Adakah Kerana Dia

Salam dan hai buat warga IIUMC. terima kasih buat admin jika confession aku ni di publish. Nama aku Atilah bukan nama sebenar berumur awal 20-an, hari ini aku nak cerita berkenaan dengan seseorang..

Aku mengenali seorang lelaki ketika zaman belajar di Pra-U dulu, nama dia Zakwan bukan nama sebenar, merupakan rakan sekelas aku. Pada pandangan mata kasar aku, dia seorang baik, bertanggungjawab dan semestinya dia melengkapi ciri-ciri lelaki yang aku minat.

Sebelum aku kenal dia, aku pernah bercinta dan teruk dikecewakan. Alah biasalah cinta monyet hahaha. End up, aku ambik masa 3 tahun single. Yes, aku tak boleh moveon sebenarnya dan aku trauma nak bercinta lagi.

Sebelum itu, asalnya aku budak baru pindah di sekolah Zakwan ni. Sambung form6 saja aku sekolah disekolah dia kerana ketika perdana aku sekolah kat sekolah lain.

Nak dijadikan cerita, aku dan dia tak pernah bertegur walaupun satu kelas. Dan pasal perasaan aku terhadap dia aku simpan dengan rapi takde seorang pun yang tau.

Namun, aku tercakap haritu dengan kawan aku kat sekolah lama iaitu Julia yang mana Julia ni bercinta dengan kawan Zakwan, lets call him Syafiq. Yaa, syafiq ni sebenarnya satu sekolah dengan kitaorang je cuma lain kelas saja.

Dipendekkan cerita, Julia dan Syafiq ni lah yang satukan aku dan Zakwan. Mulanya Zakwan nak aku dan dia berkawan, aku pula dengan senang hati terima. Sebulan lepas itu, dia mengajak aku bercinta pula. Sebelum aku terima dia aku fikir banyak kali juga, dan akhirnya aku terima dia.

Serius aku dah macam culture shock je kat kelas tu sbb dari tak bertegur sebelum ni tiba-tiba bercinta pula. Zakwan ada juga try pegi meja aku pinjam buku atau dia ambik laptop dia kat meja aku sbb dia nak kitaorg buat assignment sama-sama.

Tapi aku diam tak berkutik je, malu kot lagi-lagi bila perlakuan Zakwan ni menjadi perhatian kawan-kawan dia.

Oh ya aku lupa bagitau sebenarnya, Zakwan ni ada ramai kawan perempuan yang rapat dengan dia, hmm anggap dia macam abg la siap panggil Abang Wan bagai. Tapi aku tau, ada je dalam ramai-ramai tu simpan perasaan dengan Zakwan ni.

Tak sampai 2 minggu aku dan Zakwan bercinta, terus nama aku dan dia naik kat block Pra-U time tu. Hmm.. menjadi isu semasa yang sangat2 hangat Okey. Hmm..

Okey time ni banyak sangat konflik terjadi. Bukan setakat kawan-kawan Zakwan yang sekelas ngan aku duk mengecam aku, kawan-kawan sebelah kelas pun join sekali, hmm sebab ada seorang ni namanya Shahidah (nama sebenar geng) hahaha.

Katanya dia dah 8 tahun simpan perasaan dengan Zakwan. Tak cukup dengan itu, cikgu aku pun yang mana cikgu ni guru kelas budak kelas ni pun join sekali. Aduhh rewanglah gamaknyaa. Siap nak langgar lari aku lagi ye. Entah apaa yang buat cikgu ni geram dengan aku pun aku tak pasti..

Lepas masalah diatas tu, aku pergi jauh tinggalkan negeri aku. Kini aku disini. Yaa di Johor ni tempat aku mencari rezeki, aku kerjaa disini sementara mereka majoritinya sambung degree sekarang.

Berkenaan hubungan aku dengan Zakwan mulanya semua tampak baik-baik saja, hingga aku rasa dia begitu sempurna dimata ku, kitaorang serasi sangat semua benda aku luah dengan dia, jiran sebelah karaoke pun aku bagitau dia.

Nampak kan walaupun kami terpisah beribu batu, tapi cinta kami tetap utuh. Cewahhhhhh. Hahhahaha. Iklan jappp..

Namun, aku sangka panas hingga ke petang kiranya hujan pula di tengah hari. Yela, andai takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.

Eh, sedangkan lidah lagi tergigit inikan suami isteri. Ergg? bukan suami isteri ni hahaha kitaorang belum kawin lagilah. Aduhai maaf teriklan lagi sekali…

Bila Zakwan dah masuk Uni bulan 9 tahun lepas haritu, dia macam perlahan-lahan berubah. Dari yang benda-benda kerap yang dia buat dulu, sekarang dia dah tak di buat. Means, oncall tu semua dah tak. Dia cakap dia sibuk kejar masa, sibuk dengan assignment, sibuk dengan test dia lagi.

Okay, aku cuaa faham situasi dia. Tapi makin hari makin teruk, hingga balas chat aku pun sepatah je tu pun selepas 4/5 jam aku chat. Weekend pun sama tetap takde masa untuk aku.

Maka wajarlah aku fikir bukan-bukan kan. Ada juga kami gaduh besar haritu bila aku suarakan benda ni, tapi dia cool je. Lepas minta maaf dia buat mcm takde apa2. Kadang aku juga terpaksa ketepikan perasaan aku demi dia, aku pujuk hati aku bahawa dia sibuk sebenarnya.

Dan kadang pernah sekali kitaorang gaduh besar, dia mintaa maaf namun aku masih lagi dengan amarah aku and end up dia macam salahkan aku. Hmm, maka aku terpaksa pujuk dia mintaa maaf bagai dan pujuk diri aku sendiri..

Dia sebenarnya hanya tu je, masalah dia, dia punya masa tu je takde dengan aku. Kalau bab-bab curang ni aku taktau pula, hmm yala kiraorang kan LDR mmg susahlah.

Tapi haritu kitaorang gaduh lagi dan yaa pasal masa dia dengan aku juga. Akhirnya dia berubah perlahan-lahan sampaila baru-baru ini. Dia akan bagi masa utk aku walaupun kejap.

Oh ya, birthday aku haritu dia buat suprise. Ada je yang memang orang buat servis macam ni. So dia bagi duit untuk bayar je, orang tu akan siapkan semua. Dia bagi bunga siap ada kad lagi, kek, coklat dan patung. Tu laa hadiah dia.

Tapi lately ni, diaa sibuk sangat jadi aku bagi dia masa untuk siapkan assignment dia. Tapi entah semalam tiba-tiba aku terasa sangat, sebab inshaaAllah hujung bulan ni aku akan balik kampung sekali nak beraya sana.

Dia pun ada kat kampung juga sebab Uni bagi cuti sebab covid kan. Tapi entahlah dari cara dia, dia macam tak excited nak jumpa aku. Hmmm.. u know what, kitaorang last jumpa raya ketiga tahun lepas tau.

So ni after setahun lebih baru nak jumpaa takkan tak excited kot. Sakit hati sangat sampai malas nak buka chat dia. Entahlah, aku pun nak ada masa sendiri, lagilagi aku ni sebenarnya pesakit MDD. Benda kecik pun boleh jadi stress tahap nak d3pr3ssion tau.. Huhuhu..

Soalan ni sedang berlegar di benakku. Hmmm…. Adakah dia sudah berubah hati?

Hmm.. pasal ni aku pernah tanya dia, dan dia cakap dia masih sayangkan aku cuma sekarang dia nak fokus untuk masa depan kami berdua. Atau sebenarnya, aku yang tak faham keadan dia. Aku cuba faham, kadang aku mampu dan kadang aku tak mampu.

So anyone boleh bagi cadangan atau kata semangat untuk aku tak? Aku sebenarnya selalu kalah dengan perasaan aku.. kadang aku rasa aku give up dengan hubungan ni.

Serius, aku sayang dia. Semua adik-beradik aku tau pasal hubungan kami. Dia pun macam tu. Dan aku pun yakin dia pun sama macam aku, sayang aku sangat walaupun kitaorang ni macam ni.. Tulaa, aku rasa aku yang ada masalah sekarang ni… atau adakah kerana dia?

– Atilah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *