya. Jadi susah nak cakap tau.
Aku seronok happy je kenal dengan dia ni. Tapi permasalahan yang dia selalu cakap dekat aku. Duit belum cukup tapi relay ni serious untuk berkahwin. Okey faham?
Tapikan yang membuatkan aku makin kurang yakin dengan diri dia ni, dia tak tunjuk apa-apa pun effort lagi untuk berjumpa dengan aku dan family aku sepanjang perkenalan kami. Faham tak?. Ataupun apa yang aku fikirkan ni adalah Teruk & salah?
Aku cuma nak family aku kenal dengan siapa yang aku berkawan ni. Dia tu lelaki bukan muhrim pula, jadi dosa setiap perkara jika dibuat tanpa niat nak menghalalkan. Ta’aruf . Yes Aku faham tu. Aku pun taknak couple-couple ni, berdua-dua, bermain-main Cinta tanpa ada niat nak bernikah.
Aku pula dah tak de ayah. Ada abang-abang pun masing-masing dengan hidup dorang sendiri. Jadi aku nak jaga perbatasan ni juga. Supaya kami tak keterlampauan dan tak juga harapan tinggal harapan. Perghhhh sakit tu.
Aku nak juga tengok dia berusaha betul betul ke dia nak dekat aku ni dan jadikan aku sebagai isteri?, tak salahkan kalau aku inginkan kepastian tu?. Bukti. Bukan sekadar omong kosong. Hahaha.
Aku tak suka buang masa sebenarnya. Sebab usia pun makin meningkat juga dan banyak perkara yang aku kene focus lagi. Kalau tak serious aku juga punya hak untuk move on dan pergi. Betul tak?
Dia perlulah kenalkan diri dia dekat family aku juga. Nak tengok juga cara dia bercakap dengan family aku macam mana, perwatakkan yang macam mana dan dapat jumpa sekali untuk elak kecurigaan ni pun jadilah. Faham tak apa yang aku rasa. Nak fight negativity ni pun bukan mudah.
Yes aku faham cinta selepas bernikah tu indah tapi maksud aku 1st step to access. Process Ta’aruf yang sebenar. Kalau setakat panggil “sayang”. Semua orang pun boleh cakap. Tetapi jadi lelaki sejati tu perlu buktikan dengan tindakan juga… Kan?.
Skeptical yang seterusnya, bila berjauhan ni… Apa yang dia buat aku tak tahu. Apa yang aku buat pun dia tak tahu,kami dah mula jarang update tak macam mula mula kenal dulu. Itu memang risiko la kan bagi aku. Aku aktif dengan activity aku seharian.
Berborak pun tak lama dah sekarang. Seminggu sekali je atau tak de call langsung dah. Itupun aku ada salah juga. Update bila perlu je. Mungkin itu boleh jadi asbab juga. Ye dak?
Herm apa yang dia cakap tak pernah lagi dia buat, kononnya nak datang masa hari raya tak ade pun. Aku memang tak suka juga jenis orang suka berjanji tapi tak buat.
Tapi aku sabar, sebab bukan sekali dua tau dia berjanji macam tu. Aku dah prepare nak bagi gift la kalau dia datang masa raya tu. Tapi yes apa yang aku dapat adalah kehampaan.
Dia pun selalu je bercakap pasal soal perkahwinan ni, plan itu dan ini tapi mungkin niat dia nak happy kan aku sesaat je. Nak ambik hati sekejap. Mungkinlah. Kan aku cakap perbuatan dan percakapan dia tu boleh cipta prasangka. Boleh jadi negative. Lepas esok lusa dah lupa. So dia memang bagi harapan kan.
Aku dah cakap dekat dia kalau betul-betul dia dah bersedia, soal hantaran ikut kemampuan je. Aku pun tak nak buat beriya. kalau boleh nikah pejabat kadi lagi bagus. Lepastu buat makan adik-beradik je. Rapatkan silaturahim antara 2 keluarga. Aku faham juga sebab aku bukan datang dari keluarga yang senang.
Nak buat meriah macam orang lain. Aku sedar diri aku dekat mana. Aku pula jenis seorang yang selagi boleh jimat, cut cost aku akan buat. Bukan kedekut tapi fikir akan datang nanti lagi penting. Family aku pulak jenis, aku yang last dorang nak sponsor apa yang patut.
Tapi aku malas nak harapkan apa-apa pun juga. Takut depan lain belakang cakap lain. Aku ada dah simpanan aku sendiri. Tapi part tu tengoklah apa yang akan jadi.
Cuma aku rasa dia lah yang tak faham, cakap, plan macam-macam tapi semua tak jadi apa lagi. So nak fikir dan rancang buat sesuatu yang lebih besar lagi. Hermmm 1st step pun entah kemana.
Yes orang cakap jangan kalut, nanti semua benda jadi serabut. Tulah kalau berbincang tapi still nothing happen payah jugakan?. Nak ambik serious buat apa yang dirancang. Tapi tak boleh juga.
Sekarang kan apa yang aku fikir untuk relay ni, macam dah tak ada apa-apa dah. Tak ada hala tuju, target tak tahu akan kemana?. Family aku tak tahu pun pasal ni sebab aku tak pernah suarakan pun siapa si dia ni. Pada Aku biarlah dia yang mulakan. Aku malas nak beriya sebab aku tak nak sakit kecewa sorang-sorang lagi…
Entahlah selain aku kene fight relay yang tak tahu nak kemana ni, ujian aku juga sebab family kawan-kawan selalu kenalkan aku dengan lelaki lain. Tak salahkan dorang juga, sebab dorang tak tahu.
Aku sebenarnya dah malas, penat kenal dengan orang baru. Tapi fikirkan tentang si dia ni. Aku jadi makin buntu… Relay yang sepi & Sunyi. Akukan kalau jumpa lelaki jalan pun menunduk sebab ingatkan dia. Nak kata Cinta, sayang.. entahlah.
Aku tak nak mulakan apa-apa masalah, aku tak nak jadi punca dan sebab kegoyahan dalam relay ni. Orang mudahlah cakap berkawan biar 1000 bercinta biar satu. Hadap dengan sesuatu yang tak pasti ni. Dah lah tak pasti jangan kongsi.. menyakitkan hati je dalam harapan palsu..
– Fara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau perkenalan kau ni buat kau fikir dua tiga kali, maka x perlulah layan. Layan kawan biasa je tak payah nak berharap. Jujur aku cakap. Kalau lelaki nak kawin dengan kau, kau akan tahu dengan jelas pada kata2 dan perbuatan dia. Kau tak kan tertanya2 pun sebab semua benda depan mata dah nampak usaha dia.
Selalunya ‘instinct’ pompuan ni bnyak yg ‘betul’, bkn prasangka, tapi bila melihat bnyak sgt ‘alasan’ n no serious effort dari dia, mmg lama2 akan jd ‘lemau’ la hubungan tu.. saya pon x suka buang masa lma2.., x suka org yg bnyak sgt alasan n paling x suka org yg xde ‘effort’ yg bersungguh2, tambah lg org yg mngkir janji, kta nk dtg raya, tp xdtg, mmg xde mse la nk layan.. patutnya, klaw betul2 serious nk “bina masjid”, u all kna dduk semeja, bincang betul2, klau bole, siap dgn ‘time line’ n persediaan ke arah itu.., cthnya: klaw xckup lg duit, bincang brp bajet yg diperlukan, brp bnyak n brapa lama nk ‘menabung’, e.g: rm500 sebulan, so tiap2 bln dia simpan rm250, bgitu jugak awak.., begitu juga dgn perancangan yg lain, cth, nk merisik, bertunang, kenduri kawen dll.. klaw nk terus nikah pon xpe, tp buat secara proper, jumpa parents dua2 belah or sedara mara yg terdekat n so on.. istiqorah suma tu pon penting.. whatever it is, doa la bnyak2 n mohon petunjuk dari Allah utk buat kputusan yg betul.. wallahu a’lam bissawab
Duit belum cukup tu dia ada tunjuk tak apa2 bukti yang dia menabung? Macam dia ada buat/create tabung kat bank (boleh buat online je), khas untuk Nikah, pastu tengok makin bertambah ke atau macam tu je nilai tak gerak2..
Ntah lah dik. Lelaki ni kalau sebelum kahwin pun tak tunjuk effort nak serius, banyak plan itu ini tapi tiada action (berangan semua orang boleh buat) , macam mana perempuan tak risau sebab si suami nanti yang kena kemudi kapal rumahtangga. Kalau dia tak tahu selok belok perkahwinan, kena belajar lah. Berlambak dah tips dan info kat internet ni. Kalau sebelum kahwin pun macam ni, rasa akan best ke kalau lepas nikah nanti?
Lupakan je lah dia…Anggap je itu satu proses dapat pengalaman kat dunia ni kenal perangai orang. Jangan putus asa kenal dengan orang yang baru, tapi just kawan2 je cam biasa dulu, takyah la duk bersayang-sayang. Lari cepat2 dari lelaki yang awal2 nak menggatal bersayang-sayang tapi effort ntah ke mana. Lelaki yang betul2 nak serius dia akan terus tunjuk effort tiada nak tangguh2 nak kahwin.
deknon.. nie hakak nk ckp bbtl kt deknon..
si dia tu xde niat langsung nk beristerikan kamu.. dh laa knl bthun tp sklipon xde jumpe. pelik tp bnr …. bg hrapan palesu je tu deknon. better move on n cr je org lain n hakak tgk kamu ni mcm tdesak pulak nk kwen pdhl bsua muka pon x lg. jgn ingt kawen tu slesaikn smua mslh yea sayangggg