Adakah Ini Takdirnya?

Hi, assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku perkenalkan diri aku sebagai San. Seorang pekerja di syarikat automotif swasta dan berumur 30-an.

Isteri aku, aku namakan sebagai Ain (bukan nama sebenar). Seorang bekas guru dan berumur lingkungan 20-an.

Tahun ini merupakan tahun ke 7 kami sah bergelar suami isteri serta menjadi ayah dan ibu kepada 2 orang puteri kami.

Alhamdulillah kami tidak pernah merasai kepayahan hidup semenjak bergelar suami isteri bahkan sedari kecil aku juga dibesarkan dengan keadaan ekonomi yang agak baik.

Sebelum aku sah menjadi suami kepada Ain, telah ku pastikan segala kelengkapan rumah telah tersedia bagi memudahkan urusan kami di kemudian hari.

Aku juga bercadang untuk menjadikan Ain seorang surirumah sepanjang masa selepas dia melahirkan puteri pertama kami nanti.

Hasil perbincangan kami, Ain bersetuju meninggalkan kerjayanya sebagai seorang guru di sebuah tabika swasta kepunyaan individu dari negara di selatan tanah air.

Kehidupan kami berjalan dengan baik, rezeki juga alhamdulillah makin mencurah hari demi hari, tahun ke tahun.

Pada tahun 2022 iaitu selepas 5 tahun pernikahan, kami dikurniakan seorang lagi puteri kedua kami.

Tapi, langit tidak selalunya cerah. Bak kata orang, bahkan dalam agama sekalipun ada mengatakan bahawa kemuncak ujian hidup bermula di umur 30-40 tahun.

Ain diuji dengan suatu penyakit yang membuatkan aku agak trauma jika dia ditinggalkan bersendirian manakala aku keluar bekerja.

Dalam setahun, dua kali Ain dimasukkan ke hospital disebabkan penyakitnya itu. Oh lupa untuk aku terangkan.. hehe.

Ain mempunyai sejarah sawan. Aku sendiri tak pasti boleh dia dikategorikan sawan atau epilepsy? sebab doktor pakar sendiri “confuse” mengenai punca dan corak penyakit Ain ni.

So mereka nasihat untuk Ain kekal mengambil ubat sawan dan mereka akan monitor perkembangan Ain dari masa ke semasa melalui temujanji yang telah ditetapkan oleh pihak hospital.

Nak dijadikan cerita, kami sekeluarga telah berbincang agar Ain menetap dengan ibu bapanya di kampung manakala aku kekal di sini untuk mencari rezeki. Sekurang-kurangnya ada orang yang boleh mengawasi Ain sepanjang ketiadaan aku keluar bekerja.

Malangnya, apabila di kampung, penyakit Ain semakin menjadi-jadi sehinggakan dia seakan lumpuh separuh badannya.

Hari berganti hari, perawat tradisional juga bertukar ganti. Kami semua seakan buntu mencari jalan keluar untuk membantu Ain.

Hasil perbincangan dengan kedua ibu bapaku, kami membuat keputusan untuk memanggil pihak ambulan untuk membawa Ain ke hospital memandangkan keadaannya yang agak kritikal.

Selepas 4 hari Ain di hospital, keadannya semakin pulih seperti sediakala. Alhamdulillah. Hati suami mana yang tidak lega melihat permaisurinya kembali sihat kan?

Ain dibenarkan pulang ke rumah selepas doktor menaikkan bilangan dos ubat yang perlu diambilnya dari 2 biji sehari kepada 5 biji sehari. Kendatipun begitu, aku masih trauma dan risau hendak membawa dia tinggal sekali seperti dulu.

Pelbagai perkara bermain di fikiran. Aku bertegas untuk dia masih tinggal bersama ibu bapanya di kampung. Setiap hujung minggu seusai habis bekerja aku akan pulang ke kampung menjenguknya dan anak-anak.

Bahkan lebih dari 2 kali seminggu jika aku rasa terlalu rindu dan sunyi tanpa riuh rendah suara si kecil bermain. Jarak rumahku untuk ke kampung adalah sekitar 360km 2 hala. Tapi anak bini punya pasal, ku relakan jua ..hihi

Bulan demi bulan, rasa sunyi dan dendam mula menghantui diriku. Oh, dendam yang ku maksudkan ni bukan dendam kesumat yang teruk tu yaa.

Perkara ni berlaku sepanjang Ain sakit terlantar di rumah mertuaku. Perubahan sikap mertuaku mulai kelihatan sepanjang kami menjaga Ain.

Aku mula diherdik oleh kerana aku menyuruh anak kecilku yang berusia 2 tahun supaya berhenti menangis. Sedangkan aku meminta anakku berhenti menangis dengan nada yang rendah.

Reaksi bapa mertua agak bengis sambil jarinya menuding ke arahku ‘Kau diam! Aku dah lama sabar dengan kau!’

Aku yang kepenatan menjaga Ain sepanjang hari, berulang alik mencari ustaz dan perawat untuk Ain, dibentak seolah aku mesin yang tak punyai rasa penat dan emosi.

Aku juga manusia biasa yang perlu berehat, makan dan emosi yang cekal untuk aku kekal nampak “kuat” di mata Ain dan anak-anak pada saat gentir tersebut.

Sedari itu, mulai terbit rasa tak dihargai jauh di sudut hatiku. “Apa salah aku?’

Aku mula memuat naik satu aplikasi sosial. Dan dalam beberapa hari sahaja aku telah berkenalan dengan seorang wanita yang ku perkenalkan sebagai Nur (bukan nama sebenar). Seorang graduan tahun akhir jurusan kejuruteraan elektronik yang berumur 28 tahun.

Tujuanku hanyalah ingin mencari seorang bapa mertua yang boleh kujadikan tempat berteduh kasih sebagai anak, di samping aku harap akan rasa dihargai sebagai seorang menantu.

Dalam masa yang singkat, aku dan Nur saling jatuh cinta walaupun telah ku ceritakan bahawa aku seorang suami dan bapa kepada 2 orang cahaya mata.

Hati perempuan mana yang sanggup diduakan. Tapi Nur tetap menerimaku seadanya selepas dia meminta “gap” seminggu untuk di fikir sama ada ingin meneruskan hubungan kami atau tidak.

Kami semakin rapat seperti pasangan bercinta yang lain. Lalu aku membuat keputusan untuk menceritakan hasratku kepada Ain dan keluargaku.

Pada mulanya Ain agak bersedih, dia cuma menitipkan nasihat agarku tetap berlaku adil jika hasratku ingin menghalalkan Nur tercapai nanti.

Hari berganti hari, mungkin Tuhan ingin menjentik hati kecilku.

Aku sering disajikan dengan berita dan cerita tentang poligami, tentang bahana menyakiti hati pasangan dengan tidak berlaku adil, tentang kesetiaan seorang suami diuji jika dikala dia punyai segalanya dan kisah balasan mempermainkan/menyakiti hati pasangan.

Aku mula menjarakkan diri dengan Nur dengan harapan dia memberikan ruang untuk lelaki lain mendekatinya. Aku tak tahu apakah salah tindakan yang aku cuba lakukan ini?

Niatku satu, iaitu aku tidak mahu Nur dikecam dan dicemuh keluarga dan masyarakat di kemudian hari dek kerana bercinta dengan suami orang.

Kerap kali dia menangis tatkala aku memintanya memberi ruang kepada lelaki lain selain dariku. Baginya, aku lain dari lelaki yang pernah dia kenal sebelum ini.

Tapi pada masa yang sama aku juga tidak mahu hati isteriku terluka dan terpaksa menerima orang ketiga dalam rumahtangga kami.

“Tekad”

Aku dan Nur berbincang untuk mengakhiri hubungan kami dengan cara baik. Pelbagai nasihat bertukar ganti. Dia seorang yang sangat matang dan kematangan itu yang menjadi daya tarikan untuk aku kekal selesa dengannya.

Tapi kami percaya, jika suatu masa nanti Tuhan takdirkan kami bersatu, pasti ada jalan ceritanya yang tersendiri.

Aku bertekad bahawa ini adalah yang pertama dan terakhir dalam hidupku.

Untuk Nur, jika kau baca nukilanku ini, aku berharap kau baik-baik sahaja. Terima kasih pernah hadir dalam hidupku, sebagai “Cahaya” sementara yang dihadirkan untuk menjentik hati kecilku.

Semoga kau berjumpa dengan seorang lelaki yang mampu menjaga dan memenuhi keperluan serta kehendak kau nanti. Sama ada denganku atau dengan lelaki lain itu hanyalah ketentuan Yang Maha Esa..

Aku percaya setiap segala yang berlaku telah tertulis di atas sana. Baik atau sebaliknya, semoga Tuhan tetap bersama kita..

Sekian…

– SAN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. ada punca lain ni yg tak cerita ni.. bini ko tgh sakit, boleh ko pi bercinta dgn org lain, mana la Pak mentua tk hangin dgn ko

  2. Sy tak faham apa sebenarnya tujuan nukilan si pencerita disini. Sama ada utk melepaskan rasa beban tanggungjawab ke atas ain atau pasrah dan sedih di atas putus cinta dgn nur.

    Bawak balik bini tu ke rumah biar mak bapa mertua tu tak rasa terbeban

  3. kesian wife u , dpt suami yang time senang je ada , time susah cari pmpn lain.
    LEMAHHHHHHHHH…lepas ni ambik wife u tinggal dgn u , jgn bg mertua u jaga.
    u ambik la helper/maid utk tengokkan wife u 24jam..jgn ckp takde duit eh , aku sekeh ko karang !
    nak poligami adeeee pulak duit..

  4. Isteri & ank2 awk adalah t/jwb awk, x kena la klaw awak serah kat mk & bpk mertua utk jaga ank mrk, dah la waktu kecil sampai dewasa mrk dah jaga ank diorang, lgi pon, bkn senang nkbjaga org yg sakit ni, kna ‘fokus’ kpd dia selalu, mne tau, tetiba sawan dia dtg.. dlm pd tu, sempat pulak awk ‘bercinta’ dgn org lain n mcm bgi dia harapan.. awk ingat senang ke klaw awk nk ‘berlaku adil’ dgn jarak ke kmpong isteri mcm tu, pikir pnjang ckit la, pastu bole plak bgitau kat isteri psal pmpuan tu.. dia dahlah sakit, n xde sesapa nk luahkn perasaan, mesti dia bgitau parents dia, mcmna org tua tu tak ‘sabar’ dgn awk, nasib baik x mkn penumbuk dia.. skrg awk kna ambil balik isteri n ank2 dduk skali dgn awk, cari pembantu yg boleh jaga org sakit, klaw bole yg ‘berumur’ n matang, takut nt awk ‘jatuh cinta’ plak kpd pembantu tu.. wallahu a’lam.

  5. Setuju, Bang Black. Bro ni citer tak complete. Dari awal duk cerita tentang bini sakit. ehhh dia pusing stereng masuk kisah jatuh cinta kat perempuan lain.

    Salam BangSAN.

    Kita sama2 laki. Saya tahu abg jenuh jaga bini abg tapi bini abg tak salah.

    Pak mertua abg tu geram ngan abg sbb abg letak bini abg lama2 dekat umah dia. Itukan bini abg, jaga la. Kena faham, Pak dan mak mertua abg tu dah tua. Sakit lutut, sakit kepala, migrain lagi, stress anak sakit lagi. Tapi abg, sempat lagi bermain hati dan menyulam kata-kata cinta dengan perempuan lain sedangkan istri abg sedang berjuang untuk sembuh.

    Kedua,
    kesan buruk bin busuk bila abang passing tanggungjawab abg pada pak dan mak mertua abg adalah Allah uji abg curang. Bercinta dengan anak dara orang. Mainkan perasaan anak orang lain. Sebab APA? Sebab abg ada BANYAK MASA untuk curang. Kalau abg sibuk jaga bini abg, sungguh-sungguh LillahiTaala, tak sempat mata abg tu lihat orang lain.

    Maaf jika bahasa saya mengguris hati abg. Saya juga ada pengalaman jaga orang sakit. penat dia tu, Allah… x sempat nak tengok awek. Sungguh! Sebab apa? sbb kita fokus nak orang yang kita sayang dan cinta kerana Allah itu kembali sembuh dan sihat semula.

    ketiga,
    Nasihat saya, buatlah solat taubat dan minta maaf sungguh2 pada istri abg yang dah lahirkan zuriat utk abg. Poligami memang sunnah tapi cara awal abg je dah salah. Ikutlah sunnah Rasulullah dalam menyantuni istri. Bang, kuatkan semangat abg. Sedar diri, Allah sedang uji abg. All the best. Saya doakan istri abg, Puan Ain diberi kesembuhan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

    Oh ya, buat Nur. Dun worry, ramai lagi laki bujang yang baik agama dan akhlaknya di luar sana untuk kamu. Tak usah dekati suami orang yang sedang rapuh dan kesunyian kerana diuji dengan istri sakit. Ingat satu perkara. Hari ni istri dia sakit, dia pi cari perempuan lain. Nanti esok-esok Allah uji awak pulak sakit, haa dia pi cari yang nmbor 3 pulak. Take care.

    Wassalam.

  6. Try jumpa pakar bahagian mental. Sebab sy pernah jugak jd mcm sawan tp bukan sawan. Doc pom pening xtau nape. Tp actually sy perasan sy akan trigged bila sy anxiety dan kepenatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *