Adakah L4ki Aku Curang?

Aku baru je habis baca confession “Adakah isteri aku curang?” (https://iiumc.com/adakah-1steri-aku-curang/). Menggigil seluruh tubuh aku. Sebab sebijik macam cerita aku.

Bezanya aku dah 2 tahun duduk jauh dari suami. Jauh yang beribu batu. Ibaratnya, kalau nak jumpa each other. Kena amik cuti paling sikit 2 minggu, baru berbaloi.

So kalau setahun tu dalam 2 kali la dapat jumpa. Aku kakitangan kerajaan. Dia pulak jurutera yang kerja di luar negara. Kami dah kawin 9 tahun, tapi masih takde rezeki anak.

Dari suami yang rajin whatsapp aku hari-hari, call aku hari-hari. Takde angin takde ribut, aku kena ghosting dengan laki sendiri. Bayangkan aku ni isteri dia yang jauh beribu batu, kena ghosting dengan suami.

Perangai dia berubah sekelip mata. Sebelum perangai berubah tu, kami whatsapp macam biasa. Dia kata dia pergi gym. Kat tempat aku dah pagi. Tempat dia baru nak masuk malam.

Pastu dia suruh aku tidur, dia kata esoknya dia call aku. Aku tunggu 2 hari, tak call juga. Aku hantar whatsapp. Tak payah cakap pasal bluetick. Baca pun tidak.

3 hari lepas tu baru dia baca dan reply Whatsapp aku dan dia kata dia penat. Banyak kerja. Pastu dia kata dia kena pergi team building so dia takkan dapat dihubungi seminggu macam tu.

Aku relax lagi. Walaupun gut feeling aku dah rasa pelik-pelik. Pas dia balik dari team building. dia masih tak call aku. Aku cuba call dia. Tak berangkat.

Bila aku check Google dia. Aku memang follow dia kat Google Map. Aku perasan dalam satu gambar dia ambil kat restoran ada gambar purse perempuan. Menggigil aku.

5 hari lepas tu. Baru dia baca whatsapp aku dan call. Aku syak dia ada phone lagi satu. Dan bila dia berpoya-poya. Dia switch off phone regular dia. Aku syak juga, kalau betul dia ada awek. Mesti awek tu tak tau yang laki aku tu laki orang.

Bila aku confront dia, dia kata itu purse isteri kawan dia. Aku cakap kat dia. Kalau dia menipu pun, aku bukan boleh buat apa. Sebab aku jauh. Dia jawablah dengan tuhan. Tuhan laknat orang yang berzina.

Pastu dia defensive, mula tinggikan suara pada aku. Kebetulan kawan dia tu sepupu kawan kami lagi sorang. Aku tanya la kawan kitorang tu, laki aku memang kenal ke isteri sepupu dia. Dia macam blur-blur. Dia kata nanti dia tanya sepupu dia.

Pastu, kawan aku ni hari-hari whatsapp aku tanya aku okay ke. Dia kata dia tak dapat contact laki aku. Dia cuma dapat contact sepupu dia je.

Ahhh…sudah. Tapi aku pelik sebab concern dia lain macam. Seperti menyembunyikan sesuatu. Dia ni aku dan suami dah kenal lama. Dia tau aku ada depression.

So bila laki aku buat perangai macam tu. Aku terus triggered. Dan dia dah dapat agak mesti aku terus depressed. Dia suruh bini dia datang tengok-tengokkan aku. Bila aku tanya dia, apa sebenarnya yang jadi. Dia diam.

Dia cuma cakap pada aku. Kau tahu kan sebelum kawin lagi. Laki kau tak matang. Dah lah tak matang, complicated pulak tu. Kau cakaplah dengan dia elok-elok.

Sebab lelaki jenis macam laki kau ni, kalau kau confront, lagi dia akan avoid kau. Kau sabarlah banyak-banyak dan doa semoga dia ni berubah jadi matang. Aku kenal dia sebelum aku kenal kau. So aku tau perangai dia macam mana.

Aku tak berani nak tuduh laki kau bukan-bukan. Tapi sepupu aku kata, diorang dah lama tak lepak sama. Aku rasa laki kau pun dah syak yang cover dia dah blown. Dengan sepupu aku pun dia block.

2 bulan aku memendam rasa. Bukan macam gila dah, dah memang dah dapat ubat gila. Keluar masuk klinik psikiatri. Gara-gara ulah laki aku. Aku tengok je dia pergi sana sini kat Google tu.

Aku tau dia tak berani bawak perempuan tu balik rumah. Sebab barang aku, baju aku berlambak-lambak. Aku masih bersyukur sebab dia masih hormat katil kelamin kitorang tu.

Tapi hati aku sakit la, bila tengok every weekend ada je trip dia. Ialah, duit banyak tak tau nak buat apa agaknya.

Trip jauh-jauh lak tu. Entah dengan siapa, aku tak tahu, Aku malas nak tambah sakitkan hati aku yang dah hancur. Aku yang separuh mati kat sini, dia berpoya-poya kat sana.

Dari luaran, orang nampak aku kuat. Aku kerja bagus. Ada aset sendiri. Laki bagi nafkah ke tak bagi pun aku tak pernah persoalkan. Aku tak minta pun.

Tapi diabanyak belikan aku hadiah mahal-mahal. So dari luaran, dia memang lelaki idaman. Laki aku ni baik. Tak pernah buli, tak pernah pukul, tak pernah jadi raja dekat rumah. Pandai buat kerja rumah, kesimpulannya dia ringan tulang. Bukan jenis parasit.

Tapi tu lah, macam kawan kitorang cakap. Dia tak matang. Dia memang lagi muda dari aku. Tapi sepanjang 9 tahun kawin, laki aku tak pernah buat hal. Ini kali pertama.

Mungkin tetiba dia rasa dia tak puas enjoy kot. Bini dah takde depan mata. Awek tempatan dan asing tiba-tiba lebih menarik di mata dia.

Aku tak tau sapa perempuan tu dan aku tak nak tau. Tapi instinct aku berat mengatakan yang rakan sekerja dia juga. Mungkin perempuan tu masih muda dan baru mula kerja di situ. Masih senang digula-gulakan lelaki.

Jangan tanya kenapa aku tak ikut suami aku. Aku pernah pergi sana. Tapi aku lagi tua dari dia. Dan aku dah ada komitmen kereta dan rumah. Dua-dua aku beli sebelum kawin dengan dia. Mereng aku duk sana, bertambah-tambah depression aku dibuatnya.

Kat sini pun aku memang introvert, kat sana lagi lah. So kitorang decide sama-sama. Aku balik Malaysia. Dia sambung kerja dia kat sana.

Lagi pun, environment aku sendiri ramai pasangan jarak jauh. Kawan lelaki aku pun ramai juga engineer, pilot, askar, Alhamdulillah.

Perkahwinan mereka masih utuh.

Tuhan duga aku dengan perangai suami baru dua bulan. Aku dah separuh gila. Sekarang barulah aku faham kenapa mak aku dulu selalu marah-marah.

Oh ya, aku membesar tanpa role model bapak yang baik. Kalau suami aku tu tak matang, bapak aku lagilah musibat.

Tak pernah ada dekat rumah. Kerja pun on off. Dan memang tak beri duit nafkah. Buat kerja rumah. Jauh sekali. Dia memang mahu dilayan seperti raja. Bila mak aku tak layan kerenah dia. Kitorang jadi mangsa hamba sahaya.

Dia layan mak aku pun teruk dan dia pernah pukul mak aku. Mujur mak aku ni berdikari. Tapi kami adik beradik, sedari kecik kena tahan maki.

Bapak punya pasal, kami jadi tempat amarah mak. Walaupun mak selalu memaki dan marah-marah. Tapi keperluan kitorang semua cukup.

So aku malas nak buka cerita kat mak aku pasal suami aku ni. Sebab dia kena lagi teruk. Apa aku rasa ni ibarat cubitan tuhan pada aku.

Menjadikan aku lebih memahami kenapa mak aku suka maki hamun bila marah.

Alhamdulillah juga, mulut aku ni aku jaga daripada memaki hamun orang. Walau macam mana aku stress ke, depress ke. Aku simpan.

Semua aku simpan. Aku pun bukan jenis yang membebel kat suami. Aku simpan je. Tapi minggu lepas, buat pertama kali aku meletup juga.

Dekat dua bulan laki aku pinggirkan aku camtu je. Tetiba dia call. Aku terus cakap kat dia,

“Don’t you dare treat me like a trash. Maybe our marriage oath means nothing to you. But it means something to me. Aku taat pada kau, sebab kau syurga aku. Tapi kalau kau buat salah. Aku takkan maafkan kau.

Aku kawin dengan kau. Satu apa pun kau takde. Dan aku tak pernah minta sesen pun dari kau. Aku percaya potensi kau sebab kau lelaki yang baik.

Dan sebab kau baik, walaupun aku marah dan kecewa. Aku maafkan kau. Tapi aku dah tak boleh percaya kau. Kalau kau khianati aku, ini sumpah aku.

Kau takkan hidup senang. Semua apa yang kau dapat. Disebabkan rezeki aku yang tuhan beri melalui kau. satu persatu ditarik balik.

Selama mana kau baik dengan aku, aku akan jadi isteri yang baik. Tapi kalau kau khianat. Tunggu kifarah. Cepat ke lambat, pasti dapat.”

Dia diam je. Tak tau nak cakap apa agaknya. Sebab aku tak pernah gaduh atau cakap apa-apa sebelum ni. Sampai sekarang dia dah tak whatsapp aku. Aku malas nak fikir dah. Dah kering air mata.

Aku ni isteri. Kuasa talak kat tangan suami. So ikut dia lah apa nak buat. Aku dah tawar hati. Dua bulan je, aku terus hilang percaya. Aku rasa macam plastik beg yang baru lepas kena buang macam lagu Katy Perry tu.

So kepada confessor yang buat confession pasal dia syak isteri dia curang tu. Nasihat aku, sayang diri kau sendiri dulu. Pasangan ni pinjaman je. Kita tetap akan berpisah. Kalau tak berpisah hidup. Berpisah mati.

Jomlah kita belajar sayang diri sendiri dulu. Anggap ni ujian dari tuhan untuk tinggikan darjat kita. But allow yourself to grieve.

Doktor selalu pesan kat aku, kena pujuk diri. Kena kesian pada diri. Kena sentiasa cakap dengan diri sendiri. Kau dah buat yang terbaik.

– Bini sporting (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *