Assalamualaikum admin and semua readers. Terima kasih admin kalau apa yang aku tulis ni disiarkan.
Sebenarnya aku dah tak tahu nak cerita dekat siapa berkaitan masalah rumahtangga aku.
Aku sebolehnya tak nak cerita pada keluarga aku. Sebab kalau diorang tahu, mesti hubungan aku dan suami akan jadi semakin keruh
Usia rumahtangga aku baru cukup setahun bulan depan. Kami dikurniakan seorang anak. Alhamdulillah. Aku tak tahu salah dan silap aku di mana. Hari-hari aku mula menyalahkan diri aku atas apa yang jadi.
Suami aku ni jenis suka marah-marah. Salah silap sikit dia akan marah dan hentak barang. Benda ni bermula sebulan lepas nikah dan bertambah parah bila dah ada anak.
Sepanjang anak aku lahir ni, boleh kata 99% hal anak aku uruskan sendiri. Yang lagi 1% tu mungkin dia buat susu anak, tu pun selepas bergaduh suruh buat susu anak.
Rutin harian suami aku, balik ke rumah, main kejap dengan anak. Kemudian tido atau main game.
Kadang seharian anak aku merengek dan aku bersusah payah tido kan anak, laki aku balik keje dengan senangnya dia ganggu anak aku tido.
Lepas anak aku nangis, dia dah tak tahu nak buat ape, dia akan bagi anak semula kat aku. Sedangkan aku baru nak berehat.
Ada satu hari, suami aku nak bawak makan luar. Jadi aku dah prepare semua barang anak aku termasuk susu dan pampers spare anak aku.
Suami aku kejenya cuma mandi dan bersiap untuk diri sendiri. Sedangkan aku siapkan anak, siapkan diri sendri, siapkan barang anak semua.
Tugas laki aku cuma angkat barang tadi masuk dalam kereta. Kemudian laki aku tanya dekat aku, “bantal anak dah bawak?”
Aku cakap aku terlupa. Laki aku bentak-bentak marahkan aku. Cakap aku ni benda macam tu pun lupa. Aku terasa sangat. Ibarat aku ni kena jadi perfect dan tak boleh lupa satu benda pun.
Masa dalam pantang, aku tengah susukan anak, suami aku balik keje. Aku dah bukakan pintu siap-siap pada suami aku sebab dia bagitahu dah nak sampai rumah.
Tapi sebab aku tengah susukan anak, aku tak dapat nak sambut suami aku dekat pintu. Dan sekali lagi dia buat muka dan marah aku. Salah aku ke?
Minggu lepas masa nak bawak anak aku pergi checkup hospital. Pagi tu macam biasa aku dah ready kan anak dan barang-barang anak aku.
Suami aku dah masukkan barang tu dalam kereta. Waktu tu aku tengah pangku anak nak masuk dalam kereta.
Aku tanya suami aku dah buat susu anak ke belum, sebab anak aku kuat menyusu.
Suami aku ambik beg susu dan bagi pada aku, tandanya dia suruh aku buat susu anak. Anak letak anak atas sofa, kemudian aku letak handbag aku sebab nak buat susu anak.
Kemudian suami aku cakap dia tak faham dengan aku ni. Kejap angkat handbag kejap letak handbag..
Aku nak pergi buat susu anak, takkan aku nk pegang handbag sekali? Lagipun aku tak suruh dia pegang handbag aku.
Kalau aku nak cerita apa yang aku kena marah sebab benda kecik ni, rasanya sampai esok belum tentu habis.
Aku banyak pendam apa aku rasa. Bila aku luahkan pada suami, dia tak boleh terima. Malah dia letak kesalahan tu semua pada aku. Aku tak tahu sejauh mana aku mampu bertahan.
Aku takut orang mengata aku kalau aku bercerai sebab ni perkahwinan kedua aku dan perkahwinan pertama bagi suami aku.
Aku bercerai dulu sebab aku dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang aku benci.
Kerana lelaki tu mak dan bapak aku berpisah. Mak aku paksa aku berkahwin dengan laki tu sebab suka sangat budak laki tu, budak laki tu good looking. Aku takut orang mengata aku kalau aku bercerai lagi kali ni,
Aku jadi depress sangat-sangat. Aku surirumah, aku tak berpeluang keluar untuk me time.
Aku jadi takut untuk buat salah, sebab suami aku akan marah setiap kali aku buat salah. Suami aku jugak tak pernah hulurkan duit nafkah untuk aku.
Aku bayar monthly komitmen pun hasil duit ayah aku bagi setiap bulan. Aku masih bertolak ansur bila suami tak bagi aku duit nafkah. Aku faham gajinya pun cukup-cukup untuk kehidupan kami.
Tapi aku rasa perasaan aku dah tiada nilai untuk suami aku..Suami aku selalu marah aku atas hal yang remeh temeh, cumanya dia tidak pernah keluarkan kata kesar, atau naik tangan pada aku. Apa yang aku patut buat?
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit