Adakah Keputusan Ini Langkah Terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Anne. Saya dalam proses menunggu tarikh untuk Mahkamah Syariah bulan September ini.

Saya dan suami berkahwin atas sebab suka sama suka. Suami saya seorang tinggi lampai, sentiasa wangi, kacak dan bergaya. Boleh dikatakan persis model. Kami dua penjawat awam.

Saya tak pasti dan rasa adakah tindakan saya salah? Ceritanya begini. Saya dan suami bernikah hampir 2 tahun (bulan 10 genap dua tahun).

Baru baru ini, saya telah memfailkan penceraian.

Sebelum ini saya kami hubungan jarak jauh sejak bernikah. Pertengahan tahun ini saya dapat bertukar dan tinggal sebumbung dengan suami.

Saya fikir dengan duduk sebumbung rumahtangga kami mesra dan berpeluang rasa seperti pasangan lain. Suami saya bab nafkah wang tak culas. Bil bil semua dia tanggung.

Namun, dari nikah sehingga saya dah sebumbung, saya masih dara. Saya cuba bagi hint, namun tak endah. Ciuman bibir pun hanya sekadar sentuh bibir saja dan tak pernah hubungan intim.. hanya oral 2 kali saja.

Hampir dua tahun saya sabar dan bagi peluang dan fikir mungkin dia sibuk sebab sambung Master dan kerja dia memang sibuk. Balik setiap hari pukul 9. Gred kami sama saja. Dan sama jabatan cuma lain tempat. Tapi saya boleh saja balik awal.

Sejak zaman pjj lagi saya cuba sabar dan cuba memahami. Sepanjang pjj hanya sekali saja dia balik ke negeri saya waktu raya pkp. Itupun selepas 7 hari raya. Lain pada tu tak pernah balik. Saya saja yang akan ke negeri dia.

Sejak kawin, air mata sedih lagi banyak senyum. Sebab, setiap kali saya ajak bincang masalah, dia tak nak. Sudahnya block saya.

Bila dah tinggal serumah, saya tengok tak berubah. Tidur hanya peluk saja. Belaian takda.

Dia lebih banyak belai kucing dia. Sampaikan saya kata, abang, kan bagus kalau sayang jadi kucing tu. Sentiasa dapat perhatian abang.

Saya ada tunjuk dekat dia tangan saya jadi gatal2 sebab alergik kucing. Dia kata saya mengada ngada. Saya beli sendiri ubat dan sapu sendiri.

Ada satu hari tu, saya tak sihat. Tak pergi kerja. Dia takda pelawa untuk ajak ke klinik. Dan petang yang sama, lepas balik kerja, dia terus nak siap ke satu program rakaman rancangan popular setiap hari selasa.

Saya kata, boleh tak harini jangan pergi. Saya tak sihat. Dia pergi juga. Dia kata saya sengaja buat hal setiap selasa. Saya kata nak sakit mana boleh pilih hari.

Sebelum ni pun, saya banyak kali teman dia pergi rakaman program tu. Mula 7 petang hingga la 12 malam. Saya rasa buang masa, tapi masih ikut walaupun keesokkan tu kena kerja.

Ada satu hari sebab perkara kecil kami bergaduh teruk. Rumah dia memang lengkap segala nya. Serba serbi. Cuma, ruang untuk saya takda.

Sebelum pindah, dia kata nak kosongkan satu almari untuk saya. Sehingga hari saya pindah dan duduk rumah tu 2 bulan, baju saya masih dalam beg. Dan says beli sendiri tempat letak baju.. sebab takda ruang untuk baju2 saya. Dia tak sediakan. Saya tak berani sentuh baju2 dia.

Sebab semua tu dia guna. Lampu dapur saya suruh tukar mentol baru pun masih tak buat. Sebab lampu lama rosak. Saya pasang lampu bilik sidai kain. Supaya cahaya masuk.

Saya sabar lagi sebab fikir dia sibuk nak exam dan keja. Tapi kesabaran saya tak dapat bendung apabila semua hal berkaitan dia, dia boleh buat termasuk pergi rakaman program hiburan bodoh tu.

Tapi bila saya minta tolong, semua dia kata sibuk. Dan kata saya tak sabar dan dia rasa dikongkong dan bebel. Saya kata kat dia, sekali sayang cakap takda perubahan. Bila cakap 2 dan 3 kali kata bebel dan suruh diam.

Ada satu masa tu dia kata nak keluar dengan kawan2 lelaki. Dari maghrib sampai pukul 4.30 pagi. Saya hubungi dia dan mesej dia jam 3 pagi namun tak dijawab. Cuba bayangkan, kalau sesuatu terjadi pada saya, memang mati seorang diri la.

Disebabkan saya call dia tu, dia kata saya kongkong. Saya kata, kalau kongkong, abang tak bebas keluar ke mana pun. Siapa kawan abang, nombor telefon semua saya taktahu. Adakah itu nama saya kongkong?

Selama kawin, akaun bank bersama kami pun saya taktahu no akaun, password. Telefon pun saya taktahu password. Apa saja la semua dia rahsia. Dia kata privacy masing2. Saya kata bila dah kawin, suami isteri tak boleh berahsia.

Macam2 lagi la yang terjadi antara kami dan dia pernah tengking kata kalau kau tak suka, kau balik rumah mak kau. Kau memang tak bersyukur. Aku dah sedia semua untuk kau.

Saya kata akan buat aduan kat pejabat agama sebab dah cakap macam tu. Dia kata, aku cakap saja takda niat lain.

Keesokan hari, sebelum p keja seperti biasa, saya salam tangan dia. Tapi pagi tu dia terus peluk saya sambil menangis. Lama dalam pelukan.

Tapi begitu lah, setiap kali buat salah, minta maaf, peluk dan menangis. Lepas tu berulang lagi. Ada ketika saya sedig dan kecewa dengan sikap dia yang buat saya macam tak wujud.

Saya sepi dalam perkahwinan. Ada juga lah waktu bahagia dan kenangan. Cuma apa boleh saya kata, 2 hari bahagia, selebihnya sedih dan dingin.

Hinggalah suatu hari, saya minta mak dan bapa saudara saya datang rumah kami. Masa tu suami saya baru saja balik dari kursus.

Sepanjang kursus 5 hari langsung takda hubungi saya. Saya kata, masing2 ada 24 jam sehari. Takkan lah sebelum tidur dan selepas tidur tak boleh hubungi isteri.

Bila mak dan bapa saudara datang, kami bincang dan luah masing2. Dan cerita apa masalah sebenarnya dia tak sentuh saya.

Dia kata, kan abang dah kata jangan cakap dengan orang lain. Saya kata, terpaksa sebab hampir dua tahun saya masih dara. Dia masih degil depan semua orang.

Bapa saudara saya tanya, apa dia rasa dengan perkahwinan ni? Dia kata dikongkong dan tengok muka saya macam nak marah saja. Dan ini pertama kali juga , mak saya masuk campur dan marah dia.

Selama perkahwinan ni, mak kata dia sabar taknak masuk campur. Tapi dia tak sampai hati kerana selalu tengok saya diabaikan, dan saya sering menangis.

Suami saya kerap berlaku dingin dengan saya. Family saya dan family dia perasan mengenai hal ini. Selepas dari perbicangan tu, dia keluar rumah tak balik seminggu lebih . Balik hanya untuk bagi kucing makan saja.

Saya jadi tawar hati sangat. Sebelum tu, saya seminggu juga tak hiraukan dia mkn minum dia dan pakai sebab kecewa sangat. Tapi dia tak kisah dan tak hirau dan tak tanya langsung. Saya suarakan hasrat nal berpisah .

Saya cakap dekat mertua dan mak saya. Mertua saya sampaikan kepada suami saya.. suami saya terus setuju tanpa ajak kaunseling atau pujuk. Dan dia beri masa kat saya sehingga hujung bulan ni sebelum 32 ogos untuk keluar dari rumah dia.

Ada satu malam tu, saya pergi ke bilik suami. Saya mohon ampun zahir batin dan minta halalkan semua dari mula kawin hingga sekarang.

Lama saya peluk dia dan menangis dan cakap saya terpaksa minta perpisahan agar dua dua orang tak berdosa dan tak seksa. Saya sesungguhnya sayang dia dunia akhirat dan dia cinta terakhir saya.

Pada malam tu juga, kali terakhir dia peluk saya, cium pipi saya dan tepuk saya sehingga saya hampir tidur. Masa dia tepuk saya, teresak- esak dia menangis. Dan dia cakap dia sayang saya sebenarnya.

Mungkin kami ditakdirkan jadi kawan saja. Dia minta maaf tak dapat jadi suami sempurna. Dia takkan cari jodoh lain. Dan sama- sama kita rehat dan munasabah diri masing- masing. Itulah kenangan akhir saya dengan dia.

Keesokkan nya, dia kembali dingin sehingga lah hari saya keluar rumah. Langsung takda tolong saya angkut barang2. Akhir sekali saya cium tangan dia dan peluk serta pesan jaga diri. Saya tahan sebak. Dia terus minta kunci dan kata dia akan tukar semua kunci.

Kini, saya telah dapat rumah baru. Tapi setiap hari, saya rasa sebak dan sesak nafas bila fikirkan, betul kan tindakan saya failkan penceraian?

Mertua saya dan adik2 ipar sehingga harini, masih hubungi dan pujuk saya semula. Dan mertua saya kata nak bawa berubat anak dia berubat secara islam. Mertua saya menyimpan harapan agar saya kembali jadi menantunya.

Saya kini setiap hari teringatkan kenangan manis yang tak berapa banyak tapi cukup untuk saya kenang selamanya. Si dia sangat suka masakan saya. Setiap kali balik keja, saya terus kemas rumah dan masak. Saya tunggu dia balik untuk makan sama2 walaupun dah lewat.

Dia selalu makan bertambah dan puji sedap. Ada sekali dua saya bagi bekal. Dia hantar gambar licin bekalnya. Dapat juga saya merasa walaupun sekejap. Manisnya jalan berpegangan tangan, bersuap, berpeluk dan bergurau senda

14 hari lagi, kami akan ke mahkamah syariah untuk sebutan kes. Lafaz talak.. sesungguhnya saya berharap agar si dia berubah suatu hari nanti dan kami berjodoh semula. Dia satu satunya lelaki yang saya cinta. Dan hati saya tertutup untuk mencari jodoh lain.

Adakah tindakan saya ini betul? Memfailkan penceraian? Dalam borang penceraian, bahagian sebab bercerai, saya tulis pengabaian emosi dan kasih sayang dan tidak mendapat nafkah batin. Masih perawan.

Mak saya menasihatkan saya, cuba terima kenyataan dan kuat. Mak kata, setiap hari mak menangis dalam hati tengok anak mak tak bahagia. Mak suruh kuatkan semangat dan lupakan semua kenangan tentang dia.

Tapi jauh sudut hati saya, saya memang masih sayang dia dan berharap suatu hari nanti dia berubah dan kami berjodoh. Mak saya kecil hati dan terkejut bila dengar hasrat saya tu. Mak kata, kamu tak ambil iktibar ke?

Kamu ingat dia akan berubah dalam masa terdekat? Mak saya kecil hati sungguh dan kecewa. Sejak keluar dari rumah suami, mak yang sediakan rumah sewa dan beli kelengkapan perabot. Sewa rumah baru pun mak yang bayarkan serta deposit.

– Wanita yang diuji (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *