Untuk part I, (https://iiumc.com/adakah-saya-patut-bercerai-dengan-isteri/).
Pada 23hb feb baru ni, isteri baru sahaja minta cerai lagi. Pagi tu, kami agak busy sebab ada family gathering. So, malam sebelum tu, disebabkan saya tak clearkan sinki, and saya ada makan seketul ayam goreng, maka saya dihenyak dengan kata2 yang sangat menyakitkan hati.
Itu pun sebab sepanjang minggu tu, saya bekerja di site (construction). Terlalu letih, terlalu panas. Sampai mengelupas kulit muka saya. Bila balik, dalam keadaan lapar, saya tengok takde nasi. Hanya ada seketul ayam goreng dalam fridge maka saya makan untuk mengisi perut.
Kesudahannya, saya diherdik kerana anak2 saya kelaparan katanya sedangkan ayamnya hanya satu sebelum sempat saya nak menjelaskan apa yang jadi. Malam sebelum tu, saya hanya mampu untuk mengangkat baju dari ampaian, sidai baju dan lipat baju saja. Kemudian saya tertidur kerana terlalu letih.
Disebabkan saya diherdik, dalam keadaan emosi saya masih tidak stabil, saya ada meninggikan suara pada isteri mengatakan “kalau dah susah sungguh, awak pergi je lah seorang ke family gathering awak tu”.
Tapi melihat desakan dan tangisan dari anak saya yang mengatakan dia ingin sangat untuk ke sana, (mandi pool, main bersama cousin nya), maka saya diam seribu bahasa sambil di herdik.
Dalam keadaan tu, isteri macam biasa, di ambil phone nya, dan tekan record audio katanya untuk tujuan bukti di mahkamah yang mengatakan saya bukan suami yang baik yang mana selalu sakitkan hatinya.
Sebelum ni, ada dia berkata pada pendamai mahkamah syariah, saya selalu “maki hamun” nya. Sekarang tak lagi tapi dikatanya saya selalu sakitkan hatinya. Tidak menjaga hatinya dan terseksa sepanjang kahwin dengan saya.
Malam sebelum tu juga, isteri menolak lagi ajakan saya untuk bersama untuk sekian kalinya. Kali terakhir kami bersama adalah pada bulan December. Selepas dari itu, hanyalah hubungan suami isteri yang biasa dilakukan ketika isteri datang haid.
Jiwa saya meronta. Hati saya selalu mengatakan, aku da buat segalanya, isteri aku hanya perlu beri aku keperluan batinku, tapi kenapa susah aku nak dapat.
Baru semalam terdetik dihati, isteri baru buang implant yang menghalang pregnancy nya bulan January. Maka tidak hairanlah dia akan berusaha menolak ajakan saya sekain kali mungkin kerana tidak mahu mengandung lagi even saya telah berjanji akan hormat keputusannya.
Dihari tu, dihinanya saya, mengatakan dia memang nak anak lagi tapi bukan dengan saya (saya memang minta sekurangnya anak nak 3), tapi dia nak anak dengan orang lain bukan dengan saya atas alasan dia trauma dengan saya.
Untuk makluman, isteri tidak bekerja, namun meletakkan tanggungjawab menjaga anak, mengurus rumah, adalah tanggungjawab suami. Sehinggakan perlu sediakan makanan “ready to eat” pada isteri.
Maka setiap perkara yang dia buat, perlu diberi upah jika tidak akan dikira hutang sampai kiamat. Upah ini tidak sama dengan nafkah. Bagi isteri, duit bulanan tu juga adalah berbeza dari nafkah2 lain. Sungguh tersinggung saya dengan ayat ni. Hina sungguh saya dimatanya.
Masa saya sedang basuh segala pinggan mangkuk di sinki, dia letak phonenya di sebelah mulut saya. Saya faham tujuannya hanya untuk provoke saya. Bagi saya, walau gaduh macam mana pun, tak perlu untuk sebut tentang cerai. Ini dah kali ke berapa ratus pun saya tak mampu nak kira dah.
Dalam keadaan saya yang dipenuhi rasa marah sambil cuba menahan sabar, saya tertempis phonenya sehingga terpelanting jatuh ke lantai. Untuk makluman, isteri memang sangat2 sayangkan phone nya tu. Belum pernah lagi dia jatuhkan phone tu.
Demi Allah, saya tidak sengaja. Saya tak sangka sampai boleh tercampak jatuh ke lantai sebegitu. Dalam keadaan reflect isteri menumbuk belakang saya 2x sambil mengatakan, “ini lah peak point, saya mungkin boleh jadi ibu lagi lepas ni tapi tak kan lagi boleh jadi isteri awak”.
Saya tau dia ada hubungi ibunya dan bercerita bahawa saya telah melampaui batas dengan mencampak phone nya. Saya tau, ini lah kemuncaknya.
Kalau sebelum ni, kalau isteri ingin bercerai, saya akan usaha pujuk kerana mengenangkan anak2 saya yang masih kecil. Yang tak tau apa2. Saya tak nak mereka membesar tanpa cukup kasih sayang dari ibu bapa. Tapi kali ni lain, kali ni, saya sendiri terdiam dan membisu.
Saya sendiri mengatakan pada diri sendiri, “ko kena ubah. Ko boleh. Allah ada”. Sungguh pun dalam benak hati, saya menangis. Menangis kerana mengenangkan nasib anak2 saya selepas ini akan menjalani hidup yang berbeza dari sepanjang hidup mereka sebelum ni.
Saya menangis kerana, saya tahu, hati saya ni tak kan mampu untuk sayang orang lain macam saya sayang isteri. Sejak dari detik itu, segalanya urusan anak2, telah jatuh ke tangan saya sepenuhnya. Kami ke family gathering keluarga isteri tanpa kehadiran isteri.
Sepanjang event, saya tebalkan muka demi kebahagiaan anak2. Isteri banyak berkurung di bilik. Saya nampak dia print segala dokumen berkaitan perihal cerai. Dia keluar masuk rumah semahunya tanpa pengetahuan saya.
Saya tahu, dia keluar ke masjid untuk pengesahan permastautin dari nazir masjid. Hati saya meronta semahunya mengenangkan nasib kami.
Mahu saja saya melutut mohon maaf pada isteri dan mohon diberi peluang seperti sebelum ni yang mana saya akan bua tapa saja dia nak. Tapi kali ni lain. Lidah saya kelu, tindakan saya kaku.
Saya urus rumah macam biasa. Saya urus anak2 saya mcm biasa. Perihal makan minum mereka, perihal pakaian mereka. Saya bawak mereka keluar makan di luar jika saya tak sempat untuk masak.
Saya tak lupa untuk bungkuskan makanan pada isteri kerana saya tau, dia masih tanggungan saya. Saya sedar, saya mula hilang selera makan. Saya mula menyepi dan menangis sendirian. Allah..
Semalam, lepas anak2 da tidur, saya bangun untuk masak untuk makanan hari ni. Saya menangis mengenangkan saya tiada siapa untuk bercerita tentang peitnya hati ni. Saya betul2 rindukan arwah mak saya. Kalau lah dia masih ada, mesti dialah tempat saya luahkan segalanya sekarang.
Saya tahu, saya perlu simpan semua ni seorangan sekarang. Sambil saya menunggu ayam digoreng, tiba2 ada satu video dari ustaz Azhar idrus perihal pengajian kitab rumah tangga di Dungun. Saya dengar ceramahnya, durasi video 2 jam langsung tak terasa.
Dalam ceramah tu, ustaz kata, jika rumahtangga hancur, maka suami perlu salahkan diri sendiri kerana tidak tarbiah pada isteri. Jika sudah terbiah tapi masih sama, maka redhalah kamu kerana dialah isteri yang berkorban nyawa melahirkan anak2 kita.
Ya, saya sentiasa sedar. Saya letakkan sepenuhnya kegagalan rumahtangga ni dibahu saya. Kemudian, ustaz juga mengatakan perihal hukum isteri meminta cerai tanpa asbab yang dibenarkan syarak, tidak bau syurga isterinya tu.
Kebanyakkan isteri yang meminta cerai, semunya bersebabkan emosi. Allahuakbar. Bertepatan sungguh dengan kisah saya. Seolah olah Allah ingin sampaikan pada saya, sedarlah kamu wahai suami, sesungguhnya kamu telah DAYUS.
Saya tersentak dengan ayat ni. Kemudian, hati saya menjadi tenang setenang nya. Saya da bertekad akan teruskan hidup dengan anak2 walau apa pun yang jadi.
Dalam keadaan saya sekarang, saya perlu kuat untuk hidup demi anak2. Saya bekerja di company yang memerlukan saya untuk outstation cuma tidak lama. Tidak sampai berlarutan sehingga berminggu. Hanya waktu weekdays kadang2 memerlukan saya outstation.
Maka saya fikir, samada isteri boleh bertoleransi untuk menguruskan anak2 sepanjang ketiadaan saya atau saya perlu tukar kerja. Memandangkan, saya tiada keluarga terdekat tinggal berdekatan untuk bantu saya menguruskan persekolahan anak.
Dalam keadaan ekonomi sekarang, susah untuk saya ubah pekerjaan saya sewenangnya. Sebelum ni, ada satu tawaran dari branch company Singapore untuk saya bekerja disana.
Untuk makluman, kebanyakkan saya outstation sebelum ni, adalah ke Singapore. Kalau saya ke sana, maka saya tau saya hanya akan ada waktu bekerja normal iaitu pergi balik kerja hari2 office hour.
Maka, saya mohon doa dari semua, untuk saya kekal kuat menghadapi ujian ni. Doa kan saya dan anak2 mampu menghadapi ujian ni. Dan mohan juga doa supaya urusan saya untuk pertukaran kerja saya dipermudahkan.
Terima kasih kerana sudi membaca luahan saya.
– MJ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Klu betul mcm mana yg awak ceritakan, jalan terbaik adalah bercerai, tiada guna ada isteri yg hanya nk menyalahkan suami dn meletakkan semua tanggungjawab dan kesalahan rumahtangga atas bahu suami, tiada guna mempunyai isteri yg taktahu nk hormat suami, buat apa ada suami tapi tk dilayan, itu antara tugas isteri, serendah rendah apapun, suami tetap suami, wajib dihormati, ditaati, maju ke depan dan buat keputusan yng drastik selepas mohon petunjuk Allah, cari je isteri lain…. wallahualam
saya wanita, tp bila baca camni, better cerai la. pergi je file cerai dulu sebelum dia buat fasakh. and jgn lupa tuntut hak jagaan anak. makesure anak2 awak dapat. bgtau hakim selama ni isteri kata anak2 tanggungjawab sy. sy yg jaga anak2 di rumah walaupun isteri ada kat rumah. cerai kan jela isteri yg taktahu bersyukur tu. kalau betul jln cerita nya mcm tu. cerai la jalan terbaik. bertahan apa lg. itu bkn perkahwinan.
Ya Allah isteri jenis apa ya dia.sblum dia buat fasakh kamu bawa la isteri kamu jumpa kaunseling,mengadu dekat diorang,bg sedar diri skit isteri kmu tu..entah2 dia ada org lain kan,,yg beria ia sangat minta cerai,,isteri yang normal xkn buat perangai mcm nj tau,
Cerai lah bro.. obviously wife mmg tak syg or cintakan awk pun…mmg cerai akan effect anak, tp kalau awk handle anak dgn baik, InsyaAllah perkembangan emosi dan intelektual anak tidak terjejas…kalau teruskan perkahwinan ni, takut anak terpengaruh dengan perangai wife
Ya Allah sedihnya. Saya juga ada tunang berperangai sebegini. Bagusnya IIUM confession ni adalah saya dapat pelajari daripada orang lain punya pengalaman. Saya minta maaf abang dapat wife sedemikian punya perangai. Dari segi jasmani, abang dah try dapatkan fizikal sebagai seorang lelaki yang ada abs/dada bidang ala2 fattah amin? dari segi rohani pula Abang dah cuba try amalkan tahajud? Sebab tunang saya ni jenis yang nak lelaki di mata dia perfect,, tak gemuk, tak boroi, rambut cantik, body cantik,,sebab kalau tak semenggah, memang dihina di herdik… Saya orangnya yang jasmaninya taklah seperti fattah amin tapi tak gemuk, saya juga taklah Ustaz tapi ada sedikit la rohani,, itupun ex tunang selalu hina maki herdik,, bab recording tu, sebijik… Saya lagi tenang sekarang sorang2 walaupun rindu dengan dia, but itu normal, sebab cinta dekat ex tu ikhlas.
Buat yg terbaik untuk diri sendiri… andai itu yg isteri minta… mungkin itu yg terbaik buat tt… sayangi diri sendiri… akk rasa sedih bila baca confession ni…. buat yg terbaik ye dik…. ttg pertukaran kerja tu… fikirkan semasak-masaknya…. mungkin boleh discuss dengan isteri… jaga anak masa outstation…
Mesti dia terpengaruh dengan so-called ceramah di media sosial jugak. Belajar agama tanpa berguru juga boleh disesatkan oleh syaitan. Isteri u byk salah faham tentang upah dan nafkah. Takkanla si isteri langsung tak buat kerja??? Saya pun suri rumah juga, kesian tgk suami penat, kita mst ada ihsan utk bantu sebaiknya di rumah. Sedangkan saidatina Fatimah anak Rasulullah pun uli sendiri tepung buat roti utk suami dia.
Saya setuju dgn komen2 di atas, better cerailah. Awak dah buat sebaik mungkin, sy baca pun kesian dan letih. Cumanya nnt lps cerai awak jgn culas bab nafkah anak, perempuan tak guna mcm isteri awak tu mst akan ada je point cari salah awak.
Perempuan yg x bersyukur elok dijodohkan dgn lelaki yg jahat biar dia tahu erti penyesalan.
Sedihnya..walau sy perempuan tapi baca kisah awk ni, rasanya better cerai. Susah bila isteri tak pandai bersyukur. Dapat suami baik,wife pulak tak tau hormat. Lepaskan je hubungan toksid ni, utamakan mental health dulu. Jgn risau, ramai je ibu/bapa tinggal bekerja yg mampu Jaga anak sendiri. Allah akan bagi jalan. Semua ni ujian buat awk supaya lebih kuat. Kalau redha, InsyaAllah ada hadiah Indah menanti awk selepas ni. Sebenarnya Allah sgt sayangkan awk. Sy doakan Tt dapat jodoh yg lebih baik selepas ni. AminnYRA 🤲