Assalamualaikum semua. Terima kasih admin siarkan coretan saya ni (kalau tersiar) dia halaman ini. Saya tak pandai sangat karang mengarang ni dan saya tak tau nak luah ke sapa dah.
Mak dah meninggal, ayah pulak bukan pendengar yang agak baik. Di kalangan kawan yang boleh diharap, depa pun buntu juga. Jadi, saya harap, dengan coretan saya di halaman ni, dapat mencari pandangan para pembaca yang ada di halaman ni.
Saya seorang suami, berumur 35 tahun, tinggal dan bekerja di Selangor, di salah sebuah company GLC negara kita. Isteri saya sebaya umur dengan saya dan bekerja di rumah (housewife). Usia perkahwinan kami da hamper 9 tahun.
Alhamdulillah kami dikurniakan 2 orang anak lelaki, 7 tahun dan 3 tahun. Saya menangis sambil menaip coretan ni. Saya buntu dengan masalah rumah tangga saya.
Saya dah usaha sehabis baik, tapi masalah masih lagi ada. Paling saya sedih, di mulut isteri hanyalah perkataan cerai dan cerai berkali kali. Kami alhamdulillah, walaupun saya bekerja seorang, Allah cukupkan rezeki kami dan kami takde financial issue.
Even isteri lulusan phd, dia memilih dengan rela untuk bekerja di rumah walaupun saya lebih sarankan dia bekerja (dapat offer jadi lecturer di IPTA before) supaya dia ada career kalau2 saya dah mati nanti, maybe dia takyah struggle nak start hidup baru dengan anak2.
Baru je tadi, isteri nak cerai lagi. Dia nak ke pejabat agama untuk uruskan cerai.
Saya tak tahu nak mula dari mana. Isteri ni bukan bermula dengan pandai ilmu agama, Cuma dia belajar dan berusaha ke arah tu.
Di rumah, even ada tv, tv tu tak terbuka (selain ceramah) dan hanya akan buka maybe seminggu sekali dua untuk bagi anak2 kami tengok movie.
Setiap detik, hanya ada ceramah selalunya kelas tadabbur quran al qhulam. Anak2 pulak, kami didik dengan saya teliti. Setiap toys dibeli, hanya akan dapat main selepas buat homework equivalent dengan harga (RM1 per page).
Solat pulak kami tekankan pada setiap waktu, even kami kejut anak sulung pukul 5. 30 supaya dia senang untuk solat subuh setiap hari.
Saya pulak, rutin saya, bangun pagi, sama2 urus anak, hantar anak ke sekolah, kerja, balik kerja sampai rumah, saya akan dihidangkan dengan sinki yang penuh dengan pinggan mangkuk periuk bertimbun.
Lepas dah settle sinki, kalau isteri masak, kami akan makan sekali semua. Kalau dia masak, saya akan beli dari luar atau saya bawa semua ke kedai je untuk makan. Lepas da mandikan anak2, solat maghrib, siapkan anak untuk tido.
Pukul 7.30 isteri akan siapkan anak2 untuk tdo. Pukul 8.30 selepas solat isyak, isteri akan tidurkan anak2 dah. Saya pulak, akan ambik kain di ampaian, sidai kain baju baru basuh, lipat semua, masuk almari.
Lepas tu, saya akan sedirian jelah sampai esok pagi. Ini lah rutin saya hari2. Dari bila, saya rasa ada dalam 4 tahun da.
Sebelum ni masa anak baru seorang, kami latih anak tidur asing. Bab berjalan atau bersiar siar, saya agak selalu kena outstation. Yang terbaru, saya kena ke Kuala Terengganu selama 3 hari.
Kebetulan cuti penggal sekolah baru ni, jadi semua ikut lah saya ke sana. Kalau tak outstation, adalah program atau plan saya n isteri buat untuk happy kan anak2. Saya rasa saya adalah suami yang gagal didik dan bimbing keluarga saya.
Isteri saya ni baik. Even semua orang sekeliling termasuk family sendiri cakap kadang2 kaklong depa ni pelik, still saya sebagai suami faham isteri ni mcm mana. Maybe the way of her thinking sedikit berbeza je dari normal way.
Seminggu ni, saya bangun lewat. Sebabnya saya tido lewat. Saya tido lewat habiskan masa saya dengan tengok youtube.
Isteri melenting katanya saya tunjuk contoh yang tak baik pada anak saya. Anak saya pun mesti pelik kenapa ayah dia ni bangun lewat tak macam dia n ummi nya kata isteri.
Tuan2 puan2, isteri saya langsung tak layan saya selayaknya saya sebagai suami. Dia tak nak langsung bersama dengan saya.
Last kami bersama saya rasa 3 bulan lepas. Itu pun saya minta sangat2 sebab saya dah tak tahan sampaikan saya dah bernafsu pelik and trigger tengok orang2 seksi di sekeliling.
Lepas tu, isteri kembali dengan sikap dia. Sampaikan, saya dah terjebak dengan video lucah sekarang sebab saya tertekan. Alasan yang saya dapat dari isteri adalah, hati dia terluka dan sakit bila dimaki saya.
Bagi dia, marah n tinggi suara itu adalah maki hamun. Atas sebab ni, dia tak boleh nak maafkan saya selama 9 tahun kami berkahwin ni.
Dah macam2 saya usaha. Apa dia nak saya ubah semua saya dah buat. Still, yang saya dapat adalah dia bercakap baik dengan saya instead of marah2. Layanan still sama, abaikan terus hak saya sebagai suami. Nafkah zahir, sekali pun saya tak pernah culas.
Even bagi dia, suami perlu sediakan makanan ready to eat (bukan bahan2 mentah yang belum dimasak), suami bertanggungjawab jaga anak2 bukan isteri, suami yang kena kemas rumah semua, still bagi saya, saya dah bagi nafkah zahir secukupnya.
Bila ditanya apa pula tanggungjawab isteri, jawabnya hanya melayan isteri. Maybe sebab tu dia tak layan saya. Sebab dia kena jaga anak saya yang 3 tahun tu di rumah.
Ni dia minta cerai, atas alasan perkahwinan kami hanya menambah dosa dia bukan pahala. Dia hanya buat dosa sebab tak mampu nak layan saya atas rasa benci pada saya tu.
Setiap bulan, RM3000 dari gaji saya hanya untuk isteri, RM1200 barang dapur (tak termasuk minyak masak, beras, gas), RM800 nafkah, RM1000 untuk duit grab (masa saya outstation).
Bukan mengungkit, tapi saya rasa tak patut isteri tak bersyukur dengan rezeki Allah bagi pada kami mcm ni.
Kenapa perlu dia cari pahala dengar ceramah, tahajud semua tapi still berdosa dengan saya.
Demi Allah, kami takde masalah orang ketiga, takde masalah financial, takde masalah main game sampai abaikan family, takde masalah mertua durjana, takde masalah dadah, takde, still perkahwinan kami tak bahagia.
Banyak juga sikap2 dia, kata2 dia, salah silap dia pada saya n keluarga saya sebelum ni yang saya tak mampu nak taip kat sni, tapi saya dah ampunkan sepenuh hati saya.
Sama juga, saya tahu, banyak juga salah silap saya selama ni, tapi bagi dia, dia tak boleh maafkan saya hanya sebab sya marah n tinggi suara tu.
Dia baru cakap pada saya ni, sejak kami dulu belum dapat anak lagi dia dah cakap dia nak cerai tak nak hidup dengan saya lagi. Allahuakbar.
Saya tau, ni semua kerja nafsu, iblis syaitan. Saya berjuang dari dulu sebab saya tak nak kalah pada depa ni. YA robbi, saya buntu.
Saya baru terbaca ada satu statement dari seorang hamba Allah ni, berdamailah dengan takdir. Redha dan terima. Adakah perlu saya bercerai?
Anak2 saya macam mana? Tuan2 puan2, doalah kebaikan pada saya n anak2. Apa perlu saya buat sekarang?
Saya amat hargai sebrang bentuk saranan, termasuk hinaan dan betul2 mengharapkan doa kalian.
Sekian dari saya,
Suami Terhina,
– Moja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Aku bukan nak mengeruhkan keadaan. Tetapi… Cinta itu dah takde.. farid kamil pun hadap benda ni dan isteri dia nak jugak bercerai.. dia redha dan bercerai.. tapi ketentuan allah.. isteri dia ubah fikiran sebab nak anak anak dia ada seorang ayah.. saya taknak bagi nasihat buruk.. tapi kadang kadang kita kena terima takdir.. buat apa yang patut… Insyallah ada hikmah.
Cube bawak keluar Tabligh 3 hari masturat
Tak jelas, bila kerja dan outstation siapa urus jaga anak2? Bunyi macam isteri duk rumah tak buat apa satu kerja. Mungkin isteri tersiksa bertahun kesusahan dia dianggap ‘duk rumah goyang kaki perabih duit laki’? Kata rm3000 sebulan pergi kat isteri tapi details macam 800 je isteri dapat, yang lain untuk family tapi confessor macam anggap isteri asyik habiskan duit tiap2 bulan. And by the way memang tugas isteri layan dan taat suami je, Melayu yang wajibkan isteri kena penat jaga anak dan buat kerja rumah kalau nak masuk syurga. Isteri yang tahu hak isteri dan tak mau ikut adat melayu memang akan jadi macam ni. Betul lah dia banyak dosa je kekal dalam perkahwinan. Lepaskan je la cara baik..