Adakah Saya Terlampau Stress

Asalamualaikum semua. Setelah saya baca beberapa confessions, saya merasakan sesuatu seperti ada kaitan dengan saya. Saya just nak tanya, adakah saya terlampau stress atau saya terlalu memikirkan perasaan. I mean terikut-ikut dengan perasaan.

Ada beberapa kawan sekeliling saya, mengatakan bahawa saya mangsa depression, but saya menafikannya. Sebab saya merasakan saya bukan mangsa depression. Harap ada yang sudi mendengar masalah saya. Hidup saya mula berubah semasa umur saya 13 tahun. Ia disebabkan seorang lelaki.

Bukan ex-bf atau kenalan. Dia adalah senior saya tetapi ada sesuatu bad thing happend to me. Bad things itu ialah dari segi percakapan. Because of him, hidup saya 360 darjah. Tetap saya menganggap daripada peristiwa itu saya mendapat kebaikan dan keburukkannya. Dipendekkan cerita, saya mula mengenali kehidupan di dunia ini yang penih dengan cabaran dan dugaan. Sememangnya hidup kita di dunia ini adalah untuk diuji.

Sejak peristiwa itu, saya merasa down after apa yang lelaki itu kata pada saya. Saya mengambil masa more than 1 year untuk bangkit, dan bermula episod kehidupan saya yang agak sedih, haha. Saya ingat saya hanya diuji pada ketika itu, rupanya itulah permulaan kehidupan saya memasuk alam remaja. Setiap tahun saya didatangi masalah. Dari faktor family, rakan-rakan, sekolah dan kawasan persekitaran.

Setiap masalah yang saya timpi saya temput dengna hati yang terbuka. Saya redha dan terima dugaan yang Allah bagi, kerana saya percaya pasti ada hikmah disebaliknya. Tetapi saya bangkit untuk masa hadapan saya serta persekitaran saya. Semakin lama, saya perhatikan ramai lagi rakan disekeliling saya yang mengalami stress melampau, sehingga ada di antara mereka yang mengelar diri. Maka saya ambil keputusan untuk melaporkan pada kaunselor sekolah untuk tindakan selanjutnya.

Walaupun Saya Ahli PRS (pembimbing rakan sebaya) tetapi saya rasa saya mengalami tekanan. Sehingga satu masa, saya tidak mahu bergaul dengan orang lain, saya bersendirian di dalam bilik dan menangis bersendirian di dalam bilik. Saya tahu ia satu perbuatan yang tidak elok. Jadi pun mencari jalan untuk menghilangkan perasaan tersebut. Saya positivekan diri supaya. Saya tanamkan perasaan saya, yang saya perlu kuat, dan tempuhi kehidupan ini.

Saya akan cuba sedaya upaya untuk memastikan rakan saya tidak mengalami apa yang saya alami. Kerana ada di antara mereka yang di uji tidak kuat untuk untuk menempuh dugaan (tekanan) ini. Saya bantu mereka dengan memberikan kata semangat, cuba bantu menyelesaikan masalah mereka. Tetapi apabila saya lihat diri saya,saya merasakan layak ke saya untuk memberi mereka advice sedangkan saya masih lagi terumbang-ambing.

Saya tidak suka orang lihat saya tidak bermaya dan bermasalah malah saya nak lihat orang melihat saya bahagia. Sebab saya tak nak melihat oang tersakiti. Saya menjaga hubungaan saya dengan Allah dan orang sekeliling saya sebaik mungkin. Tetapi apabila sesuatu masalah timbul, saya akui kadang kala ia amat mebebankan diri saya, tetapi saya tetap harus bangkit. Saya percaya saya mampu, tetapi Allah itu maha adil, kadang kala saya akan berasa sangat down..

Untuk saya bngkit mengambil masa yang agak lama, maka agak sukar untuk saya menutupi muka saya yang dilamuni kesedihan dngan kegembiraan. Ia bukan sesuatu yang mudah. Apabila satu tekanan muncul, saya juga certain time tidak mampu mengawal diri saya. Sehingga satu saat saya pernah mengambil dos ubat berlebihan.

Maksimum yang saya pernah ambil ialah 5000mg, tetapi itu hanyalah cubaan pertama. Selepas itu saya mengisafi diri saya untuk tidak mengulanginya lagi kerana seolah-olah saya ingin bunih diri saya. Kini, sekiranya saya mengalami sakit kepala saya hanya biarkan.

Jadi semua, saya ingin menanyakan pendapat anda tentang saya?

Terima kasih semua!!!!!! Ada lagi yang saya ingin kongsikan, tetapi cukuplah ini sahaja agar saya tidak membebankan semua. Lagipun saya menganggap itu privasi saya untuk saya tidak berkongsi dengan orang lain.

– Syaza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *