Adakah Period Pain atau Gangguan?

Assalamualaikum semua. Umur aku awal 20 an, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, alhamdulillah. Kebetulan ada baca kisah period pain, (https://iiumc.com/period-pain/). Jadinya aku nak ambil peluang sedikit untuk cerita tentang aku dan tanya pendapat orang yang pernah mengalami.

Aku start umur 16 kena period pain, mula-mula kena aku sakit perut je, lepas pada tu aku start rasa sakit pinggang juga, tapi tak berhenti disitu, sakit tu makin merebak, tulang belakang aku pun rasa sakit, tapi paling teruk kalau kaki aku mula rasa kebas. Pasti teruklah aku punya sakit tu, bertungku tu sudah pasti, tambah mak aku pun kena urut aku bahagian lutut ke bawah dan pinggang ke tulang belakang. Sampaikan ada masa tu adik laki aku pun pernah jadi mangsa aku, kena tolong urut aku kalau dah teruk sangat kena.

Tapi budak laki mereka tak faham sakit tu macam mana. Setiap kali dia jadi mangsa kena urut aku, kejap-kejap dia tanya, “dah akak?”, kadang tu mak aku pula yang marah dia, urut tak sampai 2 minit dah tanya, hahaha, tapi alhamdulillah walau pun dia urut tak seberapa, tetap sedikit sebanyak melegakan rasa sakit tu sedikit.

Dan bila aku dah sakit, stokin memang tak tinggal + selimut pula dengan toto terutama bahagian pinggang kebawah. Langsung tak boleh kena angin, kalau tidak akan bertambah-tambah rasa sakit. Ketar-ketar badan kalau dah sakit teruk sangat. Tapi selalu orang kalau period pain ni, sakit tu hanya waktu period sahajakan, atau dekat-dekat nak datang period.

Aku mula tu, waktu hari pertama period sahaja kena. Tapi bila yang aku dah mula sakit tulang belakang tu. Awal-awal kena memang waktu period sahaja yang sakit. Lama-lama waktu aku tak period pun jadi sakit juga. Kalau duduk lama sangat, akan sakit. Kalau berdiri lama sangat pun akan sakit. Kalau kat sekolah memang langsung tak bolehlah aku nak letak kepala atas meja macam orang lain. Nanti tak pasal-pasal aku sakit tulang belakang dan akan berterusanlah 3 4 hari sakit tu.

Bila pergi klinik, awal-awal tu dr bagi ubat tahan sakit pil. Lama-lama tak jalan dah dengan ubat pil, jadinya aku start dengan ubat tahan sakit yang cucuk. Bila cucuk dalam masa 5 ke 10 minit sahaja sakit tu terus berkurang dan rasa lega. Tapi aku takut juga, sebab setiap bulan kot kena cucuk. Jadi aku tanya dr, apa kesan dia aku ambil ubat tahan sakit cucuk ni, sudah semestinya dr akan cakap kesan buruk pada buah pinggang. Lebih baik ambil yang pil sebenarnya dari cucuk ni, kata dr.

Disebabkan setiap bulan aku kena pergi cucuk, aku dirujukkan kepada pakar o&g. Siap buat MRI lagi nak tahu detail. Tapi dr kata rahim aku okey je, xde apa-apa masalah. Selalu orang yang ada period pain yang teruk ni, ada cyst atau fibroid. Tapi aku xde pun. Dan disebabkan aku juga ada sakit tulang belakang yang disebabkan dari period pain, dr pakar o&g suruh aku rujuk dengan pakar ortho pula. Sebab dari sudut o&g, aku okey, xde masalah.

Dekat bahagian ortho pun, aku buat MRI untuk tulang belakang, bila keputusan siap, pakar ortho tengok, dia kata tulang belakang aku okey, cantik sahaja susunannya, memang xde apa-apa masalah pun. Jenuh tau berulang alik jumpa pakar ni, tapi pakar pun tak tahu apa masalahnya, sekali tu ada seorang pakar yang aku jumpa cakap macam ni, ” daripada setiap kali temujanji, kita check xde apa-apa masalah pun tulang belakang ni, cuba buat rawatan tradisionallah pula.”

Start dari tu aku cakap pada mak aku, dah lah pergi jumpa pakar, letih dah. Kan dr ada cakap, lebih baik ubat tahan sakit pil dari cucuk. Jadinya dr cadangkan pada aku, 2 3 hari sebelum period, makan dah ubat tahan sakit untuk mengelakkan daripada aku kena cucuk. Ada masa tetap juga aku kena pergi cucuk bila sakit tu memang aku tak mampu nak tanggung dah.

Apa yang aku paling takut sebelum aku kawin dulu, kau tahu apa?? Tak boleh beranak. Selalu aku dengar, kalau period pain teruk, susah nak dapat anak, dr pun ada juga cakap macam tu. Tapi Alhamdulillah aku sekarang dah ada anak selepas setahun berkahwin (banyak-banyak berdoa, rezeki anak ni Allah yang bagi, bukan sebab sakit kita tak dapat anak tau).

Dan ada dr cakap, selalunya selepas bersalin period pain ni boleh hilang. Tapi aku lepas bersalin ni, 4 kali dah datang period, kali ke 2 kena ada rasa sakit tapi tak kuat, kali ke 3 kena agak teruk sakitnya, kali ke 4 alhamdulillah sakit sikit-sikit je. Dan aku harap lepas pada ni, sakit tu terus hilang dari aku. Takut tau nak laluinya setiap bulan, sampai rasa macam trauma bila nak dekat2 dengan period, mulalah mood aku macam murung sikit sebab takut.

Jadinya disini aku nak tanyalah pada sesiapa yang pernah mengalami macam aku. Opss, sebelum tu aku pernah sekali berubat perubatan syifa, tapi aku pergi sekali je, sebab masa tu susah aku nak pergi sebab masa tu tengah belajar kat U.

Nak tanya, ada ke yang sama macam aku, dr sah kan semua okey. Tapi tetap juga sakit. Aku pernah dengar, period pain ni ada kaitan juga dengan gangguan lain. Jadinya minta pendapat sedikit ya, korang berubat macam mana?

– Cik Puan

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *