Adakah Perbuatan Ini Boleh Diwarisi?

Seminggu dua ni banyak pulak terbaca confession para2 wanita tentang pengalaman diorang berhadapan dengan pedo2 especially bila pedo ini melibatkan keluarga terdekat. Jadi aku pun terasa macam nak share pengalaman aku jugak. Terima kasih sudi membaca.

Kes pertama berlaku masa umur aku 6@7 tahun (tak ingat exact umur sebab dah lama, aku tahun ni masuk 27). Aku ada 7 orang siblings in total dan aku anak no 4 (perempuan).

Abang aku yang no 2 tu luaran dia memang friendly gila, selalu main dengan adik2 dia, bawa naik moto pergi beli jajan bagai. Aku dan adik aku yang first (lelaki) selalu main dengan abang aku, dalam bilik dia.

Dalam bilik abang aku ada satu almari baju yang sangat besar, jenis yang terus melekap dekat dinding tu. Almari ni kalau 3-4 orang dewasa pun boleh muat dalam tu.

So, waktu main, dia selalu bawa aku dalam almari tu dan dia akan buat perkara tak senonoh dekat aku. Dia akan masukkan jari dia dalam aku punya kemal*** dan raba2 aku kat situ.

Masa ni aku tak faham sangat apa yang dia buat sebab aku kecik lagi. Tapi aku ingat selalu aku tanya dia, kenapa kalau dia main dengan aku dalam tu mesti lama (10-15min), tapi bila dia main dengan adik laki aku kejap je (tak sampai 1 minit).

Satu hari tu, aku cerita dekat mak aku, apa abang aku buat. Aku tak tahu apa mak aku buat, tapi abang aku stop main dengan aku macam tu lagi after that. Tapi mak atau bapa aku tak pernah bagi aku any explanation atau consultation tentang perkara tu. So aku teruskan je la kehidupan aku macam biasa.

Kes kedua berlaku masa aku 10 tahun. Masa ni aku dah start maturing sikit2, bahagian dada dah start nampak ada. Kes kedua ni pulak melibatkan kakak aku. Ya, kakak “perempuan” aku.

Aku dengan kakak aku memang rapat gilerrr dulu sebab masa ni adik beradik perempuan ada kami dua orang ja, yang lain semua lelaki. Kami share satu bilik dua orang, katil queen.

Dulu before tidur, kami selalu main teka, lukis2 guna jari dekat belakang badan tu (alah, mesti korang faham game aku cakap ni). Aku tak ingat start bila, tapi satu malam tu dia mula sentuh aku punya dada, ramas2. Aku tak ingat ayat exact dia, tapi dia cakap ni macam satu permainan baru untuk aku.

Lepas dah lama sikit, dia start buat dekat aku punya kemal*** yang bawah tu pulak, then dia hempap aku punya badan dan… korang imagine la sendiri apa dia buat. Lepas tu, dia mula suruh aku sentuh dia pulak, minta aku buat benda sama dia buat kat aku pada diri dia.

Aku ingat pernah cakap kat dia yang aku tak suka buat benda ni sebab tak best (masa ni otak aku fikir best tak best ja, sebab aku tak faham pasal “benda” tu lagi). Satu ja dia cakap kat aku, “jangan bagi tahu mak”.

Yang kes dengan kakak aku ni, sampai sekarang tahun 2024, aku tak pernah cerita dekat sesiapa. Maybe sebab masih ada sedikit rasa sayang aku dekat dia, walaupun dia pernah buat benda tu dekat aku dulu. Dia ada minta maaf dekat aku sebelum dia kahwin dengan husband dia, maybe untuk sedapkan hati dia sebelum berumah tangga.

Kes ketiga berlaku masa aku dah dekat Universiti, dan kes ini tak melibat aku pun secara “fizikal”. Cerita dia macam ni. Aku ada satu handset lama dan handset ni aku bagi pinjam pada adik lelaki aku yang first (yang dalam kes pertama, yang almari tadi) untuk dia guna selama beberapa bulan.

Satu hari, masa aku tgh cuti sem dan balik rumah, aku cari adik aku dalam bilik dia untuk minta balik handset aku. Adik aku tgh keluar masa tu, tapi aku jumpa handset aku dalam bilik dia. So, aku ambil je la handset tu sebab dah inform dia nak balik masa aku cuti sem.

Lepas aku ambil, aku cek photo album dalam handset tu dan…. aku jumpa… video…. Dalam video tu aku nampak muka adik aku terang2 terpampang (position dia macam muka kita tengah ambil selfie),

Dia tengah letak dan positionkan camera phone dekat satu tempat tinggi, nampak sangat macam dia nak rekod sesuatu senyap2. Story short, dia rakam video seorang perempuan (teenager) ni tengah tukar baju dalam bilik, so memang nampak habis la perempuan ni naked.

Aku tersentak gila masa tu, terus bawa handest jumpa mak, bagitau pasal video tu. Yang aku paling sedih, adik laki aku yang first ni ialah sibling kami yang paling nampak alim sebelum aku jumpa video ni.

Sekolah asrama agama, selalu jadi tukang baca doa time event, jadi imam solat, represent sekolah dalam pertandingan debat agama, syarahan, etc. Lepas kes ni, kejap2 ja mesti aku cek bilik tidur aku, takut ada kamera mana2 tersembunyi.

Kadang2 aku terfikir, adakah perbuatan ini melibatkan mental seseorang dan boleh jadi disebabkan keturunan. Sebab aku tahu bapa aku dulu pun pernah ada kes 2-3 kali kena tangkap dengan rakan tempat kerja (tak melibatkan kanak2).

Lepas tu anak dia pulak tiga orang, abang, kakak dan adik first aku (siblings yang lain aku tak tau, so aku husnudzon) pun ada buat “benda” yang sama “nature”. Sebab aku ada tengok satu documentary ni tentang penyakit/symptom pada mental yang boleh diwarisi. Tak tahu la nak cakap.

Satu benda aku bersyukur. Walaupun abang dan kakak aku pernah buat “benda” tu pada aku dulu, aku tak pernah terfikir nak buat benda sama dekat adik2 aku (aku ada 3 adik).

Tiga orang siblings aku dalam kes kat atas ni semua dah kahwin, yang tak kahwin lagi, aku. Boleh jadi sebab pengalaman aku dulu, aku jadi takda rasa nak kahwin langsung sekarang ni. Kadang rasa kotor pun ada. Aku bukan setakat kena “sentuh” dengan orang laki, dengan orang perempuan pun aku kena sekali.

Sorry cerita agak panjang. Cuma lepas viral “kes abang B” tu, aku jadi teringat pengalaman dulu. Selalunya individu yang paling dekat la yang paling senang nak buat perkara2 tak elok ni.

Harap ibu bapa tolong ambil pengajaran dan iktibar, tolong jangan percaya sangat anak2 dengan keluarga terdekat walaupun awak sayang dengan family tu.

Yang Benar,

– Iz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *