Adakah Ini Yang Dinamakan Ujian?

Assalamualaikum, salam sejahtera semua pembaca. Tujuan penulisan ini sekadar untuk minta pandangan pembaca semua.

Saya perempuan bujang, berasal dari utara. Saya sudah bertunang dengan S dan bakal berkahwin tahun ini. Kami berkenalan di tempat keja tahun lepas dan mula rapat sekitar Oktober.

Sebelum berkenalan secara rapat dgn S, saya ada berkawan juga dengan D yang merupakan rakan sekerja juga.

Mula-mula saya tak layan sangat S sebab dalam proses berkawan dengan D tapi D tak bagi kata putus atau sebarang keyakinan kepada saya yang dia berniat untuk berkawan secara serius dengan saya.

Jadi lepas itu baru saya buka hati untuk berkawan dengan S.

Perkenalan saya dan S tak diketahui orang sehinggalah kami bertunang tapi itu pun taktau kawan-kawan sekerja tahu dari mana.

Cuma perkara itu agak kecoh sebab depa tak sangka saya dengan S kerana depa ingat saya dengan D.

Selepas tu, saya perasan kawan-kawan sekerja yang rapat dengan D macam suka lagakan saya dan S. Ada yang cakap macam ni, ‘pandai S ngorat noh, dan lagi, dulu dia ngorat si J tapi J tak layan’.

Tapi sebelum kenal dengan saya, memang S ada bagitau dia ada la cuba nak kenal dengan J cuma J main tarik tali dengan dia jadi S pun malas dah.

Saya ok ja sebab sebelum saya kenal dengan S saya juga ada berkawan dengan si B sebelum hubungan tu putus dan barulah saya start mesej mesej dengan D & S.

Bagi saya benda itu biasa sebab dah namakan proses perkenalan dalam nak mencari pasangan yang sesuai.

Cuma saya rasa banyak orang tak senang dengan hubungan saya dan S. Depa cakap S tu semua orang dia nak try & macam macam lagi la.

Saya pun kadang-kadang dah mula overthinking fikir macam macam pasal S. Sedangkan S layan saya baik ja, macam macam dah dia dah buat untuk ambil hati saya.

Cuma bila ada mulut sekeliling bunyi tu, saya jadi was was. Betulkah decision saya terima S ni? Saya nampak desperate ka terima S? Seolah olah macam saya ni tak laku sampaikan si S tu pun nak terima buat laki.

Saya tahu kita tak perlu fikir mulut orang tapi sedikit sebanyak apa yang orang-orang dok bercakap tu tetap bermain dalam fikiran.

Adakah ini yang namanya dugaan bertunang? Saya mohon pendapat dan nasihat para pembaca semua. Terima kasih atas pandangan dan maaf kalau penulisan saya memeningkan.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *