Adakah Saya Seorang Sahaja Yang Melaluinya?

Seperti tajuk. Saya tak berniat nak buat apa-apa confession.

Saya cuma nak bertanya. Manalah tahu saya seorang je yang perasan penat. Perasan letih. Atau mengada-ngada. Atau berkira dengan suami.

Saya cuma nak tahu. Nak muhasabah diri. Nak tau apa patut saya rasa sebenarnya.

Tugas ummi,

– urusan sekolah kakak (info sekolah, wasap, cikgu dll).

– urusan sekolah abang2 (info sekolah, info homework, wasap, cikgu dll).

– urusan sekolah adik (info sekolah, wasap, cikgu dan lain2).

– penyertaan pertandingan semua anak-anak.

– urusan sekolah bongsu.

– urusan bill rumah.

– urusan cukai/iwk rumah.

– urusan perbelanjaan rumah- dapur kering basah.

– urusan pembayaran bulanan rumah.

– urusan pembayaran bulanan kereta sendiri.

– urusan pembayaran bulanan kereta mak.

– masak.

– urusan hospital bongsu.

– hantar dan teman bongsu ke sekolah.

– hantar dan teman bongsu ke hospital/terapi.

– urusan duit perbelanjaan kakak.

– urusan pergi balik kakak – asrama.

– urusan plan percutian/even berjalan hujung minggu.

– urusan pergi pasar beli barang basah kering

– urusan kain baju tiap kali WFH.

– urusan tengok/teman kerja sekolah anak.

– urusan ajar anak.

– urusan mengaji.

– urusan bayar yuran silat.

– urusan bayar yuran mengaji.

– urusan bayar yuran kafa.

– cari duit tambahan untuk cukupkan keperluan rumah.

– beli gas.

– beli barang anak kat shoppee termasuk meneliti semua spesifikasi dan bentangkan apa yang terbaik.

– beli barang keperluan anak2 – pakaian, kelengkapan sekolah, kesihatan.

Urusan ayah,

– beri 80% gaji kepada isteri bila cukup bulan. Itupun kadang-kadang lambat. Ngam2 tak lebih tak kurang.

– driving. Pergi sekolah. Balik sekolah. Balik kerja, pergi kerja.

– driving jemput anak balik kokurikulum. Gilir dengan wife.

– kadang kemas dapur.

– kadang basuh pinggan.

– basuh jemur baju.

Okaylah. Katalah semua tu yang urusan anak tu sebab mak nya yang nak. Mak lah uruskan, urusan rumah tangga termasuk fikir nak makan kat mana pun isteri?

Kalau kata jom, nak makan durian. Isteri ni kena bagi spesifikasi nak makan kat mana. Berapa harga. What to expect. Dan mestilah memenuhi spesifikasi suami – tak suka crowded, murah, berkualiti.

Saya rasa terbeban. Bertahun saya cuba communicate. Merayu. Mohon ambillah sebahagian. Tapi tak juga rasa berkurang.

Ini yang suami dah pandai beli sendiri.

– beli barang dia nak di shopee.

– beli topup phone dia.

Kadang- kadang saya rasa, letih nya. Nak beli deodorant apa pun tanya saya.

Spender stokin dia pun saya kena belikan.. Baju dia pun saya kena belikan.. Seluar dia pun saya kena belikan..

Tapi orang kata. Syukurlah.. Sebab suami awak romantic involve awak dalam keputusan..

Yang saya nampak saya cuma membela si panas baran yang tak tau buat keputusan sendiri dan sentiasa question semua keputusan orang.

Rasa macam lembik pun ada.

Rasa keliru.

Saya suami,

Atau dia suami.

Saya yang perlu di jaga,

Atau dia.

Sungguh saya keliru.

– Isteri yang keliru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *