Adakah Pilihanku Tepat?

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession, saya ingin bertanya pendapat mengenai sesuatu yang terbuku dalam pemikiran saya sejak awal perkenalan dengan si dia.

Dia merupakan kenalan tempat kerja saya tapi telah pon berhenti dan menjalankan bisnes.

Pertama mengenai restu keluarganya, dia seorang yang berbangsa chinese dan dari awal perkenalan saya meminta dia berterus terang mengenai saya,

Tetapi sering menjelaskan bahawa bisnes nya masih tidak stabil dan memerlukan masa kerana baginya status kewangan yang stabil amat penting untuk melangsungkan perkahwinan.

Saya banyak kali cakap yang saya tidak terlalu mementingkan semua itu asal cukup makan minum pon dak okay.

Kedua mengenai sikap toleransi dia apabila kami bergaduh. Tidak dinafikan dia seorang yang mengambil berat dan sentiasa ada setiap hari untuk saya dan selalu tolong menyelesaikan masalah kerja ataupun peribadi.

Saya amat menghargai semuanya tambahan pula dia adalah lelaki pertama yang saya bercinta.

Akan tetapi apabila berlaku salah faham seperti saya kadang sedih sesuatu perkara dan dia tak suka dia akan melenting sedikit dan mesti akan mengeluarkan doa seperti semoga awak sedih selalu atau semoga si dia hidup susah.

Saya selalu berpesan gaduh macam mana pun tegur saya secara baik dan paling saya tak suka cara dia berdoa seperti itu. Dia akan meminta maaf atau mencari saya kembali jika saya merajuk atas sebab doa-doa itu.

Adakah baik jika berdoa begitu? Kadang dia risaukan keselamatan saya dan saya tak dengar dan dia akan berdoa semoga benda tu jadi kat awak supaya awak menyesal. Saya faham dia risau tapi perlu ke sampai berdoa begitu.

Selain itu,  saya tak pasti dia memang meminati agama Islam atau tidak, sebab saya ingin dedahkan dia dalam ilmu agama tapi seperti dia tidak berminat dan saya sahaja akan bercakap nanti kita belajar agama sama-sama and share ilmu agama dengan dia.

Saya juga tak mahu membuat kesimpulan tentang niat seseorang tentang islam sebab hati orang kita tak tahu tapi kalau dia tak berminat macam mana saya nak tahu ya? 

Saya pernah berdoa jika ia benar jodoh saya mudahkan segala urusan dunia dan akhirat dan jika tidak maka jauhkan,

Saya hanya ada dia yang sentiasa ada ketika saya susah dan senang tetapi dalam masa yang sama saya tak mau keliru disebabkan cinta yang mengaburi semuanya.

Tolong beri beri pendapat ye semua. Thank you.

– Cik Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *