Adakah Joint-Loan Satu Kesilapan?

Assalammualaikum semua pembaca IIUMC yang setia. Saya kenalkan diri saya sebagai Ika (bukan nama sebenar). Pada bulan ini, genap 4 bulan saya berstatus sebagai janda. Diceraikan kerana seorang “janda”.

Apa yang merisaukan saya ketika ini, kesilapan yang saya telah lakukan ialah berkongsi loan bersama bekas suami untuk membeli rumah. Ketika membeli rumah itu pun kami masih muda dan tiada siapa sangka jodoh kami sampai disini selepas 6 tahun berkahwin.

Kami berkahwin di usia yang muda. Selepas habis belajar dan mendapatkan pekerjaan kami terus berkahwin. Memang susah senang bersama, menyewa dirumah flat dan hanya berkereta kancil.

Selepas usia perkahwinan ke tiga tahun, kami masih belum dikurniakan zuriat walaupun saya sudah berjumpa dan melakukan beberapa rawatan tetapi masih belum dikurniakan zuriat.

Tetapi alhamdullilah, Allah SWT mengurniakan kami rezeki membeli rumah sendiri diusia muda sebelum berumur 30 tahun dan kami menganggap itu adalah rezeki Allah SWT walaupun belum dikurniakan zuriat.

Hampir 3 tahun kami menunggu rumah idaman kami siap. Banyak duit kami keluarkan bersama. Semua kami bayar secara sama rata. Termasuk kereta baru yang dia beli. Tetapi kereta idaman “H” dia itu di bawah nama beliau. Pandaikan.. tetapi nama saya sebagai penjamin.

Pada tahun lepas, kami mendapat kunci dan telah ubahsuai rumah mengikut apa yang dirancang selama ini.Tetapi, rezeki saya hanya dapat duduk di situ hanya sebulan lebih.

Selepas bercerai,saya mengambil keputusan untuk keluar dari rumah itu kerana saya tidak mampu untuk membayar walaupun mencari penyewa lain untuk duduk bersama. Dengan berat hati, saya melangkah keluar dan berpindah ke rumah flat yang jauh lagi murah.

Selepas berbincang, bekas suami membuat perjanjian antara kami yang rumah itu akan disewa dan dijual apabila harga meningkat.Rumah itu masih baru dan tidak mendapat pulangan yang tinggi kalau dijual sekarang.

Masalah sekarang, dia baru berkahwin dengan perempuan yang sanggup merobohkan rumahtangga kaum hawa sendiri masa PKP baru ini. Dan semestinya mereka duduk disitu. Apabila datang emosi yang masih tidak stabil ini, betapa sakitnya rasa.

Rumah harta sepencarian bersama dikongsi bersama orang yang tiada kaitan dengan usaha kami selama ini. Malah memusnahkan rumahtangga kami dengan bangga sekali.Sudahla saya dianiya oleh mereka, saya terpaksa memulakan hidup baru dari bawah semula.

Betullah orang kata, lelaki diuji bila mereka senang. Selama 8 bulan saya pertahankan rumahtangga kami selepas mengetahui bekas suami curang dengan seorang janda. Akhirnya, saya terpaksa melangkah pergi.

Bagi saya, kenapa kita hendak teruskan hidup kita dengan orang yang tidak menghargai kita. Percayala, Kita ada ALLAH…

(Kalau saya kongsikan dengan pembaca mengenai kisah penceraian ini mesti yang ramai akan sakit hati.. biarla saya simpan sendiri. Saya hanya perlukan doa kalian untuk mendoakan saya supaya kuat dan terus kuat.)

Saya ada bertanyakan pendapat peguam syarie dan semestinya untuk membuat tuntutan harta sepencarian dan nafkah iddah memerlukan kos yang tinggi.

Sesungguhnya, saya sangat berharap bekas suami dapat menunaikan janji yang dia telah katakan pada saya untuk menyelesaikan ia secepat mungkin.

Saya harapkan kalian dapat doakan saya supaya tidak dianiya lagi.

Kesimpulan yang saya boleh kongsikan, “Joint loan” bersama pasangan ialah satu kesilapan. Pesanan saya, para isteri perlu mempunyai pekerjaan sendiri dan simpanan kewangan sendiri. Doakan saya kuat.

– Ika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *