Adakah Itu Normal?

Assalamualaikum warga IIUM Confession. Terima kasih admin sudi siarkan cerita ni..

Aaku Farah berumur 32 tahun. Aku mempunyai seorang kenalan yang bernama Zack, kami kenal sejak di zaman universiti..

Tetapi lama kelamaan kami suka sama suka dan proceed to next level menjadi sepasang kekasih.

Hubungan kami terbina sekian lama iaitu 8 tahun dan akan menamatkan zaman bujang pada bulan 12 tahun ni..

Sepanjang perkenalan Zack seorang yang baik, dan seorang yang sangat caring dengan aku, kami ambil masa yang agak lama untuk berkahwin kerana pada ketika itu Zack sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PHD.

Jadinya aku tunggu sambil² aku kerja kumpul duit dulu.

Namun pada tahun 2020 Zack menyatakan dia tidak dapat menghabiskan PHD dan ingin mencari kerja untuk berkahwin.

Sepanjang Zack mencari kerja aku banyak memberi semangat kepada Zack supaya Zack tidak rasa putus asa.. Yela bukan mudah nak dapat pekerjaan di musim pandemik ni kan..

Setelah 5 bulan, Zack mendapat kerja jadi promoter di kedai perabot dengan bergaji basic RM1K. Alhamdullilah aku happy sangat².

Dipendekan cerita dalam masa beberapa bulan Zack mendapat tawaran kerja jawatan berpangkat manager di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Alhamdullilah.. rezeki Zack.

Zack menyatakan ingin berkahwin pada hujung tahun ini.. kami buat persiapan dan berjumpa dengan keluarga masing2. Dalam masa berbaki beberapa bulan sahaja lagi kami banyak berbincang untuk persiapan untuk menikah.

Sikit demi sedikit aku dapat mengenali Zack yang suka control aku, contoh duit hantaran. Dia meminta aku untuk bantu dia beli barang rumah dengan duit hantaran tersebut. Aku setuju untuk bantu dia. Memang niat aku nak tolong permudahkan dia.

Tetapi Zack seolah² risau jika family aku ambil duit tu. Sedangkan mak dan ayah aku tak pernah suarakan apa-apa tentang duit tu. Adakah itu normal?

Dan aku baru sahaja beli kereta. Zack seolah² tidak menyokong aku membeli kereta kerana nanti banyak nak guna duit. Adakah itu normal?

Dan selepas berkawin ibubapa Zack suruh kami tinggal di rumah mereka yang 1 lagi masih kosong. Alhamdullilah rezeki, kami akan membayar sewa kepada ibubapa Zack sebagai tanda ingatan walaupon ibubapa Zack tidak meminta.

Tetapi Zack ada tanya aku family dia bagi rumah.. family aku nak bagi apa pula untuk kita lepas kwin nanti. Adakah itu normal?

Dan pada minggu lepas Zack telah menyatakan hasrat dia untuk putuskan hubungan ini dengan alasan tawar hati.

Aku buntu kerana kami tidak bergaduh dan tak da nasalah dalam hubungan kami. Dan aku juga jadi serba salah untuk memberitahu kepada keluarga kerana keluargaku sudah buat persiapan.

Untuk pengetahuan, sebelum Zack di tahap sekarang, kami lalui susah senang bersama. Tetapi apabila Zack sudah berjaya sekarang dia pergi tinggalkan aku dengan alasan yang tidak munasabah.

Aku perlukan kata-kata semangat dan nasihat dari kalian. Aku down sangat sekarang ni. Dengan berbaki 2 bulan sahaja lagi untuk menikah. Macam mana nak infom kepada orang tua aku.

Dan boleh tak korang share doa untuk aku amalkan supaya Allah lembutkan hati Zack untuk kembali kerana aku masih sayangkan Zack.

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *