Adakah Kita Benar-benar Tahu Tentang Islam

Assalamualaikum semua. Beberapa bulan lepas aku pergi majlis kahwin saudara aku, majlis kahwin pihak perempuan. Isteri sepupu aku ni dia warganegara Malaysia. Tapi ramai saudara mara, serta nenek dan atuk dia dekat Indonesia. Jadi dia pun buat majlis dekat sana.

Jadi kami saudara mara (tak semua) pun pergi lah ke sana. Bertukar feri, bot dan pengangkutan lain. Tempat dia memang lawa dan suasana kampung dia tu agak lain dari dekat Malaysia. Aku sebenarnya kagum, sebelum ni pernah juga pergi indonesia. Tapi pergi tempat yang memang tarikan pelancong. Jadi first time datang kampung indonesia.

Tapi yang paling aku kagum sekali. Masjid dia, Masjid sama je dekat Malaysia. Tapi yang lainnya, jemaah yang datang masjid. Aku pergi waktu maghrib dengan isyak. Penuh surau tu. Dengan ceramah imam tu yang aku rasa tenang dan sangat bermanfaat. Lagi satu, dekat kampung ni sebenarnya ramai kristian berbanding islam. Ada gereja dekat kawasan berdekatan. Gereja yang style kampung. Lawa juga.

Jadi aku pun rasa macam “wow” juga lah. Sebab dekat Malaysia tak kira kampung ke bandar aku jarang jumpa atau tak pernah jumpa masjid yang ramai dan penuh. Aku ingatkan setakat maghrib dengan isyak. Sekali Subuh, Allah. Penuh masjid tu. Aku macam kagum sangat. Dah macam solat jumaat. Dan lagi satu rajin masing-masing bawa kuih , bawa air, bawa sarapan letak dekat masjid.

Aku duduk dekat kampung tu seminggu. Jadi seminggu tu aku semangat datang Masjid sebab nak tengok betul ke orang memang ramai setiap hari. Rupanya memang betul. Budak-budak yang datang semua elok duduk datang solat berjamaah ramai-ramai.

Aku paling suka imam dekat masjid ni. Dia ceramah topik yang tenang tapi aku rasa sangat bagus. Dia suka bercerita topik masyarakat dan komuniti islam. Yang paling penting dia tak salahkan kafir pun dalam ayat dia. Jadi kalau orang non-muslim yang lalu tak ada lah dengar dari speaker masjid tu cakap pasal diorang.

Nanti mungkin ada yang marah atau emosi sedikit bab ni, btw ini pendapat aku. Bagi aku kalau boleh masjid tu ceramah sesuatu yang fokus pasal islam tu sendiri tanpa menyalahkan orang lain. Kebanyakkan ceramah aku dengar kadang-kadang tu khutbah jumaat.

Teks penyampaian tu suka sangat menunding jari ke arah orang lain. Contohnya umat islam macam itu di sebabkan kafir dan lain-lain. Memang tak di nafikan benda tu ada. Tapi kalau pakai speaker dan kawasan perumahan tu pula banyak orang bukan islam. Tak ke dia terasa? Bagi aku Islam ni agama yang indah dan tenang.

Jadi sepatutnya cara penyampaian pun tenang. Kalau kita selalu salahkan orang. Nanti bila orang non-muslim mengata tahu pula kita melenting. Jadi sepanjang aku dekat sana. Aku dengar lah macam-macam jenis ceramah imam tu. Sampai lah hari terakhir, imam tu cerita bab hadis.

Dia kongsi yang masyarakat islam kita terlalu sangat percaya hadis yang sesuai dengan agenda kita. Padahal hakikatnya hadis tersebut palsu. Antaranya yang famous poligami dan payung emas. Ini banyak betul orang kita sebarkan. Padahal palsu. Lagi satu bab makan campur laut darat ni pun ramai juga dulu sebarkan. Ini juga palsu.

Sebenarnya banyak lagi tapi aku bagi tu je lah. Sebab dia ada kasi ulasan yang kalau aku tulis sendiri takut salah. 2 jam juga imam tu bercerita. Sampai lah dia tanya soalan “adakah benar kita ini islam” imam tu dia tunduk dan cakap.

Kita ni sebenarnya orang islam yang kekurangan ilmu islam. Jadi dia pun tanya kita faham dan tahu maksud setiap bacaan solat. Aku macam tersentap lah. Sebab bukan semua bacaan dalam solat aku tahu maksud dia.

Imam tu pun ulas yang kita islam ni terlalu payah nak berusaha cari ilmu islam. Imam ni pun ceritakan, waktu dia belajar tentang hadis. Orang yang paling ramai dan suka bertanya tentang hal islam ialah orang yang bukan beragama islam. Kebanyakkan dari mereka atheist ataupun ber agama lain. Tapi mereka nak tahu kandungan hadis. Serta tahu mana yang palsu dan mana yang betul. Itu tak termasuk ilmu islam yang lain.

Waktu ni aku macam “betul juga” sebab selama ni aku cuma rasa jadi islam itu. Buat baik, solat dan lain-lain. Tapi jarang juga aku terfikir nak cari ilmu ilmu islam yang lain. Jadi imam tu pun tanya, kalau orang yang beragama islam datang dan tegur kita lalu menanyakan soalan tentang islam yang kita tidak tahu. Apa yang harus kita jawab?

– Amin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *