Adakah Itu Normal? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/adakah-itu-normal/).

Assalamualaikum warga IIUM Confession. Terima kasih admin sudi siarkan cerita aku part kedua ni. Yang baru nak baca kisah aku ni korang kena baca dulu part 1 untuk korang faham jalan cerita.

Alhamdullilah.. sebak aku baca komen dari kalian semua.. kata-kata semangat dan doa kalian. Semoga doa yang baik akan berbalik kepada kalian.

Tujuan aku menulis part 2 ni adalah untuk dijadikan pengajaran dan tauladan untuk kita semua.

Untuk makluman aku sudah pon putus hubungan dengan Zack setelah aku tidak dapat menghubungi Zack dek kerana Zack telah block aku di semua saluran media sosial,

Dan masej terakhir yang aku terima Zack meminta aku supaya tidak ganggu dia kerana dia mahu mulakan hidup baru. Aku akur dengan permintaan Zack.

Ok habis part tu. Sekarang aku nk cerita sikit latar belakang aku yang ada kaitan sikit dengan kata-kata Zack.

Mak aku merupakan seorang ibu tunggal (bercerai) dan ayah aku sudah pon berkawin lain.

Walaupon Zack kata aku datang dari broken family, tapi aku tak rasa sangat benda tu kerana aku dibesarkan dalam persekitaran yang harmoni.

Tetapi Zack pernah kata kepada aku ‘kalau dah family pon broken mesti perangai family aku tak baik’. Aku tersentap seketika.. tergaman dengan kata-kata Zack.

Aku nak tanya korang, aku ni diuji dengan mak ayah bercerai so aku jadi rendah diri untuk berdepan dengan orang.

Adakah orang yang datang dari broken family ni orang sekeliling akan padang lain? Untuk pengetahuan, mak aku bekerja sebagai clearner untuk membesarkan aku dan kakak aku.

Alhamdullilah kakak aku dah bekerja sebagai doktor dan aku pula hanya berbisness di rumah dan sebagai peneman mak aku.

Teruk sangat ke pandangan masyarakat terhadap keluarga yang mak ayah bercerai?

Sebelum Zack tinggalkan aku, Zack pernah berkata mesti perangai mak aku tak baik sebab tu mak aku diceraikan. Aku tergamam.

Sepanjang perkenalan dengan Zack, Zack sedikit sebanyak ada menceritakan tentang family dia. Kakak dan abangnya yang suka bergaduh berebutkan harta dan abangnya baru sahaja lepas bercerai.

Aku rasa simpati terhadap Zack, ketika itu aku banyak bagi kata-kata semangat kepada Zack.

Zack banyak meluahkan masalah dia kepada aku. Rupanya keluarga Zack mempunyai masalah lagi besar daripada keluarga aku.

Sebelum Zack tinggalkan aku, Zack baru sahaja beli kereta baru, sebelum ni Zack selalu merungut keretanya sudah lama dan malu drive kereta lama.

Pergi dating pon naik kereta lama, aku cuba pujuk Zack, aku ok jer naik kereta lama, insya Allah ada rezeki dapat beli kereta baru nanti.

Setelah 2 bulan Zack berkerja tetap, Zack menyatakan ingin beli kereta baru. Setelah 2 minggu Zack keluarkan kereta dia dah jarang contact aku.

Aku sangkakan dia sibuk bekerja. Rupanya Zack dah mula nak jauhkan diri dari aku. Sejak itulah bermulanya keretakan hubungan kami.

Zack menyatakan yang dia nak mulakan hidup baru dan bagi dia peluang untuk kenal dengan orang baru.

Zack seolah-olah lupakan terus kehidupan dia yang lama dan orang yang bersama dengan dia dalam susah senang sepanjang 8 tahun.

Korang boleh tak share apa-apa doa untuk aku amalkan supaya aku diberi kekuatan.

Sejujurnya sekarang aku sedih yang keterlaluan. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Doakan aku supaya aku kuat, macam-macam sangat dugaan hidup aku.

Semakin aku berubah untuk jadi yang lebih baik semakin banyak ujian datang kepadaku. Allah ambil apa yang aku sayang. Insya Allah aku redha denga ujian ni. Yakin akan ada pelangi selepas hujan.

Yakin Allah akan angkat darjat bagi yang sabar dengan ujianNYA.

Mintak maaf kalau cerita aku ni tak ikut flow sangat sebab aku kurang sihat sekarang ni. Insya Allah ada rezeki kelapangan masa aku bersua kembali.

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *