Adakah Perkahwinan Sekufu Penting?

Assalamualaikum. Di sini saya ingin berkongsi sedikit kehidupan saya dan saya inginkan pendapat para pembaca selepas membaca entri ini. 

Saya ada masalah dalam menentukan sama ada bakal tunang saya layak menjadi suami saya atau tidak kerana terdapat perbezaan dari segi taraf pendidikan antara kami.

Kami sebaya, saya bakal menamatkan pelajaran dalam peringkat degree dan bakal tunang sedang bekerja memandangkan beliau berpendidikan setaraf SPM serta sijil kemahiran. 

Ibu bapa saya sepertinya tidak bersetuju dengan pilihan saya kerana mereka berpendapat dia tidak setaraf dengan saya.

Selain itu, ibu bapa juga turut menegaskan tentang taraf pendidikan dan rupa beliau.

Tetapi saya tiada masalah dari segi rupa, kerana dia seorang yang bertanggungjawab, menyatakan keikhlasannya kepada saya dan hormat orang tua termasuk ibu bapa saya.

Namun ketegasan ibubapa saya yang tidak berkenan terhadap taraf pelajarannya menyebabkan timbulnya rasa was-was untuk meneruskan hubungan ke fasa seterusnya. 

Saya jadi buntu sama ada ingin teruskan pendirian saya atau menghormati pendapat ibu bapa saya.

Saya amat berterima kasih jika pendapat yang diberi adalah dari individu yang mengalami situasi seperti saya.

– Arina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Saya berpendapat, lebih elok awak ikut cakap ibubapa awak, perkahwinan bukan sekadar antara awak dgn suami, tetapi dgn seluruh keluarga awak dan belah suami, dikhuatiri selepas kahwin, hubungan suami awak dgn makbapak awak tidak baik dan mungkin akan mengambil masa yg lama untuk pulih, ini akan memberi kesan yg besar antara hubungan suami isteri

  2. hai sis. kenapa dah tunang baru mak ayah tetiba tak setuju? kenapa sebelum tunang tak tanya taraf pendidikan?

  3. Sepatutnya makbapak kenalah restu dan terima seadanya pilihan anak-anak. Tak kisah takde rupa sekalipun, janji hati baik dan rajin bekerja dan ada usaha untuk naik taraf hidup. Berkenaan pelajaran pula, selepas kahwin juga tunang awak boleh belajar sambil bekerja jika dia mahu. Never too late for anything. Mungkin dia kurang berkemampuan untuk sambung pelajaran sebelum ini dan ada rintangan, tapi tidak mustahil selepas berkahwin dia bercita-cita untuk menyambung pelajarannya ke peringkat tertinggi. Bagilah peluang pada tunang awak. Saya percaya kalian akan bahagia jika awak ikhlas menerima dia. In shaa allah.

  4. Dik.. Tak sekufu taraf pendidikan tak kisah, janji pemikiran dia tu awk rasa mcm mana? Sekufu or lebih kurang dgn awk atau jurang jauh sgt. Cara dia berhadapan dgn masalah, cara berfikir, cara selesaikan masalah, cara handle stress, cara handle financial, tu yg penting. Sbb kadang org tak sambung belajar bukan sbb taknak, cuma takde rezeki or dia mmg cenderung ke arah hands on bukan theory. Awk dan dia dah bercinta n akan kawin maksudnya mesti ada yg buat korang click, so awk lebih tahu. Tp kalau byk sgt red flags better jgn teruskan.

    Mcm akak, husband tak sambung belajar sbb takde rezeki, dia family kurang senang dulu. Jd dia kerja terus lepas sekolah. Tp dia mmg seorang yg sgt cepat tangkap belajar hands on, and dia minat kerja2 yg guna skills, jadi mcm2 kerja skills yg dia boleh buat. Jd dia sentiasa laku walau ke mana dia pergi. Gaji pun alhamdulillah lg tinggi dari akak yg ada degree ni. Kerja dia efficient and teliti, boss suka sbb dia pun disiplin and focus waktu kerja, tak suka mengulor and kemas orangnya.

    Akak kalau borak dgn suami, selalu rasa alhamdulillah bangga dgn dia. Walaupun academically dia belajar tak tinggi, tp life skills, soft skills dia sgt tiptop. Kira boleh borak la walaupun bidang kerjaya and latar belakang kerja tu lain2. Jadi pilihan kat tangan awak, bykkan berdoa mintak petunjuk n istikharah. Sbb nanti awk yg akan hidup dgn dia. Jgn dimomokkan dgn family, kalau dia lelaki baik dan sentiasa nak maju ke hadapan walau academic tak tinggi, why not sokong dia n bagi dia peluang. Bila dia berjaya nanti awak lah tulang belakang yg memberi semangat pada dia tau 💕

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *