Adakah Keputusan Ini Langkah Terbaik II

Untuk part I, (https://iiumc.com/adakah-keputusan-ini-langkah-terbaik/).

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Terima kasih kepada semua yang respon.

Saya hendak nyatakan beberapa perkara di sini. Silap saya kerana tak nyatakan pada awal

1. Suami (bakal bekas suami) pernah bersumpah demi Allah dia lurus dan bukan g4y. Dia kata jangan fikir terlalu jauh. Dia ada masalah tapi dia takkan cerita pada saya atau siapa pun.

2. Sepanjang saya tinggal sebumbung dengan nya, hanya sekali tu saja dia keluar dengan kawan2 lelaki sehingga 4.30 pagi. Yang lainnya masa di rumah bersama saya.

3. Sepanjang tinggal sebumbung, hanya sekali dia tengking saya.

4. Yang saya tahu, ada ketika dia tidur atas lantai tanpa alas apa pun. Sebab doktor sarankan untuk sakit pinggang dia. Hanya sesekali sakit tu menyerang.

5. Sentuhan ada. Selalu pegang tangan ketika berjalan, peluk, dan cium pipi. Bersetubuh saja tak. Hanya 2 kali sahaja secara luaran . Saya takkan terangkan lanjut. Cuma anda faham sendiri. Masing2 masih teruna dara.

6. Semasa pkp, pernah juga dia bawa saya ke klinik kerana alergik kucing. Mata saya berair dan merah.

7. Jari luka kena pisau, dia belikan plaster.

8. Balik keja beli jajan juga.

9. Masam muka dan diam 5 jam dalam perjalanan di highway ( jem raya mei lepas) dia tetap bagi duit makan kat rnr. Walaupun saya ada duit sendiri.

10. Buat potongan hibah untuk saya setiap bulan.

11. Kerja rumah kami sama sama buat. Masak saya buat sepenuhnya

Mertua kata, suami saya rasa tercabar dengan tindakan saya. Sebab tu dia terus bersetuju untuk ke mahkamah.

Mertua dan adik2 ipar sangat tidak bersetuju dan marah kepadanya. Mertua dan adik2 mereka baik dengan saya.

Pasal rakaman program hiburan bodoh buang masa tu, ada sekali saya tak pergi sebab letih.

Dia ada tanya boleh ka duk sorang? Saya kata boleh. Pergilah. Kali kedua tu saya demam. Saya minta jangan pergi. Tapi dia pergi juga

Sejak saya failkan penceraian dan sementara tunggu tarikh sebutan, Saya mula belajar dan amal kan solat istikarah kerana telah buntu dan was was.

Saya tak nafikan, saya juga bukan sempurna. Ada kala saya naik angin juga sebab benda dah lama saya pendam lama lama meletup juga. Masing2 kami ada kelemahan.

Andai la dapat saya putar masa dan sabar sikit saja lagi sekurangnya hingga habis Master dan tarikh ulang tahun kami, mesti semua ni takkan terjadi..

Tapi itulah, benda yang dah lama retak dan ditampal berkali kali, hanya asbab kecil, runtuh masjid yang dibina. Sejujurnya saya ada rasa penyesalan juga.

– Wanita yang diuji (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *